Dalam forum berkenaan Cabaran Artis Bertudung, Lisa Surihani turut diundang sebagai salah seorang panel untuk membuat perkongsian. Beliau membuat pendedahan bahawa sememangnya ada artis yang kehilangan tawaran kerja apabila mula mengenakan pakaian yang menutup aurat. Perkara ini akhirnya membuatkan sesetengah artis merasakan diri mereka terpaksa berseorangan apabila hendak mengenakan hijab.
Walaubagaimanapun, Lisa menegaskan bahawa sekiranya artis berpendirian teguh untuk mempertahankan hak kebebasan mereka untuk memakai pakaian yang menutup aurat, akhirnya industri terpaksa akur dan akan mengikut trend ini. Industri seni yang disifatkan sebagai tidak “Islamik-sentrik” ini pasti akan memenuhi permintaan ramai yang hendak melihat para artis tampil dengan imej berhijab.
Bercakap dari pengalaman dirinya sendiri, apabila Lisa tegas dengan prinsipnya ini, semua pihak akan menghormati keputusan beliau malah tawaran kerja yang diperolehnya tidak putus-putus. Lisa Surihani sangat yakin bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Jika kita melakukan perkara yang diredai oleh Allah Yang Maha Memberi Rezeki (ar-Razzaq), maka insha Allah segala urusan akan dipermudahkan.
Lisa juga menyatakan kekagumannya terhadap ketegasan pelakon cilik, Mia Sara yang mempertahankan pendiriannya untuk kekal berhijab. Mia Sara sebelum ini mendedahkan bahawa dirinya mendapat tawaran berlakon, tetapi perlu menanggalkan hijabnya bagi menjayakan karya tersebut.
Lisa Surihani berasa kagum kerana Mia Sara yang masih muda usianya ini teguh mempertahankan prinsipnya walaupun terpaksa menanggung risiko kehilangan pekerjaan. Lisa yang sebelum ini pernah berlakon bersama Mia Sara beberapa tahun yang lepas juga menyatakan bahawa Mia Sara sebenarnya lebih lama mula mengenakan hijab berbanding dirinya.
Lisa juga memohon kepada semua pihak agar terus menerus memberi sokongan kepada para artis yang mula mengenakan pakaian yang menutup aurat secara sempurna. Beliau meluahkan rasa kesyukuran yang tak terhingga apabila adanya platform seumpama Nurflix yang berusaha membimbing dan menawarkan peluang berkarya buat para artis yang berhijab.
Kredit gambar : Instagram @lisasurihani
*Klik pautan https://nurflix.tv/login/ untuk subscribe dan tonton pelbagai kandungan menarik secara PERCUMA bagi fasa beta testing.