Viral satu hantaran mengenai para pekerja sebuah syarikat kurier yang mengamuk kerana tidak berpuas hati apabila dikatakan majikan mereka bertindak menurunkan kadar upah dari RM 1 per parcel kepada RM 0.30 per parcel serta elaun overtime juga dipotong. Para penghantar bungkusan yang tidak berpuas hati ini bertindak mogok dengan tidak menghantar bungkusan-bungkusan tersebut sehingga berlaku kelewatan dan kerosakan pada longgokan barang tersebut.

Tindakan ini mendapat respon netizen yang tidak berpuas hati dengan cara para penghantar bungkusan itu meluahkan rasa ketidak-puasan hati mereka. Salah seorang netizen yang bernama Mohd Fitri turut menaikkan satu pandangan bernas dalam status Facebooknya. Berikut merupakan coretan beliau ;

___

Staf JNT yang merosakkan barang orang, saya nak nasihat. Saya tahu kamu marah pada polisi dan sistem oleh bos besar kamu… Tetapi kenapa barang orang ramai yang jadi mangsa dan kamu rosakkan? Itu salah. Nak marah, marah depan bos, pergi marah depan lembaga pengarah.

Sebenarnya kalau kamu berfikir.. kadangkala pihak atasan mana-mana syarikat pun, akan sengaja nak beri pekerja bawahan marah, supaya kamu akan mengamuk, rosakkan barangan orang ramai dan kamu pasti dibuang kerja.

Lepas itu apa jadi? Dengan mudah mereka akan boleh buat alasan ambil pekerja asing dengan gaji yang lebih murah. Sekali lagi kamu sebagai bumiputera akan terpinggir. Siapa yang rugi sekarang? Semua orang rugi termasuk kamu.. kecuali bos kamu, tak rugi apa-apa. Lawan dengan otak, dengan cara lain yang banyak.. Bukan dengan buat barang orang ramai rosak.

___

Diharapkan para penghantar bungkusan tabah dalam menghadapi situasi ini serta perlu lebih matang dan bijak dalam menyelesaikan isu ini tanpa melibatkan kesusahan pengguna. Tuntut hak anda menerusi saluran yang betul. Sekiranya segala dakwaan ini benar, diharapkan syarikat berkenaan juga dapat bertanggungjawab terhadap para pekerja mereka. Para pengguna sama ada penjual mahupun pembeli juga harap bersabar dalam urusan jual beli ini. Moga kebaikan buat kita semua