? Tazkirah Jumaat?
Ada 4 perkara yang perlu kita tahu tentang selawat ke atas Nabi s.a.w;
- Apabila kita berselawat, Nabi s.a.w akan menjawab salawat kita dan mendoakan kita.
- Sekali selawat kepada Nabi s.a.w, Allah swt akan membalas 10x rahmat kepada kita.
- Jika dalam kerisauan, kesusahan ataupun kesulitan maka berselawatlah kepada Nabi s.a.w.
- Selawat yang terbaik adalah salawat yang diucapkan dalam tahiyat iaitu salawat Ibrahimiyyah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ،
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
(Surah Al-Ahzab ayat 56).
Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.
Salam Jumaat penuh barakah ?
Credit : Dr Zamihan al-Ghari