التبيان في آداب حملة القرآن

KITAB AT-TIBYAN
MENERANGKAN TENTANG AL-QURAN DAN ADAB-ADABNYA

MUQADDIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.

Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam.

Dan selawat serta salam atas semulia-mulia segala Nabi dan Rasul yaitu Nabi kita Muhammad saw dan atas keluarganya dan para sahabatnya sekelian.

Inilah terjemahan dan ringkasan dari kitab At-Tibyan Fi Adab Hamalah Al-Quran karangan Imam Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syaraf An-Nawawi As-Syafie (631-676H) pada menerangkan segala hukum yang berkait dengan Al-Quran dan orang yang berurusan dengannya umpama pembaca dan penghafaznya dan disebutkan sedikit keterangan sebagai tambahan.

Semoga Allah Taala menjadikan terjemahan dan ringkasan kitab ini memberi menafaat kepada sekelian orang Islam terutama orang yang baru mula belajar. Aamiin.

Berkata Imam Nawawi Rahimahullahu Taala :

وأعلم أن العلماء من الحديث وغيرهم جوزوا العمل بالضعيف في فضائل الأعمال ومع هذا، فإني أقتصر على الصحيح، فلا أذكر الضعيف إلا في بعض الأحوال

Artinya : “Dan ketahui olihmu sungguhnya para ulamak daripada ulamak hadith dan ulamak yang selain mereka itu mengharuskan olih mereka itu beramal dengan hadith dhaif pada segala fadhilat sekelian amal dan serta ini sungguhnya aku simpankan atas hadith yang sahih maka tiada aku sebutkan hadith yang dhaif kecuali pada beberapa keadaan.”

BAB PERTAMA : KELEBIHAN MEMBACA QURAN

Allah Taala telah berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُواْ الصَّلاةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ* لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

Artinya : “Sungguhnya orang-orang yang membaca akan kitab Allah dan mendirikan olih mereka akan sembahyang dan membelanjakan olih mereka dari harta yang telah Kami rezekikan akan mereka itu pada ketika sembunyi dan ketika terang mereka mengharapkan akan perniagaan yang tidak akan rugi. Supaya Allah sempurnakan akan mereka itu segala pahala mereka itu dan menambah akan mereka itu dari kurnia-Nya. Bahawasanya Dia sangat pengampun dan sangat membalas kebaikkan.” (Fathir : 30)

Telah diriwayatkan daripada Uthman bin ‘Affan r.a. beliau berkata :

قال رسول الله ص: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Artinya : “Rasulullah saw telah bersabda : Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar akan Quran dan mengajarnya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Aisyah r.a. beliau berkata Rasulullah saw telah bersabda :

الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَؤُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Artinya : “Orang yang membaca akan Quran dan dia mahir dengannya maka dia bersama dengan para malaikat yang sangat mulia. Dan orang yang membaca Quran dalam kepayahan (kerana belum pandai) maka baginya dua pahala.” (Hadith riwayat Syeikhain)

Maksud dua pahala bagi orang yang tidak pandai itu ialah pahala membaca dan pahala mengharungi kepayahan kerana belum pandai.

Dan diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’ari r.a. beliau berkata Rasulullah saw telah bersabda :

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْأُتْرُجَّةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلا رِيحَ لَهَا وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الرَّيْحَانَةُ طَيِّبَةُ الرِّيحِ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ مُرَّةُ الطَّعْمِ وَلا رِيحَ لَهَا

Artinya : “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Quran seperti buah yang harum baunya dan sedap rasanya. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Quran seperti buah kurma yang tidak berbau harum dan manis rasanya. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Quran seperti bunga yang baunya harum dan pahit rasanya. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Quran seperti buah tembikai hanzalah tiada berbau dan rasanya pahit.” (Hadith riwayat Syeikhain)

Dan diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda :

إِنَّ اللهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَع بِهِ آخَرِينَ

Artinya : “Sungguhnya Allah telah meninggikan dengan sebab Quran ini akan beberapa kaum dan merendahkan dengan sebabnya akan beberapa kaum yang lain.” (Hadith riwayat Muslim)
Maksudnya kaum yang membaca Quran itu maka mereka dimuliakan olih Allah dan kaum yang tidak membaca Quran adalah kaum yang hina.
Dan diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a. beliau berkata : Aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda :

اقْرَأُوا الْقُرْآنَ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Artinya : “Bacalah olih kamu sekelian akan Quran maka sungguhnya akan datang olih Quran pada hari kiamat memberi syafaat akan pembacanya.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab r.a. daripada Nabi saw bersabda :

حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ: رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ القُرْآنَ فَهُوَ يَتْلُوهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ

