ADAKAH KERAJAAN PAHANG ZALIM MENCABUT POKOK2 DURIAN KETIKA TENGAH BERBUAH? HUKUM MAKAN DURIAN DARI TANAH HARAM?

Tindakan ini tepat dan tiada salahnya menurut Islam kerana Hadis berikut:

Nabi saw bersabda:

وَلَيْسَ لِعِرْقٍ ظَالِمٍ حَقٌّ

“Pokok yang ditanam secara zalim (di tanah bukan miliknya) penanam tiada hak keatas pokok tersebut.”

Hadis Riwayat Abu Daud – sahih

CERITA DISEBALIK HADIS

Pada zaman saw ada berlaku seorang lelaki yang menanam pokok di tanah orang lain. Kisahnya disebut dalam sunan Abi Daud:

عن عروة ابن الزبير أنه قال : ” فلقد خَبَّرَنِي الذي حدثني هذا الحديث : ” أن رجلين اختصما إلى رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم غرس أحدهما نخلا في أرض الآخر فقضى لصاحب الأرض بأرضه وأمر صاحب النخل أن يخرج نخله منها “
قال : ” فلقد رأيتها وإنها لتُضْرَبُ أُصُولُها بِالفؤوس وإنَّها لنَخْلٌ عُمٌّ ( أي تامة ) حتى أخرجت منها

Urwah bin Zubair berkata:

Sahabat yang meriwayatkan hadis ini telah menceritakan: 2 orang lelaki telah mengadu perbalahan mereka kepada Rasulullah. Salah seorang mereka telah menanam pokok kurma di tanah seorang lagi. Nabi saw memberikan semula tanah kepada tuan tanah dan penanam pokok kurma tadi disuruh untuk mengeluarkan pokok tersebut dari tanahnya. Kata sahabat perawi :
“aku melihat kejadian itu dimana pangkal pokok kurma itu ditebang dengan kapak2 DALAM KEADAAN POKOK KURMA YANG SEMPURNA (BUAHNYA) sehingga terkeluar pokok dari tanah.
Hadis Riwayat Abu Daud – sahih lighairih.

Nabi saw bersabda:

مَن زرعَ في أرضِ قَومٍ بغَيرِ إذنِهم فلَيسَ لَه منَ الزَّرعِ شيءٌ ولَهُ نفَقتُهُ

Sesiapa yang tanam ditanah orang lain tanpa izin maka dia tidak berhak mendapat apa2 dari tanamannya dan dia berhak mendapat upah pembiyaan pokok tersebut.

Hr Abu daud – sahih.

Ibnu rusyd berkata:

أجمع العلماء على أن من غرس نخلا أو ثمرا وبالجملة نباتا في غير أرضه أنه يؤمر بالقلع

Ulama sepakat bahawa sesiapa yang tanam kurma atau buah2an dan tanaman2 pada bukan tanah miliknya dia disuruh untuk cabut. (Bidayatul mujtahid dan Nihayatul Muqtasid)

Patutnya upah cabut itu dibayar oleh penanam durian bukan kerajaan.

Malahan ulama mewajibkan kepada penanam durian haram ini bayar sewa 10 tahun kerna menggunakannya tanpa hak. Imam Nawawi berkata:

وإذا أعاد الأرض كما كانت ولم يبق نقص فلا أرش لكن عليه أجرة المثل لمدة الإعادة

Bila perampas mengembalikan tanah seperti sediakala dan tiada kekurangan maka tiada ganti kerugian tetapi dia mesti bayar upah semasa sehingga tempoh pemulangan. (Minhaj)

APA YANG KERAJAAN DAN PENANAM KENA BAYAR?

Kerajaan kena bayar : upah tanam dan penjagaan pokok.

Pekebun haram kena bayar : upah cabut dan sewa semasa.

HUKUM MAKAN DURIAN DARI TANAH HARAM

ULAMA MEFATWAKAN HARAM MAKAN BUAH HASIL TANAH YANG DIRAMPAS ATAU MILIK ORANG LAIN. Firman Allah :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah… (188 : al-Baqarah)

Oleh itu kerajaan Pahang hari ini telah menyelamatkan kita dari makan benda haram. TAHNIAH DIUCAPKAN.

https://www.facebook.com/100003278813911/posts/4070435843075669/?d=n

Kredit : PU Salman