Isu Viral Tuduhan Zina daripada Si Isteri kpd Suaminya
Firman Allah:
﴿إِنَّ ٱلَّذِینَ یُحِبُّونَ أَن تَشِیعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِی ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ﴾ [النور ١٩]
Sesungguhnya mereka yang suka menyebar menyebar perkara keji dikalangan orang yang beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahui sedangkan kalian tidak mengetahui. (al Nur: ayat 19)
Oleh kerana pihak netizen rancak mengviralkan perkara yang keji dalam masyarakat. Menjadi tanggungjawab ilmuwan menerangkan pandangan agama berkenaannya moga moga segera kita kembali kepada Allah sesuai dengan suruhanNya.
Ayat di atas mengancam mereka yang SUKA menyebarkan perkara KEJI dalam masyarakat.
Walaupun ayat ini diturunkan berdasarkan peristiwa khabar angin bahawa Saidatina Aishah telah berzina dengan seorang sahabat seperti yang dicanang puak munafiq, tetapi kaedah mengatakan yang diambil kira adalah umum lafaznya bukan pada asbab nuzulnya. Oleh itu, lafaz dalam ayat ini umum kepada sesiapa yang mengambil sikap menyebar nyebarkan perkara sensitif dan keji terutama hal tuduhan zina.
Lafaz SUKA pada ayat sudah cukup menggerunkan, menunjukkan kepada hanya berniat hendak melakukan sudah Allah ANCAM dengan Azab yang pedih apatah lagi perkerjaan. Ini sebahagian daripada gaya bahasa Quran yang benar benar ingin menegah perbuatan MENULARKAN perkara keji..
Saya nukilkan kata Imam al-Tahir bin Ashur:
ومِن أدَبِ هَذِهِ الآيَةِ أنَّ شَأْنَ المُؤْمِنِ أنْ لا يُحِبَّ لِإخْوانِهِ المُؤْمِنِينَ إلّا ما يُحِبُّ لِنَفْسِهِ، فَكَما أنَّهُ لا يُحِبُّ أنْ يَشِيعَ عَنْ نَفْسِهِ خَبَرُ سُوءٍ كَذَلِكَ عَلَيْهِ أنْ لا يُحِبَّ إشاعَةَ السُّوءِ عَنْ إخْوانِهِ المُؤْمِنِينَ. ولِشُيُوعِ أخْبارِ الفَواحِشِ بَيْنَ المُؤْمِنِينَ بِالصِّدْقِ أوِ الكَذِبِ مَفْسَدَةٌ أخْلاقِيَّةٌ
Sebahagian daripada adab ayat ini bahawa sepatutnya hal mukmin itu dia tidak menyukai saudara semukminnya melainkan apa yang dia sukai kepada dirinya . Sebagaimana dia tidak suka TULAR tentang dirinya KHABAR KEJI begitulah juga dia tidak suka MENULARKAN KHABAR KEJI tentang saudara seimannya. Dan pada TULARNYA khabaran KEJI diantara mukmin itu SAMA ADA BENAR ATAU DUSTA satu kerosakan besar pada akhlak.
فَإنَّ مِمّا يَزَعُ النّاسَ عَنِ المَفاسِدِ تَهَيُّبُهم وُقُوعَها وتَجَهُّمُهم وكَراهَتُهم سُوءَ سُمْعَتِها وذَلِكَ مِمّا يَصْرِفُ تَفْكِيرَهم عَنْ تَذَكُّرِها بَلْهَ الإقْدامُ عَلَيْها رُوَيْدًا رُوَيْدًا حَتّى تُنْسى وتَنْمَحِيَ صُوَرُها مِنَ النُّفُوسِ،
Maka perkara yang menghalang insan daripada kerosakan2 adalah rasa amat takut mereka terhadap melakukan perkara keji tersebut dan benci mereka tentang keburukan yang bakal menimpa maruah mereka. Demikian itu akan memalingkan fikiran mereka daripada memikir2 perkara keji apatah lagi melakukannya, sikit demi sikit sehinggalah ia dilupakan dan gambaran keji terus hilang dari jiwa.
فَإذا انْتَشَرَ بَيْنَ الأُمَّةِ الحَدِيثُ بِوُقُوعِ شَيْءٍ مِنَ الفَواحِشِ تَذَكَّرَتْها الخَواطِرُ وخَفَّ وقْعُ خَبَرِها عَلى الأسْماعِ فَدَبَّ بِذَلِكَ إلى النُّفُوسِ التَّهاوُنُ بِوُقُوعِها وخِفَّةُ وقْعِها عَلى الأسْماعِ فَلا تَلْبَثُ النُّفُوسُ الخَبِيثَةُ أنْ تُقْدِمَ عَلى اقْتِرافِها، وبِمِقْدارِ تَكَرُّرِ وُقُوعِها وتَكَرُّرِ الحَدِيثِ عَنْها تَصِيرُ مُتَداوَلَةً
Namun jika tersebar dikalangan umat ini Kelakuan KEJI, hati akan mula memikirnya dan telinga ringan mendengarnya. Maka muncul dalam diri sikap bermudah mudah terhadap perlakuan itu, justeru tidaklama kemudian jiwa yang keji akan mula melakukannya. Oleh itu, dengan banyak berlaku perkara keji kemudian membawa kepada banyak cerita tentangnya, jadilah ia kebiasaan dan leluasa.
