Ulama’ Tarem alim lagi tawadu’, setengahnya berpakaian seperti orang awam tanpa jubah dan serban, pakaian biasa dan berkain pelekat.Mereka tiada PHD tapi bila bercakap masuk dalam hati, ulama mereka setahu Al faqir semuanya hafal Al Quran dan hadis beribu-ribu dalam dada, rujukan mereka bukan Google, ilmu mereka dari hati ke hati,dari guru ke guru sampai sanadnya dengan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Al Allamah Habib Omar adalah guru yang alim lagi soleh, beliau istiqamah dalam ibadah, daripada kecil sentiasa menjaga solat di awal waktu dan berjamaah, solat dhuha 8 rakaat tidak ketinggalan, katanya tahajjud daripada beliau belum baligh lagi,tidak pernah kedengaran keluar dari lidahnya mencela orang lain dan berbangga diri, sentiasa tersenyum dan kuat berdakwah siang dan malam.

Antara pegangan ulama’ Tarem dalam menyampaikan dakwah berasaskan 5 prinsip :
1- Ilmu berdasarkan sanad yang sampai kepada Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam.
2- Amal iaitu berdasarkan kepada ilmu,
3- Wara’ iaitu sentiasa menjaga diri daripada jatuh kepada perkara yang syubhah dan haram,
4- Khauf iaitu sentiasa hati merasa takut sehingga menjauhkan diri daripada maksiat.
5- Ikhlas beramal semata-mata kerana Allah Ta’ala.

Perjalanan prinsip ini pula berdasarkan kepada 3 perkara :
1- Melazimi Al Quran,
2- Mengikuti Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam,
3- Mencontohi Salafus Soleh.

Tarem, kota ilmu, amal dan taqwa.Semoga Allah mendatangkan kamu ke kota Tarem ini, InsyaAllah.

Kredit : Ustaz Mustaffa Kamal