Berkata Maulana Hussein Abd Kadir Yusufi :
“Maulana Zakariyya mengajar hadis sewaktu umur 20 tahun sampai umurnya 80 tahun. Katanya, makin lama saya belajar hadis, semakin lama saya mengajar hadis, semakin banyak saya jumpa dalil-dalil Imam 4 Mazhab yang bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah. Makin lama belajar dan mengajar semakin jelas nampak kebenaran Imam 4 Mazhab”.
“Sebaliknya, setengah kita sekarang ini belajar hadis hanya beberapa tahun saja – Setahun jagung sahaja dalam bidang ilmu hadis – Setengahnya bahasa arab pun lintang pukang lagi tetapi sudah pandai mencari kesalahan Imam 4 mazhab ini.
Begitulah, dewasa ini ramai mereka yang gemar memaudhu’kan hadith-hadith Hasan dan hadith-hadith dhaif yang sudah naik ke darjat Hasan lighairih yang layak beramal dengannya dan boleh berhujah dalam hukum-hakam.
Kesemua ini berlaku berpunca daripada kesempitan ilmu hadith dan mereka mengambil penentuan kedudukan hadith sebagai maudhu’ hanya daripada individu muhaddith tertentu sahaja yang terlalu keras dalam menentukan hadith sebagai maudhu’ dan tidak mengambil kira penentuan darjat hadith oleh muhaddithin yang mempunyai sikap yang sederhana dalam cara menentukan hadith maudhu’.
Ekoran daripada itu :
- Banyak hadith yang layak beramal dan berhujah dengannya disingkir dan seterusnya amalan-amalan yang disahkan dapat beramal dengannya berdasarkan kebanyakan hadith-hadith hasan dan hadith-hadith Hasan lighairih dianggap bid’ah dhalalah lagi sesat dan dihukum masuk neraka.
- Menyebar luas fitnah-fitnah dan menyalahkan para fuqaha’ mujtahid ini yang mengeluarkan hukum-hakam daripada hadith-hadith yang mana mereka sahaja yang menganggapnya sebagai hadith maudhu’.
Tidak mendalami ilmu hadith berlagak seolah olah sebagai mujtahid. Mereka sendiri pun tidak mampu menentukan kedudukan sesebuah hadith sebagai sahih, hasan, dhaif dan maudhu’ tapi terpaksa bergantung kepada Albani, Ibn Taimiyah dan Ibn Al-Jauzi.
Mereka enggan mengikuti ijtihad mana-mana imam dengan melaungkan slogan ingin mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.
Siapakah mujtahid yang sebenar? Imam empat mazhabkah atau anda?
Inilah kelompok spesis Wahabi, Pseudo-Salafi, Aalla Mazhabiyah dan anti-mazhab. Menggunakan sangkaan dan fikiran mereka sendiri yang bukan saja menyesatkan diri sendiri, bahkan memecah belahkan dan mengelirukan seluruh masyarakat/ummah.
Allahul Musta’an..
kredit :
IBNU ALI EL AZHARI.