1. Dengan kelemahan medan magnetik matahari (sejak 2017), bukaan korona akan kerap terbentuk pada permukaan matahari.
  2. Bukaan korona ini akan mengeluarkan pancaran angin solar deras (seperti spray pada pili air berputar).
  3. Terdapat 3 bukaan korona yang agak besar pada permukaan matahari yang NOAA tandakan sebagai #22,#23 dan#24.
  4. Pancaran angin solar deras daripada 3 bukaan korona sedang menghala ke bumi dan angin solar deras yang dipancarkan dijangka tiba pada 7 atau 8 Februari nanti… Keadaan yang sama seperti ribut solar pd 25-27 Jan. dan 3 Feb. hingga ke hari ini.
  5. Angin solar deras ini adalah sebahagian daripada komponen ribut solar selain CME dan Nyalaan solar yang akan dipesongkan oleh medan magnetik bumi dan menyebabkan berlaku keadaan ribut geomagnetik di bumi.
  6. Manifestasinya pembentukkan aurora di kutub bumi dan mungkin boleh menyebabkan aktiviti seismik seperti gempa dan letusan volkano…bergantung kepada keamatan ribut solar (nilai indeks Kp dan arah medan magnetik, IMF)..
  7. Nampaknya ribut geomagnetik di bumi akan berterusan dan peluang baik kepada pencerap aurora… kita hanya dapat tengok gambar je la ye!!
  8. Sementara itu matahari terus kekurangan sunspot. Sunspot kecil AR2800 wujud hanya beberapa jam yang kemudiannya padam. Meneruskan spotless 18 hari bagi tahun 2021 ini. Masih terlalu lemah bagi meneruskan kitaran solar ke-25.

Credit : Omén Necrofis