π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› π—•π—”π—œπ—ž π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—¦π—”π— π—•π—¨π—‘π—š

Jika kita membaca Al Quran di dalam solat (terutama Imam) atau di luar solat, adalah lebih baik, kita tidak menyambung basmalah (بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ°Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω) dengan awal surah yang lapan ini. Baca basmalah. Kemudian waqaf dengan tarikan nafas baru. Baru baca awal surah-surah ini.

Contoh : Jangan sambung :

        بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ°Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω ΨͺΩŽΨ¨ΩŽΩ‘ΨͺΩ’ يَدَا أَبِي Ω„ΩŽΩ‡ΩŽΨ¨Ω وَΨͺΩŽΨ¨ΩŽΩ‘

Kerana ini adalah antara surah yang tidak sunatkan (Ω„Ψ§ يسΨͺΨ­Ψ¨) menyambung basmalah dengan awalnya. Sila rujuk Al jami’ fi Qiraaatil Quran Al Karim karangan Syeikh kamil Al Masiri.

Pun begitu, jika disambung, tidak berdosa. Cuma kurang baik dari sudut makna. Sebagai contoh kalimah β€˜Ar Rahim’ yang bermakna Maha Mengasihani disambung dengan kalimah β€˜Tabbat’ yang bermaksud celaka. Tak cantik.

Hanif Azmir hassim 2 Ogos 2021 Nibong Tebal.