Artinya : “Tiada hasrus hasad kecuali pada dua perkara. Pertama ialah seorang lelaki yang dikurniakan olih Allah akan Quran lalu dia membacanya pada waktu malam dan waktu siang. Dan keduanya seorang lelaki yang Allah kurniakannya akan harta lalu dia sedekahkannya pada waktu malam dan waktu siang.” (Hadith riwayat Syeikhain)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a beliau berkata :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Artinya : “Telah bersabda olih Rasulullah saw : Siapa yang membaca akan satu huruf dari kitab Allah Taala maka dapat baginya satu pahala dan satu pahala itu ganda sepuluh kali seumpamanya. Bukan aku kata ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Dan diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. daripada Nabi saw bersabda : Telah berfirman olih Allah Taala (yakni dalam hadith Qudsi) :

مَنْ شَغَلَهُ الْقُرْآنُ وَذِكْرِي عَنْ مَسْأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ أَفْضَلَ مَا أُعْطِي السَّائِلِينَ وَفَضْلُ كَلاَمِ اللَّهِ عَلَى سَائِرِ الْكَلاَمِ كَفَضْلِ اللَّهِ عَلَى خَلْقِهِ

Artinya : “Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Quran dan dengan menyebut-Ku daripada meminta kepada-Ku nescaya Aku akan beri kepadanya suatu yang lebih baik dari segala orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah Taala daripada sekelian kalam itu ialah seperti kelebihan Allah Taala atas makhluk-Nya.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : Telah bersabda olih Rasulullah saw :

إنَّ الَّذِي لَيْسَ في جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ

Artinya : “Sungguhnya orang yang tidak ada di dalam hatinya suatu daripada Al-Quran ialah seperti rumah yang telah runtuh.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Aas r.a. dari Nabi saw bersabda :

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا

Artinya : “Akan dikatakan kepada pembaca Quran (di akhirat) bacalah akan Quran dan naiklah (ke syurga) dan baca dengan tartil seperti mana kamu terlah membaca dengan tartil di dalam dunia. Maka sesungguhnya tempat tinggal kamu di akhirat ialah disisi ayat terkahir yang kamu baca.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Maksud tartil itu ialah membaca dengan betul.

Dan diriwayatkan daripada Mu’az bin Anas r.a. bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda :

مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ فَأَكْمَلَهُ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ، أَلْبَسَ وَالِدَيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تَاجًا هُوَ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتٍ مِنْ بُيُوتِ الدُّنْيَا، لَوْ كَانَتْ فِيهِ، فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بِهِ

Artinya : “Barangsiapa membaca akan Quran lalu disempurnakannya dan beramal dengan hukum di dalamnya nescaya Allah akan memberi pakai akan dua ibu bapanya akan mahkota pada hari kiamat yang sinar cahayanya lebih terang dari cahaya matahari pada rumah-rumah dunia jika ada ia di dalamnya. Maka apakah sangkaan kamu dengan orang yang mengamalkan dengannya?.” (Hadith riwayat Ahmad)

Dan diriwayatkan daripada Al-Humaidi Al-Jamali berkata beliau :

سألت سفيان الثوري عن الرجل يغزو أحب إليك أو يقرأ القرآن فقال يقرأ القرآن لأن النبي صلى الله عليه وسلم: قال خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Artinya : “Aku telah bertanya akan Sufyan At-Tsauri dari hal seorang lelaki adakah dia lebih suka berperang atau membaca Quran? Maka jawabnya : Membaca Quran kerana sungguhnya Nabi saw telah bersabda : Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar akan Quran dan mengajarnya.”

BAB KEDUA : KELEBIHAN BACAAN QURAN DAN PEMBACA QURAN

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud Al-Ansori r.a. :

عن النبي صلى الله عليه وسلم: قال: يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللهِ تَعَالَى

Artinya : “Dari Nabi saw bersabda : Menjadi imam akan manusia itu ialah yang paling qari (lebih tahu membaca) mereka itu bagi kitab Allah Taala.” (Hadith riwayat Muslim)

Telah dirwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :

كان القراء أصحاب مجلس عمر رضي الله عنه ومشاورته كهولا وشبابا

Artinya : “Adalah para qari (pembaca Quran) sahabat-sahabat yang selalu hadir pada majlis Umar r.a. dan mesyuawaratnya samada yang tua atau yang muda.” (Riwayat Imam Bukhari)

Berkata Imam Nawawi :

واعلم أن المذهب الصحيح المختار الذي عليه من يعتمد من العلماء أن قراءة القرآن أفضل من التسبيح والتهليل وغيرهما من الأذكار وقد تظاهرت الأدلة على ذلك والله أعلم

Artinya : “Dan ketahui olihmu bahawsanya mazhab yang sahih yang dipilih yang berjalan atasnya olih ulamak yang dipegang bahawasanya membaca Quran itu lebih afdhal dari tasbih dan tahlil dan lain dari keduanya dari segala zikir. Dan sungguhnya telah jelas segala dalil atas yang demikian itu.”

