POLEMIK UMUR KHADIJAH SEMASA BERKAHWIN DGN NABI SAW
تحقيق القول في عمر جديجة عندما تزوجها الرسول

Oleh : pu salman kuli ilmu

Baru2 ni saya ditanya oleh sahabat saya us Halim Din tentang satu video (dibawah) seorang pengacara menukilkan pendapat mengatakan umur Khadijah 28 tahun semasa berkahwin dgn Nabi saw dan umur 40 itu dari syiah. Malahan pengacara itu mengatakan umur 40 tidak sahih. Ini seolah2 tidak meraikan khilaf, malahan ramai ulama yg berpegang kata 40.

PENDAPAT ULAMA YANG KATA 40

Ibnu Saad dalam kitab Tobaqat meriwayatkan:

أخبرنا محمد بن عمر، أخبرنا المنذر بن عبد الله الحزامي، عن موسى بن عقبة عن أبي حبيبة، مولى الزبير قال: سمعت حكيم بن حزام يقول: تزوج رسول الله صلى الله عليه وسلم خديجة وهي ابنة أربعين سنة، ورسول الله صلى الله عليه وسلم ابن خمس وعشرين سنة،

Hakim bin hizam berkata:
Rasulullah saw berkahwin dengan Khadijah semasa Khadijah berumur 40 tahun dan Rasulullah berumur 25 tahun.

Perawi Muhammad bin Umar al-waqidi ini ulama bersilisih pendapat . ada yang mengatakannya thiqah dan ada yang mengatakannya lemah malahan ada menuduhnya berdusta (matruk). Kata ulama mungkin ia diterima dalam periwayatan sirah dan bercampur aduk dalam periwayatan hadis.

Imam Ibnu Abdul Barr berkata:

كانت إذ تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم بنت أربعين سنة، فأقامت معه صلى الله عليه وسلم أربعا وعشرين سنة، وتوفيت وهي بنت أربع وستين سنة وستة أشهر

Khadijah berumur 40 tahun semasa dikahwini Nabi saw, hidup bersama Nabi saw 24 tahun dan meninggal Ketika umur 64 tahun. (isti’ab mi makriftil ashab)

Ibnu Imad :

وتزوج خديجة وهو ابن خمس وعشرين سنة وهي بنت أربعين على الصحيح فيهما

Nabi saw berkahwin dgn khadijah saw umur Ketika umur 25 dan Khadijah umur 40 ituk pendapat yg sahih.(syazaratus zahab)

Ibnu Burhan al-halabi berkata:

وتزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي يومئذ بنت أربعين سنة. قال: وقيل خمس وأربعين سنة، وقيل ثلاثين، وقيل ثمان وعشرين

Rasulullah saw mengahwini Khadijah semasa Khadijah umur 40 tahun. Pendapat lemah kata 45tahun, 30 tahun dan 28 tahun.(Isanul Uyun fi sirati amin makmun)

Syeikh Musa Rasyid al-Azami (ahli sirah masa kini) berkata:

Adalah umur khadijah semasa berkahwin dengan Nabi saw adalah 40 tahun.(Lu’lu’ maknun fi Sirah Ma’mun)

Imam Muhammad bin Yusuf as-Solehi seorang ahli sejarah Islam yg ulung berkata:

“Pendapat umur Khadijah 40 tahun masa berkahwin dengan Nabi saw adalah pendapat sahih yg masyhur.”(subulul huda war rasyad – sebuah ensiklopedi sirah yang hebat )
Ibnul Athir berkata:

كان عمرها حينئذ أربعين سنة

Umur Khadijah Ketika itu 40 tahun.(asadul ghabah)

Imam Mulla Ali al-Qari berkata:

تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن خمس وعشرين سنة ولها يومئذ أربعون سنة

Rasulullah saw berkahwin dgn khadijah Ketika baginda berumur 25 dan Khadijah 40 tahun.(Jam’ul wasail)

Ibnu hajar al-Asqalani berkata:

وعن حكيم بن حزام أنها كانت أسنَّ من النبي صلى اللَّه عليه وسلّم بخمس عشرة سنة

Dari hakim bin hizam berkata : Khadijah lebih berusia dari Nabi saw 15 tahun.

Abu Hasan Ali an-Nadawi berkata:

Umur Khadijah berumur 40 tahun . beliau merujuk kepada sirah ibnu hisyam dan sirah ibnu kathir.(Sirah Nabawiyyah)

ULAMA YANG MENGATAKAN KHADIJAH BERKAHWIN DGN NABI DGN UMUR LEBIH MUDA DARI 40

Ibnu saad meriwayatkan:

أخبرنا هشام بن محمد بن السائب، عن أبيه، عن أبي صالح عن ابن عباس قال: كانت خديجة يوم تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم ابنة ثمان وعشرين سنة

Ibnu Abbas berkata: adalah Khadijah semasa berkahwin dengan Nabi berumur 28 tahun.
Perawi hadis ini hisyam al-kalbi adalah sangan doif iaitu berstatus matruk.

Ibnu asakir meriwayatkan Khadijah beumur 30 tahun (Tarikh dimasyq)

KHULASAH

Ulama sirah tidak sepakat tetapi lebih ramai yang mengatakan 40 , mengapa pengacara itu kata ini pendapat tidak sahih dan menuduh ia dari syiah. kita boleh berpegang umur 28 ka , 30 ka malahan ada pendapat sebut 45 tahun tetapi bila masuk TV dan bagitau 40 tu pendapat tidak sahih dan syiah sehingga boleh mengelirukan masyarakat , ini yang tak bagus.

Assalamualaikum KELAS ONLINE (zoom) BERKITAB

Kelas adalah seperti berikut(BOLEH PILIH ATAU AMBIK SEMUA):

Kelas siang:

1) kitab manhajul qawim ibnu hajar (fekah ibadat) dan kifayatul awam (tauhid) . Jumaat 3pm.

Dan kelas mlm:

  1. Umdatus Salik (fekah mazhab Syafie) dan matan waraqat (usul fekah) 9.15pm SELASA
  2. Riyadus solihin (hadis bersanad) Dan Syamail Muhammadiah (hadis) 9.15pm RABU
  3. Jauharah tauhid (ilmu tauhid) dan tafsir ayat hukum 9.15pm KHAMIS
  4. Matan Ajurrumiah (nahu bersanad ) Matan Izzi (sorof) 9.15pm AHAD .

peserta yg berdaftar dikalangan public figure seperti Pelakon ashraf muslim, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah IMAM MUDA Asyraf dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour agamawan seperti pu hafiz , dai fuad , us halim din , dai wan , pu yop , ahli akademi seperti dato Awang Sariyan Kembara Bahasa, Dr Azli Masrop, Dr Syarbaini Ahmad dll dan juga pelbagai profesyen sperti engineer , pharmachist dan lain2. Kelas dirakam utk kemudahan yg terlepas. Ada juga nota dan ulangkaji. Sila wasap wa.me/60133533248

Credit : Ustaz PU Salman

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3716345408484716&id=100003278813911&sfnsn=mo