Melaka memiliki sebanyak 23 buah negeri yang bernaung dibawahnya. Undang-undang negeri jajahan dan naungan ini telah diselaraskan dengan undang-undang yang ada di Melaka supaya pelaksanaan dan undang-undang yang adil dapat diamalkan.

Negeri seperti Bentan, Singapura, Terengganu, Siak, Inderagiri, Kuala Linggi, Tungkal, Dinding, Manjong, Jugra, Tanjong Tuan, Pahang, Bernam, Kelang, Jeram, Langat , Kampar, Merbau, Lingga, Rokan, Kelantan, Pattani, Kedah serta Bruas telah menjadi negeri taklukan atau naungan Melaka.

Pattani misalnya telah menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi negeri naungan Melaka selepas Kelantan berjaya ditewaskan oleh Melaka serta kekalahan Siam secara berturut-turut kepada Melaka.

Inderagiri pula menjadi sebahagian daripada keluarga Melaka selepas dikurniakan oleh Majapahit sempena pernikahan puteri Majapahit dengan Sultan Melaka.

Sebenarnya, Melaka tidak kalah pun dari segi persenjataan dengan Portugis. Bahkan jika tiada pengkhianatan yang berlaku, Melaka pasti akan kekal berdiri sehingga sekarang. Kekuatan persenjataan Portugis semata-mata tidak akan mampu untuk mengalahkan Melaka, ini kerana Melaka juga memiliki apa yang dimiliki oleh Portugis bahkan lebih lagi.

Meriam contohnya, dalam Hikayat Hang Tuah ada menyatakan bahawa Hang Tuah telah diutuskan oleh Sultan Melaka ke Turki untuk membeli meriam yang besar. Disana Hang Tuah turut berkesempatan untuk melihat cara pembuatan meriam dan kemudiannya telah dipraktikkan pembuatannya di Melaka.

Di Turki sahaja, Hang Tuah telah membeli sebanyak 800 laras meriam iaitu satu jumlah yang sangat besar bahkan lebih daripada mencukupi untuk melawan angkatan Portugis.

Hang Tuah ke Turki menaiki kapal Mendam Berahi manakala Maharaja Setia dan Maharaja Dewa pula menaiki kapal yang diberi nama Sairul Alamin. Kedua-dua buah kapal ini dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah ( 1459M-1477M ).

Rombongan untuk membeli meriam ini merupakan rombongan yang sangat besar sebenarnya kerana ia melibatkan 16 orang pegawai dan 470 orang kru yang bertugas menguruskan kelengkapan dan peralatan yang terlibat.

Semasa tiba di Mesir, Hang Tuah telah membeli sebahagian daripada meriam disini kerana bimbang meriam di Turki tidak mencukupi jumlah yang diperlukan oleh Melaka.

  • Perang Tamadun Melayu. Patriot Publishing. 2020

Kredit : Seri Cendekiawan