PENDAPAT IMAM MAZHAB ORANG YANG PALING AFDHAL JADI IMAM

Imam Maliki dan Imam Syafie berpendapat yang paling afdhal menjadi imam ialah yang lebih tahu ilmu fiqah kemudian yang lebih qari (lebih tahu bacaan Quran).

Telah berkata Imam Nawawi :

وَفِي حَدِيثِ أَبِي مَسْعُودٍ يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فِيهِ دَلِيلٌ لِمَنْ يَقُولُ بِتَقْدِيمِ الْأَقْرَأِ عَلَى الْأَفْقَهِ وَهُوَ مَذْهَبُ أَبِي حَنِيفَةَ وَأَحْمَدَ وَبَعْضِ أَصْحَابِنَا وَقَالَ مَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ وَأَصْحَابُهُمَا الْأَفْقَهُ مُقَدَّمٌ عَلَى الْأَقْرَأِ لِأَنَّ الَّذِي يَحْتَاجُ إِلَيْهِ مِنَ الْقِرَاءَةِ مَضْبُوطٌ وَالَّذِي يَحْتَاجُ إِلَيْهِ مِنَ الْفِقْهِ غَيْرُ مَضْبُوطٍ وَقَدْ يَعْرِضُ فِي الصَّلَاةِ أَمْرٌ لَا يَقْدِرُ عَلَى مُرَاعَاةِ الصَّوَابِ فِيهِ إِلَّا كَامِلُ الْفِقْهِ قَالُوا وَلِهَذَا قَدَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي الصَّلَاةِ عَلَى الْبَاقِينَ مَعَ أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَّ عَلَى أَنَّ غَيْرَهُ أَقْرَأُ مِنْهُ وَأَجَابُوا عَنِ الْحَدِيثِ بِأَنَّ الْأَقْرَأَ مِنَ الصَّحَابَةِ كَانَ هُوَ الْأَفْقَهُ

Artinya : “Dan pada hadith Ibnu Mas’ud r.a. menjadi imam akan manusia itu ialah yang paling qari mereka itu bagi kitab Allah Taala maka jika mereka itu bersamaan pada bacaan maka menjadi imam olih yang lebih tahu dengan sunnah. Padanya menjadi dalil bagi mereka yang berkata dengan mendulukan yang lebih qari atas yang lebih faqih. Dan ialah mazhab Abu Hanifah dan Ahmad dan sebahagian ashab kami. Dan telah berkata olih Imam Malik dan Imam Syafie dan ashab bagi kedua imam tersebut yang faqih didulukan jadi imam atas yang qari kerana sungguhnya keperluan kepada bacaan itu terhad dan keperluan kepada fiqah itu tidak terhad. Dan terkadang berlaku di dalam sembahyang perkara yang tidak mampu dihadapi dengan betul melainkan mahir dalam ilmu fiqah. Berkata mereka itu dari kerana itulah Nabi saw mendulukan akan Abu Bakar r.a. pada jadi imam sembahyang atas sahabat-sahabat yang lain padahal sungguhnya Nabi saw tahu bahawa sahabat-sahabt yang lain lebih qari dari Abu Bakar r.a. dan menjawab mereka itu dari hadith ini dengan bahawasanya yang qari dari kalangan sahabat itu ialah yang lebih tahu ilmu fiqah.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Dan menyebut olih Imam Ibnu Al-Atsir :

قال الشافعي: وإنما قيل أن يؤمهم أقرؤهم “أن من مضى من الأئمة كانوا يُسْلمون كبارًا فيفقهون قبل أن يقرءوا، ومن بعدهم كانوا يقرءون صغارًا قبل أن يتفقهوا

Artinya : “Dan hanya sungguhnya dikatakan bahawa menjadi imam yang lebih qari mereka itu ialah kerana imam-imam di zaman sahabat itu adalah mereka itu Islam setelah dewasa maka memahami mereka akan fiqah dahulu dari membaca Quran. Dan orang-orang yang kemudian selepas mereka itu pula belajar baca Quran ketika kecil sebelum mereka mendalami ilmu fiqah.” (Kitab As-Syafi Syarah Musnad As-Syafie)

Dan adalah tempat membaca Quran yang paling afdhal ialah di dalam sembahyang daripada di luar sembahyang.

