Ilmu fitan awalnya tiada kaitan dengan teori konspirasi. Teori adalah andaian awal yg masih boleh diragukan dan dipersoalkan.

Ilmu fitan adalah ilmu yang menjelaskan perihal akhir zaman berlandaskan hadith tentang peristiwa akhir zaman. Kronology akhir zaman juga disusun mengikut rentetan berdasarkan hadith

Antara yang popular adalah ulama Hadis Imam Nuaim ibn Hammad dengan karya berjudul al-Fitan. Selain itu, ulama Sirah, Ibn Kathir dengan karya berjudul al-Nihayah al-Fitan wal Malahim. Seterusnya, ulama Sufi, Imam al-Barzanji dengan karya berjudul al-Isya’ah li ashrath al-Sa’ah.

Ia menceritakan apa yang akan berlaku dan apa tanda-tanda yang muncul sebelum atau menjelangnya kiamat

Namun dalam beberapa hadith berkenaan yang ditampil ada beberapa diantaranya yang diragui kesahihannya dikeranakan ada sanad yang terputus dan juga ada perawi yang diragui krediabilitinya. Namun itu bukan alasan mutlak untuk menyatakan bahawa semua hadith tersebut ditolak

Manakala Teori konspirasi pula asalnya dicipta oleh orang bukan Islam dan kini sebahagian orang Islam tenggelam didalam teori tersebut.

Teori Konspirasi adalah subjek yang membahaskan berkenaan peristiwa yang berlaku dan diyakini disengajakan oleh tangan-tangan tertentu. Ia berawal dari perbahasan kaum nasrani berkenaan wujudnya kaum anti-christ di akhir zaman

Tajuk itu disampaikan dari generasi ke generasi berkenaan akan datangnya sosok Anti-Christ yang akan menghuru-harakan dunia

Pengisahan berkenaan datangnya Anti-Christ itu sebenarnya adalah tradisi yang diperingatkan oleh nabi-nabi sebelum nabi Muhammad.

Setiap nabi akan memperingatkan kaumnya berkenaan Dajjal (Anti-Christ) kerana nabi-nabi ini diutus oleh tuhan yang sama sepertimana dalam hadith Sahih Bukhari no 1887 jilid 4 topik Dajjal menyebut

“…beliau (Nabi) bersabda, aku memperingatkan bahaya Dajjal kepada kamu. Setiap nabi memperingatkan kepada kaumnya tentang Dajjal itu..”

Ilmu fitan diambil dari kata nama Fitnah

Perkataan Fitnah itu bila di Malaysia diertikan sebagai Tuduhan sedangkan awal makna perkataan itu di tanah Arab bermaksud Dugaan, Ujian, dan yang sama maksud dengannya. Namun dalam beberapa konteks ia juga mengertikan tuduhan

Perubahan makna perkataan berlaku melalui proses evolusi bertahap keatas serapan bahasa asing yang cuba diselarikan kedalam bahasa Melayu

Perbezaan ketara antara Ilmu Fitan dan Teori Konspirasi atau juga dikenali sebagai Eskatologi ialah ilmu Fitan cenderung menceritakan peristiwa akhir zaman, ciri-ciri yang berlaku di akhir zaman, dan tanda-tanda yang akan berlaku sebelum kiamat, serta apa yang akan dialami manusia di akhir zaman, dan ia akan mengaitkannya dengan hal yang sedang berlaku dizaman itu

Ia tidak mengaitkan dengan mana-mana pertubuhan atau tokoh

Teori Konspirasi pula cenderung kearah mempercayai sesuatu peristiwa yang berlaku adalah dikeranakan adanya perbuatan sekelompok tangan-tangan ghaib demi kepentingan tertentu. Ia mengaitkan pertubuhan dan tokoh-tokoh terkenal sebagai penggerak peristiwa hebat di akhir zaman misalnya keturunan Rockafella, Freemason, Illuminati, keturunan Cleopatra, dan kerabat diraja Britain

Yang menjadikan kita keliru terhadap kedua subjek ini bilamana ada sebahagian orang Islam yang percaya pada Teori Konspirasi mula mengabungkan dua subjek ini menjadi Islamic Escatology

Islamic Escatology dilihat lebih menarik kerana ia mengaitkan peristiwa yang berlaku di akhir zaman dengan hadith yang menceritakan akhir zaman tetapi juga diiringi dengan idea-idea Teori Konspirasi

Misalnya, antara tanda akhir zaman salah satunya ialah berlakunya kematian mendadak, dan itu akan dikaitkan dengan peristiwa zaman sekarang iaitu pandemik Covid 19, lalu ada yang mengaitkannya dengan pertubuhan tangan-tangan ghaib dunia yang didakwa sengaja mencetuskan kejadian itu

Itu satu contoh dari banyaknya contoh yang ada

Jadi baik ilmu Fitan atau Teori Konspirasi, ia terpulang pada diri masing-masing untuk menilai dan mempercayai yang mana dianggap benar berdasarkan keyakinan dan kefahaman individu

Banyakkan membaca untuk luaskan pengetahuan, jangan taksub pada satu pandangan, bilamana ada hujah lain yang lebih kukuh sifatnya maka berlapang dada untuk menerima

Sebagai penutup, tiada yang salah membaca hadith berkenaan akhir zaman, yang tidak digalakkan ialah bilamana taksub terhadap teori konspirasi seraya menuduh tanpa bukti akan perihal yang belum terbukti kesahihannya, sedangkan hadith-hadith akhir zaman pula sebahagiannya cuma menceritakan peristiwa yang sedang atau yang akan berlaku

Kredit : Syawal Ramadhani