Apa yang ingin dijelaskan oleh Sheikh Nuruddin ketika mengomentar masalah solat jamak takhir dirumah adalah
1- Istilah solat jamak takhir dirumah itu sendiri salah kerana solat jamak takhir hanya boleh dibuat ketika musafir
2- Perbezaannya adalah jika solat itu dihukum solat jamak takhir maka statusnya adalah solat tunai dan sekiranya solat itu tidak dihukum solat jamak takhir maka status solat itu adalah qadha
3- Mereka yang bermusafir dan berniat melakukan jamak takhir dirumah maka sebenarnya dia tidak berniat melakukan jamak takhir dengan niat yang sahih kerana tiada jamak takhir ketika sudah tidak lagi menjadi musafir . Apabila dia dihukum tidak berniat jamak takhir maka perbuatan menangguhkan solat sehingga keluar dari waktunya adalah berdosa
4- Mereka yang tiba dirumahnya sedangkan waktu zohor masih berbaki tidak boleh menangguhkan solat zohor itu pada waktu asar dengan alasan mahu melakukannya secara ‘jamak takhir’.
5- Mereka yang boleh menangguhkan solatnya dan solat ketika sudah tiba dirumah adalah mereka yang berniat dari awal akan solat ditengah jalan namun kerana sesuatu kekangan tidak dapat berbuat demikian dan hanya melakukannya setelah tiba dirumah. Solat tersebut dihukum qadha tetapi tidak berdosa.
kredit : Ahmad Lutfi Abu Faqeh