Kali ini Hamba ingin menaqalkan beberapa Mutiara daripada Kitab Hasyiah Bujairimi ‘Ala Al Khatib Hasyiah Syeikh Sulaiman Al Bujairimi bicara tentang kelebihan Ilmu , Ilmu yg dimaksudkan & Niat menuntut ilmu .

Kata Musonnif رضى الله عنه ونفعنا بعلومه آمين :

عن على رضى الله عنه :

العلم خير من المال العلم يحرسك وانت تحرس المال والمال تنقصه النفقة والعلم يزكوا بالانفاق

Diriwayatkan daripada Sayyidina Ali RA :

“ Bermula ilmu itu lebih baik daripada Harta , kerana ilmu itu menjaga kamu padahal kamu itu menjaga akan harta , Dan Harta itu berkurang ia oleh belanja padahal ilmu itu bertambah dgn sebab belanja “

(قوله العلم خير من المال) أى السعى فى تحصيل العلم أولى من السعى فى تحصيل المال .

(Perkatannya Bermula ilmu itu lebih baik daripada Harta) iaitu usaha pada menghasilkan ilmu itu lebih utama dari usaha pada menghasilkan harta .

(قوله العلم يحرسك) أى يكون سببا فى دفع المكروه عنك …… وقال بعضهم المراد يحرس دينك لان به يعرف الحلال والحرام فيعمل صاحبه به فيحفظ دينه

(Perkataanya kerana ilmu itu menjaga kamu) iaitu Ilmu itu jadi sebab pada menolak benda yg dibenci daripada kamu . Telah berkata oleh sebahagian Ulama : yg dimaksukan ialah menjaga akan Agama kamu kerana dgn sebab ilmu lah mengetahui yg Halal dan Haram maka beramal oleh Tuan empunya ilmu dgn ilmunya maka dipelihara Agamanya .

(قوله يزكو) أى يزيد بالانفاق أى اذا أفدته بالتعليم والافتاء ففيه تشبيه ذلك بالانفاق أعنى صرف المال فى وجوه الخير

قال الشاعر :

من حازالعلم وذاكره # صلحت دنياه وآخرته
فأدم للعلم مذاكرة # فحياة العلم مذاكرته
(Perkataanya bertambah) iaitu bertambah dgn sebab belanja yakni apabila kamu guna akan ilmu itu dgn mengajar dan berfatwa . Sabit padanya tasybih demikian itu dgn belanja , aku kehendaki belanja harta di jalan jalan kebaikan .

Telah bersyair oleh Penyair :

Barangsiapa mendapat akan ilmu dan mengajarnya # Berjaya Dunianya dan Akhiratnya

Berkekalan bagi ilmu Muzakarah # Maka hidup ilmu oleh Muzakarahnya .

وعن الشافعى رضى الله تعالى عنه :

من لا يحب العلم – أى نفس العلم أو أهله أو استماعه – لاخير فيه فلا يكن بينك وبينه معرفة ولاصداقة فانه حياة القلوب ومصباح البصائر

Diriwayatkan Imam Syafie berkata :

“ Barangsiapa yg tidak mencintai akan ilmu (Diri Ilmu atau Ahli Ilmu atau mendengar akan dia) nescaya tidak ada apa apa kebaikan padanya , Maka jangan ada diantara kamu dan diantaranya perkenalan dan persehabatan kerana bahawasanya ilmu itu kehidupan bagi segala hati dan pelita bagi penglihatan “

وعن الشافعى رضى الله تعالى عنه أيضا :

طلب العلم أفضل من صلاة النافلة

Dan Diriwayatkan Imam Syafie juga berkata :

“Menuntut Ilmu itu lebih banyak pahala daripada Sembahyang Sunat”

(قوله وعن الشافعى رضى الله تعالى عنه أيضا : طلب العلم أفضل من صلاة النافلة ) أى العلم الواجب عينا اوكفاية هذا هو المعتمد وأخذ بعضهم بالاطلاق وعبارة الزيادى وطلب العلم الشرعى على ثلاثة أقسام فرض عين وهو تعلم مالابد منه وفرض كفاية الى أن يصل الى درجة الافتاء وسنة وهو مازاد على ذلك اهـ ومن فروض الكفاية تعلم الطب كما فى المجموع

