[MABADI’ AL ASYARAH: 10 DASAR ILMU FIQH AT TAHAWWULAT]

(1) NAMA ILMU INI

➡️Fiqh al-Mutaghoyyirat / Ilmu Akhir Zaman / Fiqh at-Tahawwulat / Ilmu Fitan

(2) DEFINISI

➡️Antara definisinya ialah pemahaman yang diambil daripada syarak pada sesuatu yang telah terjadi dan akan terjadi dalam kehidupan manusia dan alam semesta, serta sesuatu yang telah muncul dan akan muncul dari perkembangan ilmu teori, praktik, thaqofah, peristiwa dan fitan dalam fasa-fasa kehhidupan manusia secara umum dan fasa-fasa kehidupan umat Muhammad secara khusus hingga berlakunya kiamat, samaada dengan cara pembacaan istibaaqiyyah ( nas tentang sesuatu yang akan terjadi ) yang menjelaskan peristiwa dan kejadiaan, atau dengan cara pembacaan istiqroiyyah ( nas tentang sesuatu yang telah terjadi ) yang menjelaskan sejarah umat terdahulu berlandaskan dua sumber utama iatu al-Qur’an dan al-Hadith.

(3) POKOK PERBAHASAN

➡️Soalan keempat dalam hadith Jibril عليه السلام yang dikenali dengan hadith Ummu al-Sunnah, demikian juga perubahan tarikh dalam nusus syarak

(4) MANFAAT DAN KELEBIHANNYA

➡️menunaikan perintah syarak supaya berlindung dari fitan dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat

➡️cahaya yang menerangi jalan umat ketika sistem dunia semakin tenat dan parah, terjadinya keributan fitnah yang kelam dan dahsyat ( pergaduhan, perbantahan, peperangan, wabak dan lain-lain ) serta meningkatkan kesedaran dan keimanan seorang Muslim yang sabar agar dia tidak jatuh ke dalamnya

➡️memperbaharui bacaan dengan nama Allah dalam berinteraksi dengan realiti dan cabaran semasa

➡️memperbaharui method dakwah kepada Allah sesuai dengan keadaan zaman

➡️menambahkan iman di akhir zaman, mengekalkan peratus kebaikan dan ketaqwaan di masa-masa fitnah, mengurangkan ketegangan dan perbantahan serta berpegang teguh dengan manhaj al-Salamah

➡️mengenal dan mengetahui apakah pendirian yang perlu diambil oleh setiap muslim ketika hari-hari fitnah sesuai dengan apa yang dikhabarkan tentang berlakunya peristiwa tersebut

(5) DASAR AMBILAN

➡️Pengambilan ilmu ini dari ayat-ayat al-Qur’an , al-Hadith dan al-Aatsar

(6) NISBAH

➡️Penyelenggaran bagi ilmu Tsawabit & rukun ugama yang tiga iaitu Iman, Islam dan Ihsan serta menjaganya dari dicabut ikatan yakni seperti bekas yang diletakkan di dalamnya ilmu-ilmu ugama

(7) PENGGAGAS ILMU INI

➡️Al-Habib Abu Bakar al-Adni bin Ali Al-Mashur حفظه الله تعالى ورعاه yang menyusun atur ilmu ini secara bersistem dengan meletakkan manhaj, dalil, usul, kaedah, istilah, prinsip dan cara pelaksanaan kepada ummah melalui muallafaat beliau seperti (( النبذة النبذة )) – (( النبذة الصغرى )) – (( الاءقليد)) – (( دوائر الإعادة )) – (( التليد والطارف )) – (( الأسس والمطلقات )) – (( النمط الأوسط )) – (( بين يدي الدجال )) – (( منهج السلامة الواعي )) – (( إظهار العلم المكنون)) – (( إحياء لغة الإسلام العالمية )) – (( الوثيقة )) dan banyak lagi.

(8)KELEBIHANNYA

➡️Dengan ilmu ini dapat mengenal pasti sebab-sebab tercabutnya ikatan Islam, Iman dan Ihsan

(9) HUKUM MEMPELAJARI ILMU INI

➡️Fardhu Kifayah di akhir zaman

(10) MASAIL

➡️Banyak, diantaranya mendiagnosis realiti semasa dan peristiwa-peristiwa yang terjadi serta meletakkan solusi yang sesuai baginya bertujuan untuk memberhentikan persengketaan di antara orang – orang Islam, Sunnah al-Mawaaqif dan Sunnah al-Dalaalah, Fiqh al-Maraahil, Fiqh al-Nawaaqid, Fiqh al-Naqooid, Fitan dan kesesatan Fitan serta cara berlindung daripadanya, Fiqh al-Bisyaarah, Fiqh al-Nazhaaraat, Fiqh al-Hasoonah, Fiqh al-Mubaadarah, mengetahui hubung-kait antara ugama dan tarikh serta banyak lagi.

https://www.facebook.com/100000953605455/posts/5917374848304243/?d=n

Kredit : Muhammad Saeed bin Sori
Maahad Imam Al-Adni, Shah Alam