Yang melontarkan pandangan bahawa ada terdapat hadith yang tidak sohih di dalam Sohih Bukhari. Sebagai jawapan ringkas, saya sudah membuat posting berkenaan perkara ini mungkin 3 atau 4 tahun lepas di sini. Secara ringkasnya dalam Sahih Bukhari terdapat 2 jenis hadith yang dimasukkan oleh Al-Imam Bukhari dalam Kitabnya…1. Hadith Utama (Dengan sanad yang bersambung

  1. Hadith Taaliqat.

Hadith Taaliqaat ini umpama hadith-hadith yang di datangkan di dalam syarahan kepada matan Hadith Utama. Umpamanya dalam Kitab Fadhail Amal karangan Syeikhul Hadith Maulana Zakakaria, ada hadith-hadith yang di datangkan di bawah FAEDAH sebagai tasyrihat supaya lebih jelas…

Apa yang dimaksudkan oleh Al-Imam Bukhari Rh.A melalui perkataannya:
ما ادخلت فی کتابی الجامع الا ما صحَّ
Tidak aku memasukkan dalam kitab Jamik (Bukhari) melainkan hadith yang sohih.

Yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari melalui perkataannya ini adalah hadith-hadith beliau yang utama, bukannya hadith taaliqat, kerana dalam taaliqat masih banyak perinciannya lagi.

Untuk melihat perinciannnya mari renung kembali tajuk ini di bawah ???

Adakah juga terdapat Hadis Dhaif di dalam Sahih Bukhari?

Bagi menjawab persoalan ini perlu difahami bahawa Dalam Bukhari terdapat dua jenis hadis. 1.) بسند متصل (hadis bersanad yang bersambung datang dengan sighah حدثنا atau umpamanya)

  1. Hadith Taaliqat dengan sighah ذکر یذکر قال
    dan seumpamanya.

Hadis jenis pertama dalam Bukhari adalah hadis utama dalam Bukhari dan mempunyai bahagian yang besar dalam Bukhari serta mendapat status pengqabulan umat dan kesemuanya sahih.

Manakala hadis jenis kedua adalah hadis ta’liq yang tidak mendapat status tersebut malah hadis ini mendapat kritikan dari sesetengah Ulamak seperti دار قطنى، ابو مسعود الدمشقى dan lain2. Namun kritikan itu telah dijawab oleh banyak ulamak seperti حافظ عراقى dalam kitabnya التقييد و الايضاح dan juga Hafiz Ibn Hajar r.a dalam muqaddimah Fathul Bari.

Manakala hadis ta’liq pula terbahagi kepada dua jenis. Pertama hadis yang disebut di sesuatu tempat secara ta’liq tetapi disebut ditempat yang lain secara ‘mausul’ (bersambung) Maka hadis jenis ini adalah Sohih.

Jenis kedua adalah hadis yang disebut secara ta’liq tapi tidak disebut secara mausul ditempat yang lain, maka ianya terbahagi pula kepada dua bahagian.

1.) Hadis yang didatangkan dengan sighah jazam spt ذكر و قال. Maka hadis ini semuanya Sohih.

2.) Hadis yang didatangkan dengan sighah tamriz seperti قيل yakni dengan fail majhul, maka sesetengah hadis sebegini adalah sohih khasnya bila disebut secara mausul ditempat yang lain. Cuma didatangkan dengan sighah tamriz disebabkan mahu meringkaskan hadis tersebut. Meringkaskan hadis adalah satu bentuk riwayat bilmakna.

Disebabkan terdapat ikhtilaf ulamak mengenai riwayat bilmakna ini, maka Imam Bukhari r.a mendatangkan sighah jazam untuk mengisyaratkan terhadap peikhtilafan ini.

Satu lagi hadis ta’liq yang sememangnya dhaif, maka didatangkan dengam sighah tamriz bagi mengisyaratkan terhadap kedhoifan itu..كما نبه
ذلك العراقى في نكته علي ابن الصلاح ص

Akan tetapi Imam Bukhari r.a memasukkan hadis ta’liq sebegini didalam kitabnya الجامع الصحيح merupakan alamat dan dalil bahawa hadis ini paling tidak mempunyai asalnya dan tidaklah dhaif syadid seperti hadis wahi….
كم صرح به ابن الصلاح (ms ٢١)

Untuk mengetahui perbahasan lengkap tentang ta’liqat Bukhari boleh rujuk pada Muqaddimah Fathul Bari.
(٢/٢٦).

Tidak terdapat walau satu hadis Maudhuk pun dalam Sahih Bukhari.

Sesetengah Mutasyaddidin seperti Ibn Hazam r.a dan Ibnul Jauzi r.a telah menghukumkan sesetengah riwayat dalam Bukhari sebagai Madhuk,sebenarnya pendapat ini adalah salah dan batilnya pendapat ini telah dirad oleh Hafiz Iraqi r.a, Hafiz Ibn Hajar r.a dan Allamah Sayuti r.a dalam kitab-kitab mereka.
Wallahu A’lamu!!

Syeikhul Hadis Maulana Yunus Jounpuri رحمة الله علیه

Nawadirul Hadis M/S 93

KHULASAH:

Setelah perincian di atas,mari kita datang pada hadith yang dibincangkan:

باب مکث الامام فی مصلاه بعد السلام

وقال لنا ادم: حدثنا شعبة عن ایوب عن نافع قال: کان ابن عمر یصلی فی مکانه الذی صلّی فیه الفریضة. وفعله القاسم

Terjemahan: Adalah Ibn Umar bersolat (sunat) di tempat beliau solat (fardhu)..

Ini adalah hadith utama ?

ویذکر عن ابی هریرة رفعه: لا یتطوع الامام فی مکانه ولم یصحَّ
Terjemahan: Disebut dari Abu Hurairah r.anhu dan beliau memarfu` kan hadith kepada Nabi ﷺ :
Janganlah Imam bersolat Sunat di tempat sama dia solat fardhu.

Ini adalah hadith taaliq ?

Imam Bukhari rh.alahi mengatakan لم یصح (Tidak Sohih) adalah pada hadith taaliq ini bukan pada hadith utama dan itulah mazhab Beliau iaitu Imam boleh saja solat sunat di tempat Imam solat fardhu sebelum itu.

  1. Jangan mudah menuduh seseorang itu menfitnah Ulamak jika kita tidak tahu maksud sebenar pembicara @ penulis itu.
  2. Untuk faham Bukhari, kita perlu belajar Bukhari dari Ulamak bersanad yang mengajar Bukhari..duduk bertalaqqi di depan mereka belajar Bab demi Bab, hadith demi hadith. Tidak cukup sekadar mentalaah sendiri syarah Bukhari, dibimbangi datang kefahaman sendiri.
  3. Perlu berhati-hati sekiranya hendak mengkritik Ulamak-ulamak silam kerana mereka adalah Bahrul Uloom (Lautan Ilmu) dan Atqan Nas (Setaqwa-taqwa manusia ) berbanding kita yang banyak makan meggie mee…

والله اعلم

Kredit : Dipetik dan disunting dari Maulana Wan Aswadi