بسم الله الرحمان الرحيم
QAWAID DAN FAWAID USULIYAH LUGHOWIYAH DI DALAM MENGISTINBAT HUKUM PADA HADIS ((إنما الأعمال بالنيات))
Kalimah ((إنما)) yang terdapat pada hadis tersebut jika diterjemah secara literal ia membawa maksud ”sesungguh..hanya..” atau “hanyasanya..”
Para Usuliyyun meletakkan pada bab Mafhum Mukhalafah lil hasor. Adapun Imam Baidhawi di dalam Minhajul Wusul dan Imam Ar Razi di dalam Al Mahsul meletakkan pada bab Huruf Al Ma’ani. Adakah kalimah ((إنما)) di sini memberi faedah الحصر (iaitu dibatasi dengan beberapa perkara yang di hukumkan) atau tidak memberi faedah akan الحصر?
Berlaku khilaf di kalangan Usuliyyin sebagaimana disebut di dalam جمع الجوامع dan syarahnya تشنيف المسامع :
مسألة : (إنما) , قال الآمدي وأبو حيان : لا تفيد الحصر.
(ش) فقيل : تفيد.. (اختار الصفي الهندي رحم الله).
Imam Isnawi di dalam Nihayatus Suul menaqal iktiyar Imam Al Amidi yang mengatakan ia bukan sekadar tidak memberi faedah membataskan beberapa perkara, bahkan ia memberi faedah menta’kid isbat. Dan pendapat ini merupakan pendapat yang sohih di kalangan Ulama Nawhu.
“واختار الآمدي : أنها لا تفيد الحصر, بل تفيد تأكيد الإثبات, وهو الصحيح عند النحويين. ونقله شيخنا أبو حيان في شرح التسهيل…إلخ..”
Di sana terdapat hadis Imam Muslim yang di riwayatkan Ibn Abbas ra :
((إنما الربا في النسيئة))
Maksudnya : “Sesungguhnya riba terjadi dalam pembayaran yang ditangguhkan.”
Wajhu dalalah pada hadis di atas menunjukkan berlaku pengharaman riba itu hanya semata-mata An Nasi’ah, tidak kepada yang lain. Sedangkan pengharaman riba bukan semata-mata An-Nasi’ah, bahkan riba Al Fadl juga haram dengan ijmak para ulama.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ التَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْحِنْطَةُ بِالْحِنْطَةِ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلًا بِمِثْلٍ يَدًا بِيَدٍ فَمَنْ زَادَ أَوْ اسْتَزَادَ فَقَدْ أَرْبَى إِلَّا مَا اخْتَلَفَتْ أَلْوَانُهُ
Maksudnya : dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Kurma dengan kurma, gandum dengan gandum, jewawut dengan gandum, garam dengan garam harus sebanding dan tunai. Dan barangsiapa melebihkan, maka dia telah melakukan praktik riba kecuali jika berbeza jenisnya.”
Imam Mahalli menyebutkan dalam البدر الطالع bahawa ia tidak memberi faedah الحصر :
“فلا تفيد النفي المشتمل عليه الحصر, وعلى ذلك حديث مسلم ((أنما الربا في النسيئة)), إذ ربا الفضل ثابت أجماعًا,”.
Imam Isnawi menjawab balas pendapat yang mengatakan bahawa ianya memberi faedah الحصر dengan berdalilkan firman Allah swt :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka.” (Al Anfal -2)
Imam Isnawi mengatakan di dalam Nihayatus Suul :
“فإنه لو أفاد الحصر :- لكان من لم يحصل له الوجل لا يكون مؤمنًا, وليس كذلك.”
“Bahawa sekiranya ia mengambil faedah akan الحصر, nescaya seseorang itu belum lagi dikira beriman apabila tidak terhasil gementar dalam hatinya, dan ia bukanlah sebagaimana begitu.”
Imam Fakhruddin Ar Razi mengatakan bahawa lafaz ((إنما)) memberi faedah الحصر. Ia menyebutkan di dalam Al Mahsul :
“لفظة ((إنما)) للحصر : خلافا لبعضهم.. وأما أن نقول: كلمة ((إن)) تقتضي ثبوت المذكور, وكلمة ((ما)) تقتضي نفي المذكور, وهذا هو الحصر, وهو المراد.”
“Lafaz ((إنما)) adalah membataskan : Berlaku khilaf pada sebahagian mereka. Dan adapun kami mengatakan : Kalimah ((إن)) ia menuntut mensabitkan perkara yang disebutkan dan kalimah ((ما)) menuntut menafikan perkara yang tidak disebutkan. Ini merupakan الحصر dan ia merupakan perkara yang dikehendaki.”
*(Lafaz ((إنما)) juga menjadi khilaf di kalangan Usuliyyin sama ada ia Mantuq atau Mafhum. Ia tidak ditulis di sini.)
Jadi bagaimana hendak diketahui lafaz ((إنما)) pada hadis tersebut? Adakah ianya تفيد الحصر atau لا تفيد الحصر?
Maka suka saya menaqalkan di dalam kitab إحكام الأحكام شرح عمدة الأحكام karangan Ibnu Daqiq Al ‘Eid ketika menghuraikan lafaz ((إنما)) pada hadis tersebut :
“فتارة تقتضي الحصر المطلق, وتارة تقتضي حصرا مخصوصا, ويفهم ذلك من القرائن والسياق… فإذا وردت لفظة ((إنما)) فاعتبرها. فإن دل السياق والمقصود من الكلام على الحصر في شيء مخصوص فاعمل به, وإن لم يدل على الحصر في شيء فاحمل الحصر على الإطلاق. ومن هذا قوله صلى الله عليه وسلم : ((إنما الأعمال بالنيات)).
“Maka terkadang ia menuntut hasor yang mutlaq dan terkadang ia menuntut hasor yang dikhususkan dan difahami dari qarinah.. Maka apabila terdapat lafaz ((إنما)) maka i’tibarkan akannya. Sekiranya konteks dan maksud pada lafaz tersebut menunjukkan hasor pada sesuatu yang dikhususkan, maka beramallah dengan makhsus tersebut. Sekiranya tidak menunjukkan hasor pada sesuatu, maka ia dibawa kepada hasor yang bersifat mutlaq. Dan dari perkara ini sebagaimana disebutkan pada hadis ((إنما الأعمال بالنيات)).
*Fawaid : Di antara adwaat bagi الحصر ini : ((تقديم المعمول)) – Sebagaimana yang disebutkan Imam Zamakhsyari dan jamaah seumpama firman Allah swt ((إيّاك نعبد)).
Wallahualam.
Credit : Muhammad Syibree Saharudin