هَذا إلى ما في إشاعَةِ الفاحِشَةِ مِن لِحاقِ الأذى والضُّرِّ بِالنّاسِ ضُرًّا مُتَفاوِتَ المِقْدارِ عَلى تَفاوُتِ الأخْبارِ في الصِّدْقِ والكَذِبِ.
Kemudian ditambah lagi, apabila ceritaa keji tersebar, ia akan menyakiti insan tertentu dan memudaratkan mereka mengikut tahap berita yang dicanang sama ada ia benar atau dusta.
ولِهَذا دَلَّ هَذا الأدَبُ الجَلِيلُ بِقَوْلِهِ: ﴿واللَّهُ يَعْلَمُ وأنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ﴾ أيْ يَعْلَمُ ما في ذَلِكَ مِنَ المَفاسِدِ فَيَعِظُكم لِتَجْتَنِبُوا وأنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ فَتَحْسَبُونَ التَّحَدُّثَ بِذَلِكَ لا يَتَرَتَّبُ عَلَيْهِ ضُرٌّ وهَذا كَقَوْلِهِ: ﴿وتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وهو عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ﴾ [النور: ١٥]
Kerana yang demikian Allah mengisyarakat kepada adab yang agung ini dengan firmannya:
(Allah mengetahui sedang kalian tidak mengetahui)
yang bermaksud Allah mengetahui betapa besarnya kerosakan itu maka Dia menasihati kalian untuk meninggalkannya sedangkan kalian tidak mengetahui maka kalian menyangka MENYEBAR MENYEBARKAN perkara keji itu tidak membawa apa apa mudharat,
Firman Allah:
Kalian sangka ia ringan sedangkan di sisi Allah ia PERKARA YANG BESAR!! (al-Nur: 15)
Jika netizen berkata:
Bukankah Allah berfirman:
۞ لَّا یُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوۤءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِیعًا عَلِیمًا
Sesungguhnya Allah tidak menyukai melantangkan bicara tentang kejahatan melainkan daripadaa mereka yang di zalimi
Allah mengatakan orang yang dizalimi boleh menzahirkan kezaliman yang dibuat terhadapnya!
Dan wanita itu dizalimi!
Jawab hamba:
Wahai saudara, jika kita bukan ahli dalam memahami ayat Quran tidak boleh kita memahamkan ayat melainkan dengan mengambil daripada ahlinya.
Ini supaya kita tidak memperlagakan antara ayat Quran dan Hadis maka berlaku kontradik yang merosakkan kefahaman tentang agama.
Saya nukilkan kata Shaykh Tahir bin Ashur ulama Tafsir ulung abad ini setelah beliau menyebut dibenarkan untuk berkata lantang atau melaporkan tentang kezaliman
وذَلِكَ مَخْصُوصٌ بِما لا يُؤَدِّي إلى القَذْفِ، فَإنَّ دَلائِلَ النَّهْيِ عَنِ القَذْفِ وصِيانَةَ النَّفْسِ مِن أنْ تَتَعَرَّضَ لِحَدِّ القَذْفِ أوْ تَعْزِيرِ الغِيبَةِ قائِمَةٌ في الشَّرِيعَةِ.
Namun, demikian (kezaliman yang diiklankan) dikhususkan dengan perkara yang tidak membawa kepada Qazaf (tuduhan zina). Maka dalil dalil larangan tentang Qazaf dan arahan melindungi diri daripada mendedahkan diri kepada hukuman Qazaf atau hukuman takzir bagi pengumpat sabit dalam Syariat…
Maka saudara berhati hatilah dalam cubaan memperkata tentang alQuran dengan faham yang menyanggahi al Quran sendiri.
Jika kata netizen lagi:
Kiranya ust menyokong perbuatan keji itu la!
Kata hamba:
Tidak bermakna saya tidak membenarkan ia disebar bahawa saya menyokongnya.. Bahkan kami menyokong untuk dibawa yang bersalah ke muka pengadilan! Dalaam masa yang sama kita patuh dengan arahan Allah dan Rasul dan menghadapi kes kes begini.
Saya akhiri dengan hadis dari Tafsir al Razi:
رُوِيَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ أنَّهُ قالَ: «إنِّي لَأعْرِفُ قَوْمًا يَضْرِبُونَ صُدُورَهم ضَرْبًا يَسْمَعُهُ أهْلُ النّارِ، وهُمُ الهَمّازُونَ اللَّمّازُونَ الَّذِينَ يَلْتَمِسُونَ عَوْراتِ المُسْلِمِينَ ويَهْتِكُونَ سُتُورَهم ويُشِيعُونَ فِيهِمْ مِنَ الفَواحِشِ ما لَيْسَ فِيهِمْ»
Diriwayatkan daripada Rasulullah bahasanya baginda bersabda:
Sesungguhnya aku mengetahui satu kaum, memukil dada mereka dengan satu pukulan kuat yang mendengarkan ahli neraka.
Merekalah golongan yaang membisik bisik dengan keburukan orang, mencari cari keaiban orang muslimin, menyingkap tirai maruah mereka dan menyebar nyebarkan dikalangan mukminin keaiban yang tidak ada dikalangan mereka.
Semoga Allah menguatkan hati kita untuk menghadapi ujian, dalam masa yang sama tetapkan kita di dalam tunduk dan patut kepada Allah dan RasulNya
amin..
Kredit : Khadim al-Azhar Faiz Fateh al-Azhari