Fahami apa itu Solstis (solstices) dan Ekuinoks (Equinoxes).

Agak terkejut juga buka group whatsapp pagi ni apabila ada beberapa orang mengaitkan peristiwa hari ni iaitu Ekuinoks September sebagai salah satu tanda akhir zaman. Untuk pengetahuan, ekuinoks ni berlaku setiap tahun dan berlaku pada tarikh yang sama.

Ekuinoks

  • Ia bermaksud seluruh dunia akan mengalami panjang siang dan malam yang sama iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. Kita yang tinggal di garis Khatulistiwa ni tak merasa perbezaannya kerana kita memang mengalami keadaan ni sepanjang tahun. Berlaku ekuinoks ni sebanyak dua kali setahun iaitu pada 21 Mac (ekuinoks musim bunga) dan 23 September (ekuinoks musim luruh). Berlakunya peristiwa ini kerana matahari berada tepat di garis khatulistiwa.

Solstis

  • ia bermaksud penerimaan panjang siang dan malam yang tak sama. Berlaku pada 21 Jun (solstis musim panas) dan 22 Disember (solstis musim sejuk).

Fenomena solstis musim panas ni berlaku apabila matahari tepat berada di garisan sartan di hemisfera utara. Ketika ini hemisfera utara akan menerima siang yang panjang iaitu 16 jam siang dan 8 jam malam. Sebaliknya yang berlaku di hemisfera selatan, malam menjadi panjang iaitu 16 jam dan siang hanya 8 jam.

Fenomena solstis musim sejuk bila berlaku apabila matahari berada tepat di garis jadi di hemisfera selatan. Ketika ini hemisfera selatan akan merasa siang yang panjang iaitu 16 jam dan 8 jam malam. Manakala sebaliknya berlaku di hemisfera utara.

Peristiwa solstis dan ekuinoks ini salah satu bukti bahawa bumi ini bukanlah datar seperti difahami oleh sesetengah pihak.

Salahsatu hikmah berlakunya wabak ni, ramai yang jadi “alert” dengan peristiwa falak. Cuma kefahaman berbeza kerana tak pernah tahu fenomena memang berlaku setiap tahun sebelum ni. Mereka yang ada belajar insyaAllah akan jelaskan apa yang berlaku dengan maklumat yang ada. -u.d-

Kredit : Uthman Daud