π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—•π—’π—›π—’π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—¨π—žπ—” π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—‘π—šπ—žπ—œπ—§

Abu Bakar As-Siddiq RA berkata, bahawa Rasulullah ο·Ί bersabda, “Seorang penipu tak akan masuk syurga, demikian pula orang yang kikir dan orang yang suka mengungkit-ngungkit pemberian.” (HR Tirmizi)

Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya al-Khandahlawi, dalam kitab Fadhilah Sedekah, menjelaskan bahawa para ulama’ berkata bahawa orang-orang yang memiliki sifat-sifat yang disebutkan dalam hadith di atas tidak akan masuk syurga. Jika dalam diri seorang mukmin ditemukan sifat-sifat ini, maka Allah SWT terlebih dulu akan memberikan taufik kepadanya untuk bertaubat dari perbuatan itu.

Jika tidak, maka orang yang tetap berbuat perilaku penipu, pelit, dan mengungkit-ungkit pemberian, akan dimasukkan ke dalam neraka terlebih dulu untuk dibersihkan dosa-dosanya. Setelah itu, barulah orang itu dimasukkan ke dalam syurga. “Akan tetapi, walaupun untuk beberapa saat saja, dimasukkan ke dalam neraka tentu tidak dapat dianggap remeh,” kata Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya al-Khandahlawi.

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Aku mendengar Rasulullah ο·Ί bersabda, β€œUmatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, β€œApakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi ο·Ί menjawab, β€œPenyakit-penyakit itu ialah;

  1. Terlalu banyak bersukaria,
  2. Terlalu bermewah,
  3. Asyik mengumpul harta,
  4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia,
  5. Saling memarahi,
  6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi”.

Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404).