Penjelasan Ringkas Pendirian Ulama’ Hadrmwt , Tarikat Ba Alawi Dan Pegangan Mereka

Semenjak kedatangan Saiyyidil Muhajir, Ahmad Bin Isa ba Alawi ra ke Madinah Seiyun 14 Muharram 319h (golongan salafus soleh) dari Kota Baghdad , beliau mengatakan masuknya ke tempat yang aman , pemberhentian peperangan di sana ; bukti tiada peperangan di sana bahkan beliau mematahkan pedang sehingga mengatakan tiada perang dan amanlah tempat tersebut.

Manhaj ilmu yang diambil dari keturunannya zaman-berzaman tidak terputus melalui keturunannya yang asal jalur Saiyyidina Hussin ra adalah jumhur fahaman ASWJ sekarang ; buktinya sampai sekarang mereka memegang pengajian ini dengan kuat bahkan mereka mengajar ilmu ini pada setiap pelajar yang ingin menimba ilmu dari mereka iaitu ilmu aqidah atau Tauhid berasaskan ilmu Imam Abu Hassan al-Asy’ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra ; buktinya kitab seperti aqidah al-Awwam (Saiyyid Ahmad al-Marzuki) , aqidah Islam (Imam al-Haddad) dan kitab Jauharah at-Tauhid (Syeikh Ibrahim al-Laqqoni) . Manakala di dalam ilmu feqah mereka mengamalkan Mazhab ash-Syafie ra dan mengajarkan kitab ini kepada para pelajarnya seperti kitab asas Feqah, Safinah an-Najah (Syeikh Sumair al-Hadrami) , Matan Abi Syuja’ , Matan az-Zubad, Umdah as-Saalik sehingga Matan Mughni al-Muhtaj ( Imam an-Nawawi ra).
Di dalam ilmu Tasawuf atau pembersihan hati adalah ilmu yang paling banyak ditekankan di sana bahkan hidup orang sana bersama para gurunya adalah hidup dengan akhlaq dan beramal . Buktinya kita akan lihat ramai guru-guru menitikberatkan mempelajari dan mengamalkan apa yang ada di dalam kitab Bidayatul Hidayah ( Imam al-Ghazali ra) , kitab A’warif al-Maa’rif (Imam Suhawardi) dan risalah alQushairiah ( Imam al-Qushairi ra).

3 ilmu ini adalah sangat di titik beratkan mempelajarinya sebagai umum penuntut ilmu di sana. Syukur alhamdulillah 3 ilmu ini juga dibawa oleh para pendakwah dari Hadrmwt Yaman khususnya ketika datang ke bumi Tanah Melayu seperti Tanah Jawa Wali Songo atau disebut 9 orang wali dan masyhur sebelum Malaysia iaitu kerajaan Kedah Tua , Syeikh Abdullah al-Qumairi ra (531H/ 1136M) . Ulama’ yang datang ke Tanah Melayu ini akhirnya mendidik raja dan rakyat ketika itu sehingga mereka memeluk Islam dan fahaman ASWJ sepertimana sekarang. Semasa salah seorang pendakwah dari Hadrmwt Yaman iaitu Habib Abdur Rahman bin alHabib Ali Masyhur Ben Hafidz sampai ke kedah , beliau telah pergi ke kedah dan bertanya tentang adakah seorang ulama’ dari kami yang bernama Abdullah al-Qumairi datang ke sini. Maka sejarah di sanapun ada menulis tentang kedatangan beliau ke sini iaitu Tanah Melayu.

Alhamdulillah perkara ini kami dari Persatuan Kebajikan An-Nur Malaysia , Ittihad Annur Malaysia ; keluaran penuntut ilmu dari Hadrmwt dan Yaman sangat menitik beratkan ilmu,adab dan amal ini diajar di bumi Malaysia juga kami akan pastikan ilmu dan manhaj ini tidak dipermudahkan untuk ditokok tambah atau diubah- suai melainkan setelah mendapat keizinan daripada para alim ulama’ dari sana.

Rujukan :
1) kitab Manhaj as-Saawiy, Syarah Ushul Tariqah as-Saadah Ba Alawi ( Habib Zein Ibrahim Ben Sumaith)

2) at-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Sumber khazanah al-Fathoniah

Kredit : Ahmad bin Shadan AlHadrami

https://www.facebook.com/100000707558018/posts/5125547184145483/?d=n