Isu berkenaan pilihan para artis wanita untuk berhijab dan cabaran mereka dalam mempertahan pilihan ini turut mendapat respon dari Ustaz Raja Ahmad Mukhlis. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis yang merupakan pengarah kandungan Nurflix turut menyuarakan pandangannya berhubung isu ini.

Pertama sekali, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis membuat satu persoalan berkenaan bagaimana realiti industri seni tanah air ini berjalan. Adakah keinginan masyarakat yang mencorak karya para produser, atau hasil pembikinan produserlah yang membentuk minda masyarakat?

Menurut beliau, media ini hanyalah alat atau platform sahaja. Perkara yang hendak dibawa melalui platform ini adalah idea. Maka perlulah para penggiat seni di Malaysia menyebarkan idea-idea yang selari dengan kehendak agama melalui saluran media ini.

Inilah sepatutnya yang perlu dijadikan perjuangan oleh para penggiat seni. Para penggiat dalam industri seni perlu menjadi pejuang, bukan sekadar menjadikan karya mereka sebagai sebuah perniagaan. Kerjaya dan agama adalah perkara yang boleh diselarikan, tidak perlu mengasingkan antara keduanya.

Platform yang dibina juga perlu menyatukan antara golongan agamawan dan seniman. Ini kerana tidak cukup sekadar agamawan mengkritik seniman di luar sedangkan suara kritikan itu tidak sampai kepada seniman. Bahkan penyatuan dua golongan dalam satu platform juga penting bagi agamawan memahami bagaimana industri yang dilalui oleh para seniman ini berjalan. Penyatuan ini adalah penting untuk saling memahami dan memudahkan usaha pembimbingan.

*Klik pautan https://nurflix.tv/login/ untuk subscribe dan tonton pelbagai kandungan menarik secara PERCUMA bagi fasa beta testing.

#NurFlixTv#SopanStream#SalamPKP#KitaJagaKita#AdabAkhlak#Hijab#HijrahSukaKomenKongsi