Iaitu Ilmu Wajib Ain atau Wajib Kifayah , ini ialah Pendapat Muktamad , Dan memahami oleh setengah Ulama dengan Itlaq (Apa sahaja Ilmu Bermanfa’at)

Dan Ibarat Imam Zayyadi “ Menuntut Ilmu yg bangsa Syara’ itu atas 3 segala pembahagian :

1- Fardhu Ain iaitu Ilmu tidak dapat tidak daripadanya ( Mesti ) .

2- Fadhul Kifayat ilmu yg membawa kepada Darjat berfatwa/ Mengajar .

3- Sunat iaitu Ilmu yg lebih daripada demikian itu Fadhu Kifayah . – Intaha Kalam Zayyadi

Dan setengah dari segala ilmu Fardhu Kifayat itu ialah mempelajar Ilmu Kedoktoran/Perubatan/ Medic , seperti mana hukum yg di sebut dalam Kitab Majmu’ Syarah Muhazzab bagi Imam Nawawi .

وجاء فى كثير من الاحاديث ما يدل على أن تعلم العلم وتعليمه أفضل من الذكر المجرد عن تعلم العلم بل من سائر الطاعات والعبادات منها حديث ابن عباس : تدارس العلم ساعة من الليل خير من احيائه بغيره .

Dan telah datang pada banyak daripada segalah Hadith Hadith Nabi oleh Barang yg menunjuk ia diatas bahawa mempelajari akan ilmu dan mengajar ilmu itu lebih banyak pahala daripada Zikir semata-mata meninggalkan daripada mempelajari ilmu (Kalau Zikir serta tidak tinggal belajar itu lagi banyak pahala) Bahkan lebih banyak pahala daripada sekelian ta’at-ta’at dan segala ibadat . Setengah daripadanya ialah Hadith Ibnu Abbas :

“Mempelajar Ilmu satu sa’at daripada malam itu lebih daripada menghidupkan malamnya dengan yg lain daripada ilmu” .

(ثم اعلم ) أن ماذكرناه فى فضل العلم انما هو في من طلبه مريدابه وجه الله تعالى فمن أراده لغرض دنيوى كمال او رياسة او منصب او جاه او شهرة او نحو ذلك فهو مذموم .

(Kemudian Ketahui olehmu) Bahawa barang yg menyebut oleh kami akan dia pada kelebihan ilmu itu hanyasanya ialah pada mereka yg mencari ilmu padahal menghendaki dengan ilmu itu akan Zat Allah Ta’ala . Maka bermula mereka yg menghendaki ilmu untuk tujuan bangsa dunia seperti Harta atau Kuasa atau Pangkat atau kemegahan atau kemasyhuran atau seumpama demikian itu Maka ianya perkara yg dicela oleh Allah “

اهـ حاشية البجيرمى على الخطيب حاشية الشيخ سليمان البحيرمى جزء الاول ص- ٣٨،٣٩ & ٤٠

Intaha Kitab Hasyiah Bujairimi ‘Ala Al Khatib Hasyiah Syeikh Sulaiman Al Bujairimi Juzuk Pertama muka surat – 38,39 & 40

Sedikit Kesimpulan Hamba :

1- Menuntut Ilmu ialah Ibadat yg paling utama didalam Islam

2- Bahkan Islam itu sendiri dibina diatas Ilmu

3- Bahkan siapa yg benci dgn Ilmu , Ulama dan Penuntut Ilmu maka jangan bersahabat dgn nya kerana boleh mematikan hati dan membutakan mata

4- Ilmu Fardhu Ain yg diajarkan di Masjid Surau jangan dianggap sambil sambilan mengisi masa lapang antara Maghrib dgn Isyak , Bahkan itu ialah Ibadat yg paling utama , Maka jangan dianggap Solat Maghrib dan Isyak sahaja sebagai ibadat , Bila Kuliah Maghrib mengajar Ilmu Fardhu Ain terus dianggap buang waktu .

