Sejak tahun lalu, pelakon Zila Bakarin mula mengenakan pakaian berhijab. Dia menceritakan bahawa dirinya pernah ditanya sama ada rela untuk membuka tudung ketika berlakon oleh kru sebalik tabir.

Menurut Zila, persoalan begini sering ditanya apabila ada sebahagian pelakon yang bertindak membuka tudung hanya kerana ingin menjahakan watak yang ditugaskan.

Walaubagaimanapun, Zila Bakarin tetap berpegang teguh dengan prinsipnya untuk kekal istiqamah bertudung. Dia juga meminta untuk pihak produksi untuk mencari pelakon lain untuk mengganti dirinya bagi watak sedemikian.

Zila Bakarin sendiri tidak tahu siapa pelakon yang menggantikan dirinya bagi watak sedemikian. Menurutnya lagi, dia tiada hak untuk menentukan pilihan pelakon tersebut atau memberi komen tentang perkara tersebut.

Zila Bakarin dengan rendah hati mengakui dirinya masih lagi baru belajar dan tidaklah pandai untuk berbicara tentang hal-hal sebegini.

Apa yang jelas, bagi diri Zila Bakarin, dia tetap istiqamah dengan pilihannya untuk menutup aurat dan menolak tawaran berlakon jika watak yang diberikan menghalang dirinya dari mengamalkan kewajiban agamanya. Dia menganggap tawaran itu bukan rezekinya.

Sikap mulia Zila Bakarin ini mendapat pujian netizen. Netizen mendoakan agar Zila Bakarin terus istiqamah dan rezekinya akan semakin mencurah-curah kerana istiqamah menjaga syariat Allah Maha Pemberi Rezeki (Allah ar-Razzaq).