MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN
PANDANGAN SALAFUS SOLIH & PARA ULAMAK

Berikut adalah pandangan ulamak-ulamak muktabar tentang hukum melakukan kebaikkan dan amal solih pada malam nisfu Sya’ban.

Umar bin Abdul Aziz r.a. menulis kepada ‘Adi bin Arthoh :

عليك بأربع ليال في السنة , فإن الله يفرغ فيهن الرحمة : أول ليلة من رجب , وليلة النصف من شعبان , وليلة الفطر , وليلة النحر

“Hendaklah kamu amati empat malam dalam setahun kerana sungguhnya Allah mencurahkan rahmat-Nya pada malam-malam tersebut : Awal malam daripada Rejab dan malam nisfu Sya’ban dan malam raya Fitrah dan malam raya korban.”

Imam Ibnu Najim Al-Hanafi pada kitab Al-Bahrul Raaiq :

ومن المندوبات إحياء ليالي العشر من رمضان وليلتي العيدين وليالي عشر ذي الحجة وليلة النصف من شعبان

“Dan setengah dari yang disunatkan ialah menghidupkan sepuluh malam Ramadhan dan dua malam hari raya dan sepuluh malam Zulhijjah dan malam nisfu Syaaban.”

Pengarang Kitab Durarul Hikam :

ومن المندوبات إحياء ليال العشر الأخير من رمضان وليلتي العيدين وليالي عشر ذي الحجة وليلة النصف من شعبان

“Dan setengah dari yang disunatkan ialah menghidupkan sepuluh malam akhir dari Ramadhan dan dua malam hari raya dan dan sepuluh malam Zulhijjah dan malam nisfu daripada bulan Syaaban.”

Pensyarah Kitab Syarah Al-Haskafi karangan Syeikh ‘Alauddin Al-Haskafi :

وإحياء ليلة العيدين والنصف من شعبان والعشر الأخير من رمضان والأول من ذي الحجة ويكون بكل عبادة تعم الليل أو أكثره

“Dan menghidupkan malam dua hari raya dan malam nisfu Syaaban dan sepuluh malam akhir Ramadhan dan awal daripada Zulihijjah dan adalah dengan sekelian ibadah itu sepenuh malam atau kebanyakan malamnya.”

Kitab Hasyiah Ibnu Abidin ala Mazhabil Hanafi:

مطلب في إحياء ليالي العيدين والنصف وعشر الحجة ورمضان

“Yang dituntut ialah pada dua malam hari raya dan malam nisfu dan sepuluh malam Zulhijjah dan malam Ramadhan.”

Imam Ibnu Solah As-Syafie :

وأما ليلة النصف من شعبان فلها فضيله واحياؤها بالعبادة مستحب

“Dan adapun malam nisfu dari Syaaban maka baginya kelebihannya dan menghidupkannya dengan berbuat ibadah adalah disunatkan.” (Fatwa Ibnu Solah)

Syeikh Khatib Syarbini :

والدعاء فيهما وفي ليلة الجمعة وليلتي أول رجب ونصف شعبان مستجاب فيستحب كما صرح به في أصل الروضة

“Dan berdoa pada dua malam hari raya dan malam jumaat dan awal bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban adalah disunatkan sebagaimana diterangkan dengannya pada asal kitab Ar-Raudhah.” (Mughni Al-Muhtaj)

Imam Ibnu Taimiyah :

إذا صلى الإنسان ليلة النصف وحده ، أو في جماعة خاصة كما كان يفعل طوائف من السلف ، فهو أحسن

“Apabila solat olih seorang pada malam nisfu Syaaban sendirian atau berjemaah secara khusus sebagaimana dikerjakan olih beberapa kumpulan dari para salaf maka ia adalah elok.” (Majmu’ Fatawa)

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali :

وليلة النصف من شعبان كان التابعون من أهل الشام كخالد بن معدان ومكحول و لقمان بن عامر و غيرهم يعظمونها و يجتهدون فيها في العبادة

“Dan malam nisfu Syaaban itu adalah Tabi’in dari negeri Syam seperti Khalid bin Mi’dan dan Makhul dan Luqman bin ‘Amir dan lainnya membesarkannya dan bersungguh berbuat ibadah padanya.” (Kitab Lathoif Ma’arif)

KESIMPULAN

Siapa yang menghidupkan malam nisfu Syaaban yakni dengan bersolat sunat atau membaca Quran atau berzikir atau berdoa dan bersitighfar samada secara sendirian atau berkumpulan maka hukumnya adalah harus dan baginya pahala yang sangat banyak dengan sebab amalannya itu.

Siapa yang tidak menghidupkannya yakni hanya beramal seperti pada malam-malam yang biasa maka tidaklah menjadi kesalahan kepadanya.

Berkata Abdul Fatah bin Solih Al-Yamani :

إحياء ليلتي العيد وليلة النصف من شعبان
ذهب جماهير أهل العلم إلى استحباب إحياء ليلتي العيد وليلة النصف من شعبان وقد اتفقت المذاهب الأربعة على ذلك
وجمهور أهل العلم على استحباب الاجتماع لإحياء تلك الليالي وكره بعضهم الاجتماع واستحب الإحياء بدون اجتماع
ومن استحب الاجتماع جمهورهم استحب الجماعات الخاصة في البيوت ونحوها دون الجماعات العامة في المساجد , وبعضهم استحب الجماعات العامة في المساجد كما هو الحال في التراويح

Artinya :

“Menghidupkan dua malam hari raya dan malam nisfu Syaaban
Telah berjalan jumhur ulamak kepada disunatkan menghidupkan dua malam hari raya dan malam nisfu Syaaban dan telah sepakat mazhab yang empat atas yang demikian itu.
Dan pandangan jumhur ulamak atas disunatkan berhimpun bagi menghidupkan malam tersebut dan memakruhkan sebahagian mereka dan berpendapat sunat dihidupkannya tanpa berhimpun.
Dan setengah dari meraka mengatakan disunatkan berhimpun secara berkumpulan itu ialah di rumah atau umpamanya bukan di masjid.
Dan setengah ulamak pula membilang sunat berhimpun secara umum itu di masjid sebagaimana pada solat tarawih.”

wallahua’lam

Credit:
ustaz azhar idrus