5- Jangan sia-siakan Kuliah Maghrib di Masjid dgn ceramah ceramah kosong utk halwa telinga setiap malam , Isikan dgn Pengajian Fardhu Ain seperti Tauhid , Fiqh & Tasawwuf atau Ilmu yg bermanfa’at seperti Tafsir , Hadith & Sirah . Ceramah Ceramah santai tu Sebulan sekali masih boleh diterima lagi . Jangan sampai ada jemaah jemaah yg berpuluh puluh tahun hadir ke Masjid tetapi Fardhu Ain tak lepas .

6- Ilmu itu bahagian dari Agama , maka siasatlah Sanad Pengajuan Guru yg hendak mengajar , Jangan main tangkap muat asal sedap menggoreng .

7- Mesti difahami juga Ilmu Agama itu ada 2 iaitu :

1- Ilmu Fardhu Ain iaitu Tauhid, Fiqh & Tasawwuf

 2- Ilmu Fardhu Kifayah , Ilmu Fardhu Kifayat ada 2 juga :

1)— Fardhu Kifayah Diniyyah – Seperti Ilmu ilmu alat yg dipelajari di Pondok Pondok dan Madrasah iaitu Ilmu Nahw,Sarf , Balaghah (Ma’ani Bayan dan Badi’) , Wadho’ , Ishtiqoq , Mantiq , Maqulat , Usul Fiqh , Usul Tafsir , Ulumul Hadith dan lain lain lagi .

2)— Fardhu Kifayah Duniawiyyah – Seperti Ilmu Kedoktoran , Farmasi , Perniagaan dan sebagainya daripada segala ilmu ilmu yg bermanfaat utk Ummat Islam khususnya dan Ummat Manusia secara umumnya

(Tanbih) – Banyak Hamba mendengar orang mengatakan Ilmu Fardhu Kofayah Duniawiyah ini bukan Ilmu Islam , Bahkan yg sedihnya ada dikalangan orang Pondok sendiri seperti itu , Mereka mengatakan itu ialah Ilmu Sekular ! Astaghfirullahal’Azim , Inilah akibat belajar Makna Sekular tidak benar . Sekular ertinya memisahkan Agama dari Kehidupan . Maka sayang seribu kali sayang Ilmu yg dituntut itu padahalnya dijanjikan Pahala oleh Allah tiba-tiba disebabkan kejahilan diri sendiri 6 Tahun belajar ilmu Medic menjadi sia-sia tidak berpahala kerana di fikirnya itu ialah Ilmu Sekular ! Sekular bukan ilmu tetapi satu pemikiran asing yg masuk kedalam dunia islam ! Jadi dakwaan itu tidak betul bahkan salah !
Ilmu Perubatan yg dipelajar itu ialah bahagian dari Ilmu Agama yg bangsa Fardhu Kifayah Duniawiyyah !

8- Terakhirnya ialah Niat menuntut ilmu mesti niat yg sodiqoh kholisoh (Ikhlas kerana Allah) Jika tidak ianya pasti dicela oleh Allah . Contoh Niat yg benar :

“Aku belajar kerana Perintah Allah dan untuk berbakti kepada Bangsa,Agama dan Negara (Hamba Hamba Allah) “

Kerana Firman Allah Ta’ala :

‎‫وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ‬

Terjemahannya: “Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada Bangsanya/kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (At-Taubah-122)

Dipersilakan Para Tuan2 Guru , Asatizah & sahabat sahabat menambahkan lagi Fawaid yg lain supaya kita semua wa bil Khusus Al Faqir sendiri dapat mengambil istifadah darinya

Naqolahu Wa Katabahu Abdul Faqir Ahmad Faiz Hafizuddin
Khuwaidim Raudhoh Sufiyyah Sunniyyah Salafiyyah – Pondok Rumi Sufi Jawi Pondok Rumi Sufi Jawi
Pengurusi Pertubuhan Kebajikan Pondok Rumi Sufi Jawi

Kredit : PU Faiz