Perkara Yang Perlu difokuskan Dalam Isu Palestin

Oleh: Mawlana Imam Dr. Ali Jumuah

Tindakan jahat terbesar diulangi ke atas kota yang berkat ini, percubaan demi percubaan dilakukan bagi mengubah identitinya, kearabannya dan wajah islamnya.

Percubaan ini sepatutnya tidak menyibukkan kita dari isu utama dan menutupi mata kita, isu tersebut adalah isu penjajahan terhadap Negara.

Sesungguhnya masuk ke dalam perbalahan kata antara orang islam dan membahagikan tuduhan sana sini hingga keluar daripada batas kesopanan dan menuduh khianat hingga penghujung senarai yang disediakan adalah perkara yang disengajakan oleh musuh, dihasutkan di antara orang-orang islam sehingga tiada seorang pun yang bercakap tentang masalah asasi, iaitu bahawasanya israel adalah negara penjajah, bahawasanya tanah islam dan arab kita masih di bawah genggaman israel, dengan perantaraan masalah-masalah ini yang sengaja digembar gembur, terjadilah penyembunyian informasi dan media, dan tetaplah keadaannya sepertimana adanya.


Sudah menjadi kewajipan ke atas kita agar tidak sibuk hanya dengan bantuan, mengeluarkan kenyataan, tidak juga dengan berkongsi derita, mencela, mengutuk, dan kita melupakan bahawasanya isu asalnya adalah penjajahan israel terhadap bumi palestin dan tanah-tanahnya, pembinaan penempatan di al-Aqsa, penaklukan al-Quds dan penutupannya dengan segala cara, berjaga malam demi menggali keliling dan bawah masjid al-Aqsa yang tujuannya adalah meruntuhkannya demi mitos yang tidak benar, disandarkan ke atas sejenis penyalahgunaan agama.

wajib ke atas orang arab, dan orang islam mengetahui penderitaan yang dialami oleh bandar yang diberkati tersebut daripada segala jenis kepedihan, kesakitan yang perampas cuba untuk menyibukkan kita dengannya dan menjauhkan kita daripada kecantikan dan keindahannya, keberkatannya, kesuciannya. inilah yang perlu kita ketahui bahawasanya perkara yang paling kurangnya ke atas semua orang arab mengetahuinya, memahaminya dan berpegang padanya adalah mengenali titik paling penting yang membentuk sejarah bandar arab tersebut yang kita bangga dengan kearabannya dan keasliannya di sebalik pengluasan penjajahan pelbagai bangsa dan agama. Semoga dengan memahami perkara-perkara ini akan menghapuskan kesedihan dan menghidupkan harapan kemenangan dan keadilan, rahmat, keberanian, pembukaan yang agung.

Teks Asal:

إن العدوان الأثيم المتكرر على هذه المدينة المباركة والمحاولات الحثيثة لتغيير هويتها ووجهها العربي والإسلامي, هذا العدوان يجب ألا يشغلنا عن القضية الأساسية ويغبش عليها, هذه القضية التي هي احتلال الأرض. إن الدخول في نزاع كلامي بين المسلمين بعضهم البعض وتوزيع التهم هنا وهناك إلى حد الخروج عن اللياقة والاتهام بالعمالة إلى آخر القائمة الجاهزة أمر يتعمد العدو إثارته بين المسلمين حتى لا يتحدث أحد عن أصل المشكلة, وهي أن إسرائيل دولة محتلة, وأن أرضنا الإسلامية العربية ما زالت تحت قبضتها، وبواسطة هذه المشكلات التي يتعمد إثارتها يظل التعتيم الإعلامي ويبقى الحال على ما هو عليه.

إنه من الواجب علينا ألا ننشغل فقط بالإعانات ولا البيانات ولا التألم والشجب والاستنكار وننسى أن أصل القضية هو احتلال إسـ رائيل للأراضي الفلسطينية وبناء المستوطنات ،واحتلال القدس والتغبيش عليها بكل الوسائل والسهر على الحفر حول وتحت المسجد الأقصى المراد هدمه لأسطورة غير محققة تعتمد على نوع من استغلال الدين.

على الإنسان العربي والمسلم أن يدرك ما تعانيه تلك المدينة المباركة من أوجاع وآلام يحاول المغتصب أن يشغلنا بها عن رونقها وجمالها وبركتها وقدسيتها, وهذا ما يفرض علينا العلم بأن أقل ما ينبغي على كل عربي تحصيله وفهمه والوقوف عليه أن يتعرف على أهم النقاط التي شكلت تاريخ تلك المدينة العربية التي نعتز بعروبتها وأصالتها حيال هذا المد الاستعماري متعدد الجنسيات والأديان; لعل هذا يمحو الحزن ويحيي آمال النصر والعدالة والرحمة والشجاعة والفتح العظيم.
أ.د. #علي_جمعة

Kredit : Akademi Pemikiran Turath