Berkata Syeikh Al-Mubarakfuri :

قراءة القرآن في الصلاة فرضاً كانت أو نفلاً أفضل من قراءة القرآن في غير الصلاة

Artinya : “Membaca Quran di dalam sembahyang samada sembahyang fardu atau sunat lebih afdhal daripada membaca Quran di luar sembahyang.” (Kitab Mir’ah Al-Mafatih)

الباب الثالث في إكرام أهل القرآن والنهي عن أذاهم

BAB MEMULIAKAN AHLI QURAN DAN LARANGAN MENYAKITI MEREKA

Allah Taala telah berfirman :

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Artinya : “Bermula yang demikian itu barangsiapa yang memuliakan akan syiar-syiar Allah maka sungguhnya ia adalah taqwa segala hati.” (Al-Haj : 32)

Dan firman Allah Taala :

وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ بِغَيْرِ مَا ٱكْتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحْتَمَلُواْ بُهْتَٰنًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Artinya : “Dan orang-orang yang menyakiti mereka itu (dengan membuat fitnah) akan orang-orang beriman lelaki dan perempuan dengan berkara yang tidak dilakukan olih mereka maka sungguhnya mereka telah melakukan satu kedustaan dan dosa yang sangat nyata.” (Al-Ahzab : 58)

Dan telah diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’ari r.a. beliau berkata : Rasulullah saw telah bersabda :

إن من إجلالِ الله إكرامَ ذي الشيبَةِ المسلمِ، وحاملِ القُرآنِ غيرِ الغالي فيه والجافي عنه، وإكرَامَ ذي السُّلطَانِ المُقْسِطِ

Artinya : “Setengah dari perbuatan membesarkan Allah ialah memuliakan seorang Muslim yang telah tua dan orang yang menanggung (menghafal dan membaca) Quran yang tidak melampau padanya dan tidak lari dari (membaca) nya dan memuliakan pemerintah yang adil.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Berkata Al-Azizi :

غير المتجاوز الحد في العمل به، وتتبع ما خفي منه، واشتبه عليه من معانيه وفي حدود قراءته ومخارج حروفه

Aartinya : “Makna tidak melampau pada Quran itu ialah tidak melanggar hukumnya pada mengamalkan.”

Berkata As-Sajastani :

وغير المتباعد عنه المعرض عن تلاوته واحكام قراءته وإتقان معانيه والعمل بما فيه

Artinya : “Makna tidak lari daripada Quran itu ialah tidak berpaling dari membacanya dan segala hukum bacaannya dan meneguhkan segala maknanya dan beramal dengan barang yang terkandung di dalamnya.”

Dan telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. beliau berkata :

أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُنْزِلَ النَّاسَ مَنَازِلَهُمْ

Artinya : “Telah memerintahkan olih Rasulullah saw akan kami supaya meletakkan manusia itu pada tempat yang layak bagi mereka.” (Hadith riwayat Abu Daud & Al-Bazzar)

Maksudnya hendaklah dilayan akan ahli Quran itu dengan layanan yang layak dengan keadaan mereka itu yakni dimuliakan mereka itu kerana mereka itu adalah golongan yang memuliakan kalam Allah.

Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah r.a. :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْمَعُ بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ مِنْ قَتْلَى أُحُدٍ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، ثُمَّ يَقُولُ: أَيُّهُمْ أَكْثَرُ أَخْذًا لِلْقُرْآنِ، فَإِذَا أُشِيرَ لَهُ إِلَى أَحَدِهِمَا قَدَّمَهُ فِي اللَّحْدِ

Artinya : “Adalah Nabi saw telah mengumpulkan dua lelaki yang mati syahid pada peperangan Uhud pada kain penutup yang satu kemudian baginda bersabda : Yang mana satukah di antara mereka yang lebih banyak menghafal Quran? Maka apabila ditunjuk baginya kepada salah satu jenazah tersebut lalu baginda mendahulukannya letaknya pada liang lahad.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi saw :

إن الله عز وجل قال مَنْ آذَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ

Artinya : “Sungguhnya Allah Taala berfirman : Barangsiapa menyakiti akan seorang wali bagi-Ku maka sungguhnya Aku umumkan berperang dengannya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan telah diriwayatkan dari dua orang imam yang sangat besar yaitu Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie berkata :

إن لم يكن العلماء أولياء الله فليس لله ولي

Artinya : “Jika ulamak itu bukan daripada wali-wali Allah maka tidak adalah bagi Allah itu wali.”

Berkata Imam Nawawi :

وأن من أطلق لسانه في العلماء بالثلب ابتلاه الله تعالى قبل موته بموت القلب

Artinya : “Dan sungguhnya barangsiapa yang melepaskan lidahnya (berkata keji) kepada para ulamak nescaya Allah akan menurunkannya satu bala sebelum dia mati dengan mati hatinya.”

wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus