Al-Imam Abu Abdullah, Muhammad ibn Idris al-Qurasyi al-Hasyimi al-Muththalibi ibnul Abbas ibn Utsman ibn Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu (150-204H).

Silsilah nasab-nya bertemu dengan datuk RasūluLlāh ﷺ iaitu Abdul Manaf. Beliau dilahirkan di Ghazzah Palestin pada tahun 150H.

Setelah kematian ayah-nya pada masa dia berumur 2 tahun ibu-nya membawa Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu ke Mekah, yang merupakan kampung halaman asal keluarga-nya. Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu diasuh dan dibesarkan dalam keadaan YATIM. Dia telah menghafal Al-Qur’an semasa kecil lagi. Dia pernah tinggal bersama kabilah HUDZAIL di AL-BADIYAH, satu kabilah yang terkenal dengan KEFASIHAN dalam bahasa ARAB. Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu banyak mempelajari dan menghafal syair mereka.

Imam Syafi’i radhiyāLlāhu ‘anhu adalah TOKOH BAHASA dan SASTERA ARAB. Al-Ashmu’ie pernah berkata bahawa syair Hudza’il telah diperbaiki oleh seorang pemuda Quraisy bernama MUHAMMAD IBN IDRIS. Ini jelas menunjukkan bahawa dia adalah Imam dalam bidang BAHASA ARAB dan memainkan peranan penting dalam perkembangannya.

Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu belajar di Mekah kepada Mufti-nya, iaitu MUSLIM IBN KHALID AL-ZANJI hingga Imam asy-Syafi’e mendapat izin untuk memberi FATWA. Pada masa itu, Imam asy-Syafi’e baru berumur kira-kira 15 tahun. Setelah itu, dia pergi ke Madinah. Di sana dia menjadi murid Imam MALIK IBN ANAS. Dia belajar dan menghafal AL-MUWATHTHA’ hanya dalam masa sembilan malam saja. Dia juga meriwayatkan hadith dari SUFYAN IBN UYAINAH, FUDHAIL IBN IYADH, dan paman-nya, MUHAMMAD IBN SYAFI’E serta dengan yang lain-lainnya.

Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu pergi ke Yaman, kemudian ke Baghdad pada tahun 182H dan ke Baghdad untuk KEDUA kalinya pada tahun 195H. Dia mempelajari ilmu FUQAHA Iraq dari MUHAMMAD IBNUL HASSAN. Dia juga mengadakan perbincangan dan pertukaran pendapat dengan MUHAMMAD IBNUL HASSAN. Perbincangan ini sangat menggembirakan ar-Rasyid.

Imam AHMAD IBN HAMBAL bertemu dengan Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu ketika di Mekah pada tahun 187H dan di Baghdad pada tahun 195H. Dia belajar ilmu fiqh dan usul fiqh serta ilmu NASIKH dan MANSUKH Al-Qur’an dari Imam asy-Syafi’e. Di Baghdad, Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu telah mengarang kitab-nya bernama “AL-HUJJAH” yang mengandung mazhab-nya yang QADIM. Setelah itu, di berpindah ke Mesir pada tahun 200H. Dan di sana, lahirlah mazhab JADID-nya.

Dia wafat di Mesir dalam keadaan syahid kerana ilmu (Rujukan : Dikatakan bahawa dia di pukul oleh Asyhab, seorang faqih Mazhab Maliki ketika dia berdiskusi dengan asy-Syafi’e sehingga bengkak. Dia dipukul di dahi dengan anak kunci, lalu jatuh sakit beberapa hari lama-nya sehingga meninggal dunia. Asyhab berdoa dalam sujud-nya; “Ya ALlāh matikanlah Syafi’e. Kalau tidak, hilanglah ilmu Malik.” Namun menurut cerita yang masyhur, Imam asy-Syafi’e dipukul oleh dua pemuda Maghribi (Bujairimi al-Khathib, jilid 1, hlm. 49 dan seterusnya), pada akhir bulan Rejab, hari Jumaat tahun 204H. Dia dimakamkan di al-Qarafah setelah ‘Asar pada hari yang sama. Semoga ALlāh SWT merahmati-nya.

Diantara hasil karya-nya ialah “AR-RISALAH” yang merupakan penulisan pertama dalam bidang usul fiqh dan kitab “AL-UMM” di bidang fiqh berdasarkan mazhab JADID-nya (pandangan terkemudian atau yang terbaru, rujuk: http://journal.stainmetro.ac.id/index.php/jurnalnizham/article/download/818/pdf_40).

Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu adalah seorang MUJTAHID MUTLAK. Dia adalah Imam di bidang fiqh, hadith, dan ushul. Dia telah berhasil menggabungkan ilmu fiqh ulama HIJAZ dengan ulama IRAQ.

Imam AHMAD IBN HAMBAL berkata; “Imam asy-Syafi’e adalah orang yang paling alim berkenaan dengan kitab ALlāh dan sunnah RasūluLlāh ﷺ.” Dia juga pernah berkata; “Siapa pun yang memegang tinta dan pena di tangan-nya, maka ia terhutang budi kepada asy-Syafi’e.”

Asy-Kubra Zadah dalam kitab-nya, “MIFTAH AS-SA’ADAH” berkata; “Ulama kalangan ahli fiqh, usul, hadith, bahasa, tata bahasa, dan lain-lain telah SEPAKAT tentang amanah, adil, zuhud, warak, takwa, pemurah, serta baiknya tingkah laku dan tingginya budi pekerti yang dimiliki oleh Imam asy-Syafi’e. Meskipun banyak pujian yang diberikan, namun tidak memadai.”

Sumber Mazhab Imam as-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu ialah Al-Qur’an dan as-Sunnah. Kemudian ijmak dan QIYAS. Dia tidak mengambil pendapat para Sahabat sebagai sumber mazhab-nya, kerana ia merupakan ijtihad yang ada, yang berkemungkinan ada kesalahan atau kesilapan.

Dia juga tidak beramal dengan ISTIHSAN yang diterima oleh golongan HANAFI dan MALIKI. Dalam hal ini, dia berkata; “Siapa yang melakukan ISTIHSAN bererti ia telah membuat syariat.” Dia juga telah menolak MASALIH MURSALAH dan tidak setuju menjadikan ‘AMAL AHL AL-MADINAH (perbuatan penduduk Madinah) sebagai hujjah. Ahli Baghdad telah menyifatkan Imam asy-Syafi’e sebagai NASHIR SUNNAH (penyokong As-Sunnah).

Ulama yang meriwayatkan kitab lama-nya, “AL-HUJJAH”, ialah empat orang murid-nya dari kalangan penduduk IRAQ, iaitu:

  1. Ahmad bin Hanbal.
  2. Az-Za’farani.
  3. Al-Karabasyi.
  4. Abu Tsaur.

Riwayat yang paling baik ialah riwayat az-Za’farani. Adapun yang meriwayat mazhab baru Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu dalam “AL-UMM” juga empat orang murid-nya iaitu dari kalangan penduduk MESIR. Mereka ialah:

  1. Al-Muzani.
  2. Al-Buwaiti.
  3. Ar-Rabi’ al-Jizi
  4. Ar-Rabi’ ibn Sulaiman al-Muradi, dan lain-lain.

Fatwa yang terpakai dalam mazhab Syafi’e ialah QAUL JADID-nya dan bukan QAUL QADIM-nya, kerana Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu sendiri telah MENARIKNYA KEMBALI dengan berkata; “Aku tidak membenarkan orang meriwayatkannya dariku.”

Hanya dalam beberapa masalah sahaja, iaitu lebih kurang 17 permasalahan yang boleh difatwakan berdasarkan QAUL QADIM. Jika memang QAUL QADIM itu didukung oleh hadith sahih, maka ia adalah mazhab Syafi’e. Diriwayatkan bahawa Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu berkata; “Jika sah sesuatu hadith, maka itulah mazhab-ku. Oleh sebab itu kau tinggalkanlah pendapat-ku.”

Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu mempunyai pengikut dan murid yang ramai di HIJAZ, IRAQ, MESIR, dan di negara-negara Islam yang lain. Secara khusus, kita akan membahaskan riwayat hidup ringkas lima orang MESIR yang telah mempelajari mazhab JADID-nya iaitu:
(Rujukan: Abu Zahrah, asy-Syafi’e, hlm. 149 dan seterusnya).

  1. Yusuf ibn Yahya al-Buwaithi, Abu Ya’qub. Dia wafat tahun 231H dalam penjara di Baghdad, kerana FITNAH mengenai pendapat bahawa Al-Qur’an adalah makhluk yang ditimbulkan oleh Khalifah al-Ma’mum. Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu telah melantik-nya sebagai PENGGANTI untuk memimpin HALAQAHNYA. Dia telah menghasilkan MUKHTASHAR yang masyhur berdasarkan pendapat Imam asy-Syafi’e.
  2. Abu Ibrahim, Ismail ibn Yahya al-Muzani (wafat 264H). Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu berkata; “Al-Muzani adalah orang yang menolong mazhab-ku.” Dia telah menghasilkan banyak kitab dalam mazhab Syafi’e. Di antara ialah “AL-MUKHTASHAR AL-KABIR” yang dinamakan sebagai “AL-MABSUTH” dan “AL-MUKHTASHAR ASH-SHAGHIR”. Banyak ulama Khurasan, Iraq, dan Syam (Syria) yang belajar kepada-nya. Dia ialah seoramg yang alim serta mujtahid.
  3. Ar-Rabi’ ibn Sulaiman ibn Abdul Jabbar al-Muradi, Abu Muhammad (perawi kitab). Dia merupakan muadzin di Masjid ‘Amr ibnul Ash (Masjid Fusthath), wafat pada tahun 270H. Dia bersama Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu dalam jangka masa yang lama, sehinggalah dia menjadi periwayat kitab-kitab Imam asy-Syafi’e. Melalui dia, kitab “AR-RISALAH”, “AL-UMM”, dan kitab-kitab Imam asy-Syafi’e radhiyāLlāhu ‘anhu yang lain sampai kepada kita. Jika berlaku percanggahan di antara riwayat “AL-MUZANI” dengan riwayat dia, maka riwayat dialah yang diutamakan.

Sekian, semoga menambah sedikit info. Wassalam.

Kredit : Facebook Lebai Kampung