Menulis tesis peringkat Master dan PhD bukan kerja main-main. Perlu pengorbanan diantara penyelia “مشرف” dan pelajar.
.
Hanya yang pernah “berenang” tahu berapa banyak air mata yang tumpah. Berapa banyak ombak besar yang menghempas sebelum menghasilkan senaskah tesis.
.
Amat menghairankan bila ada yang mengatakan.
.
“Alah setakat tulis tajuk tu aku pun boleh..kah kah. Sambil ketawa menghina”.
.
Biarkan mereka yang tidak pernah mendaftar atau “tercicir” master atau phD berkelakuan sedemikian. Mereka tidak pernah masuk berenang. Biarkan saja.
.
Tip mudah sebelum menulis tesis.
- Pastikan anda telah membuat “road show” bertemu pelbagai “spesis” penyelia yang ada. Tanya beberapa soalan. a. Kesesuaian tajuk / cadangan
“Tulis Tajuk Yang anda “minat” dan “Tahu”.
Memaksa diri menulis tajuk secara
“terpaksa” membuatkan kecewa
dihujungnya.
b. Kajian-kajian sebelumnya.
c. Buku/artikel awal dan sesuai dibaca.
d. Kenal pasti “jenis” / watak bekerja penyelia.
e. Buat lamaran awal.
f. Jika “ok” hulurkan borang permohonan.
g. Buat lawatan susulan dan tunjukkan
kesungguhan bila bertemu. Contoh. Setiap
komen dan ulasan telah dibetulkan dan
lain-lain.
h. Nak tulis bahasa apa? Ikut undang-undang
Universiti tempat anda mendaftar.
**** PERINGATAN Tidak perlu membawa
sebarang “cenderahati”. InsyaAllah gaji
kami dah memadai untuk beli “kain pelikat”
tu. Nak bagi jugak? Tunjuk kunci Audi Q7
atau BmW 7 series. Ahak.
***Jangan kerana “satu tesis hampeh”. Kita serang kesemua tesis itu kerja tanpa kualiti. Itu tidak adil.
.
Setelah “muqaddimah” diatas dipenuhi. Barulah mula berenang.
.
Pagi ini pelajar dibawah seliaan menghantar tesis lengkap buat dihadam.
.
Doakan saya dapat membaca tesis pelajar ini sebaiknya dan secepat mungkin.
Kredit : Mohd Khairul Nizam