ILMU TOK KENALI MERUPAKAN WARISAN SYAIKH AHMAD AL-FATHANI.

Oleh Ustaz Khuwaidimullah Anwar Mua’ai

Asal Usul Syeikh Wan Daud (Syeikh Daud Al Fatani) bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (Wan Senik). Tidak ada anak dari keturunan darah dagingnya sendiri.

Dua pupu dengan Haji Abdush Shamad Pulai Condong. Sama sama belajar di Mekah. Haji Abd Samad menjadi murid kepada Syeikh Daud Al Fatani. Dan Syeikh Daud lebih tua dari Hj Abd Samad Pulai Condong. Tinggal menetap di perkampungan Keresik Petani. Lahir di Kampung Keresik, meninggal di Taif sekitar tahun 1847 (1265). Keturunan Faqih Ali. Belajar di Mekah 30 tahun dan belajar di Madinah selama 5 tahun. Banyak mengarang kitab. Datuknya bernama Syeikh Wan Idris, ulamak besar. Bersahabat Syeikh Daud Al Fatani dengan Syeikh Abdush Shamad Al Falimbani asal dari Palembang (pernah belajar di petani).

Setelah terlibat dengan perang Syeikh Daud mengundur diri ke Pulau Duyung Terangganu. Semasa disana sempat melahirkan murid yang besar namanya dalam liputan sejarah, iaitu Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al Fatani (Syeikh Nik Mat Kecik), pengarang kitab Mathla’ul Badrain. Syeikh Daud Al Fatani kembali ke Mekah dan meninggal di Taif (tahun 1847 (1265).

Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Tok Kenali, dilahirkan pada tahun 1870 (1287 hijrah) dan meninggal pada tahun 1933, meninggal seusia 63 tahun. Menuntut ilmu di Mekah selama 20 tahun (atau 21 tahun).

Seusia 10 tahun, beliau telah mula dihantar oleh kedua ibu bapanya untuk belajar menuntut ilmu agama. Diantara guru guru yang pernah beliau belajar semasa zaman remajanya, adalah seperti tuan guru Ismail (ayah kepada Dato almarhum Menteri Besar Hj Nik Mahmud), Syeikh Mohammad Ali bin Abdul Rahman (yang lebih dikenali dengan pangilan Wan Ali Kutan), Hj Taib Tuan Padang dan tuan guru Hj Ibrahim Sungai Budor.

Selepas gagal dalam perkahwinan pertama (kawin pilihan ibubapa, lingkungan seusia 16 atau 17 tahun), beliau berhijrah ke kota mekah. Beliau belayar ke mekah pada tahun 1886. Keberangkatan Tok Kenali ke kota mekah pada tahun itu, diingati adalah karena pemergiannya itu adalah sempena hari kemangkatan Sultan Kelantan. Sempena kemangkatan pemerintahan Sultan Mulut Merah Kelantan dan sempena pertabalan Sultan Ahmad Kelantan. Semasa di Kota Mekah, beliau banyak menuntut ilmu daripada tuan guru Al Syeikh Ahmad Al Fatani.

Al Syeikh Ahmad Al Fatani lah sebenar benar guru Tok Kenali semasa di kota mekah. Beliau telah menjadi anak murid kesayangan kepada Al Syeikh Ahmad. Sehingga gurunya Syeikh Ahmad Al Fatani membawa Tok Kenali bersamanya semasa berhijrah ke Mesir pada tahun 1903. Setelah dua tahun kematian gurunya (Syeikh Ahmad Al Fatani), pada tahun 1908 Tok Kenali telah mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air (Kelantan). Beliau menuntut ilmu di kota mekah selama 20-21 tahun.

Guru Besar yang paling besar Tok Kenali semasa belajar di kota mekah, adalah Syeikh Ahmad Al Fatani bin Muhamad Zain bin Mustapa Al Fatani. Syeikh Ahmad Al Fatani adalah keturunan mubaligh islam dari Hadhramaut yang bersambung ilmunya dengan Saidina Uthman bin Affan (sahabat Baginda Rasulullah). Manakala salsilah ilmu Syeikh Ahmad Al Fatani pula adalah berasal dari ilmu Syeikh Daud Al Fatani. Syeikh Daud Al Fatani meninggal pada 1847 manakala Syeikh Ahmad Al Fatani meninggal sekitar tahun 1906. Selisih tahun kematian kedua ulamak tersebut adalah sebanyak 59 tahun.

Dari fakta sejarah yang sahih itu, maka yakinlah kita bahawa, asal usul ilmu Tok Kenali itu, adalah berasal dari Syeikh Ahmad manakala Syeikh Ahmad Al Fatani pula berasal ilmunya dari Syeikh Daud Al Fatani. Dari Tok Kenali itulah makanya ilmunya sampai kepada kita sekalian.

Ramai dikalangan kita mengenali Tok Kenali hanya melalui keramat dan kewaliannya, sayangnya tidak ramai yang mengetahui akan ilmunya. Kita hanya tahu beliau boleh berjalan diatas air, tembak tak lut, ulat dalam kaki dan berbagai bagai lagi keajaiban. Mahsyornya Tok Kenali itu bukan terletak pada keramatnya sebaliknya mahsyornya Tok Kenali itu, adalah diatas ilmu makrifat. Tok Kenali bersolat dengan makrifat (dengan mengenal Allah). Berpuasa, bersyahadah, berzikir, bersedekah dan beribadah dengan makrifat. Tetapi, tidak ramai yang mengetahui akan ilmu makrifatnya.

والله أعلم بالصواب

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=620585972542493&set=a.102200687714360&type=3