Kaum Dagestan keturunan Imam Shamil.

Semasa mengerjakan Haji dan Umrah pada zaman 80’an dan 90’an saya berjumpa ramai jemaah dari Afghanistan yang boleh dibezakan dengan pakaian dan serban mereka.

Kebanyakan orang Afghanistan ini mempunyai badan sasa, kelihatan tough dan tinggi 6 footer.

Saya boleh membezakan dari saiz fisikal, pakaian dan serban besar mereka adalah berbangsa pushtun.

Sekarang ini sudah tidak kelihatan kelibat jemaah dari Afghanistan tetapi ramai jemaah adalah dari Dagestan Russia.

Gamaknya pemerintah Russia sudah membenarkan rakyat mereka menunaikan umrah.

Orang Dagestan berbeza dengan jemaah lain kerana berbadan sado, muka caucasian (mat salleh), nampak brutal tetapi berperangai baik.

Dagestan adalah kawasan pergunungan di Caucasus dan merupakan kediaman kaum Avar beragama Islam yang ferocious (garang).

The Caucasus, adalah kawasan pergunungan yang membahagikan Eropah dan Asia sejauh 1000 km merentasi Laut Caspian ke Black Sea.

Rugged mountain dengan purata ketinggian 10000 kaki inilah tempat kediaman bangsa Chechen dan Dagestani (Avar).

Saya telah melihat sendiri bagaimana ruggednya pergunungan Caucasus semasa berkelana di Georgia, Armenia, Nagorno Karabakh dan Azerbaijan dalam siri kembaraan Old Silk Road.

Bangsa Chechen berasal dari orang yang berhijrah dari eropah berkulit cerah manakala bangsa Dagestan berasal dari Asia berkulit Indo-turkic.

Cuaca yang sejuk dalam kawasan pergunungan yang rugged, dan kehidupan susah menjadikan kaum ini bangsa yang kuat dari segi fisikal.

Kaum Avar dan Chechen memang terkenal sebagai pahlawan gagah di mana askar Russia bermasalah mengawal daerah mereka semasa zaman pemerintahan Tzar Russia.

Imam Shamil (1797-1871) adalah pejuang terkenal berbangsa Avar yang berjihad melawan tentera rusia pada kurun ke-19 di pergunungan Caucasus.

Ramai dari kita hanya tahu kisah Salehuddin Ayubi atau Mohammad Al Fateh tetapi tidak tahu siapa Imam Shamil.

Beliau sangat terkenal di kalangan umat islam di Caucasus.

Shamil dilahirkan pada masa ketika Empayar Tzar Rusia berkembang ke wilayah-wilayah empayar Uthmaniah.

Pada masa itu empayar Uthmaniah di ambang kelemahan dengan empayar Russia cuba mengambil alih kawasan pemerintahan mereka.

Bangsa yang mendiami Caucasus bersatu dalam menentang aspirasi Rusia untuk menakluk mereka dalam apa yang dikenali sebagai Perang Caucasus.

Beberapa pemimpin dari Caucasus berjihad menentang tentera Russia seperti Syeikh Mansur dan Ghazi Mollah.

Apabila Ghazi Mollah dan Imam kedua, Hamzah-Bek syahid maka Imam Shamil mengambil alih sebagai Imam ketiga Imamat Caucasus.

Dalam satu pertempuran antara pasukan tentera russia dan tentera Islam, seorang pegawai tentera russia telah menulis mengenai Imam Shamil:

It was dark: by the light of the burning thatch we saw a man standing in the doorway of the house, which stood on raised ground, rather above us. This man, who was very tall and powerfully built, stood quite still, as if giving us time to take aim. Then, suddenly, with the spring of a wild beast, he leapt clean over the heads of the very line of soldiers about to fire on him, and landing behind them, whirling his sword in his left hand, he cut down three of them, but was bayoneted by the fourth, the steel plunging deep into his chest. His face still extraordinary in its immobility, he seized the bayonet, pulled it out of his own flesh, cut down the man and, with another superhuman leap, cleared the wall and vanished into the darkness. We were left absolutely dumbfounded”.

Shamil berkesan menyatukan banyak suku Caucasus yang bertengkar untuk melawan Rusia, dengan kekuatan karisma, ketakwaan dan keadilan dalam menerapkan undang-undang Syariah sehinggakan satu sumber Rusia mengatakan Imam Shamil sebagai “orang yang bijak dan ahli politik yang halus”.

Walaubagaimana pun, sekutu Imam Shamil berpaling tadah kepada Tzar dan Imam Shamil telah ditangkap pada tahun 1859 dan dihantar ke Saint Petersburg untuk bersemuka dengn Tsar Alexander II.

Selepas itu, beliau diasingkan ke Kaluga, sebuah bandar kecil berhampiran Moscow.

Pada tahun 1869 beliau diberi izin untuk melakukan Haji ke kota suci Mekah dengan melakukan perjalanan pertama dari Kiev ke Odessa dan kemudian berlayar ke Istanbul, di mana beliau disambut oleh Khalifah Uthmaniah, Sultan Abdulaziz.

Beliau menjadi tetamu di Imperial Istana Topkapı untuk seketika dan meninggalkan Istanbul dengan kapal yang disediakan untuknya oleh Sultan.

Setelah menunaikan haji ke Mekah, beliau meninggal dunia di Madinah pada tahun 1871, dan dikebumikan di Jannatul Baqi, tanah perkuburan bersejarah di Madinah di mana banyak tokoh terkenal dari sejarah Islam disemadikan.

Rakan saya yang bertugas sebagai pengaman PBB semasa peperangan Bosnia pernah menceritakan mengenai gerombolan pejuang Islam yang diberi nama “the black warriors” kerana mereka semua berpakaian hitam dan sangat digeruni oleh pengganas serbs.

Mereka adalah pejuang berani mati dari Chechen dan Dagestan membantu orang Islam Bosnia melawan pengganas Serbs.

Saya percaya (just my personal opinion) Bani Tamim yang akan membantu Imam Mahdi bukanlah bani melayu yang suka melucah tewas dengan gambar Lizzy Tan walaupun gambar profil membelakangkan bendera palestin.

Mereka juga bukan walaun yang gemar mengkafirkan rakan seagama mereka sambil menghembus asap rokok, tetapi Bani Tamim pembawa panji-panji hitam adalah pejuang Islam dari pergunungan Caucasus ini.

Khabib champion UFC adalah juga kaum Avar dari Dagestan.

Wallahua’lam.

Kredit : Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar