Bulan suci Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Sudah tentunya kita telah merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti amal ibadat bersempenanya.

Maka di sini, Nurflix juga menyediakan pelbagai content terbaru untuk dinikmati oleh subscriber semua. Salah satu content tersebut adalah berkenaan rancangan Tadarus & Tadabur.

Sebelum kita tontoni rancangan ini, jom kita ketahui apa itu Tadarus dan apa itu Tadabur. Tadarus seringkali disalah ertikan dengan Tilawah, manakala Tadabur seringkali disalah ertikan dengan Tafsir.

Berikut merupakan perbezaan “Tadarus dan Tilawah” serta “Tadabur dan Tafsir” :-

Tilawah vs Tadarus

  • Tilawah adalah suatu aktiviti membaca al-Quran
  • Tadarus berasal dari kata darosa-yadrusu, yang bermaksud mengkaji, meneliti, mempelajari, menelaah dan mengambil pelajaran. Jika ditambah huruf ta’ di depannya sehingga menjadi tadaarosa-yatadaarosu, maka ia bermaksud saling belajar atau mempelajari (Al-Qur’an) secara lebih mendalam.

Tadabur vs Tafsir

  • Tadabur adalah merenungkan ayat Al-Quran untuk mencari petunjuk daripada dalil ayat tersebut untuk diterapkan di dalam ilmu dan amal. Tadabbur juga salah satu cara untuk mengambil hikmah, pengajaran dan menghayati ayat-ayat Allah.
  1. Menghayati maksud ayat dan merefleksi untuk kehidupan diri.
  2. Mengambil manfaat dan menerapkan ayat pada iman dan amal.
  3. Cuba memahami ayat secara umum.
  4. Merupakan tujuan daripada penurunan Al-Quran itu sendiri yang mendorong seorang hamba untuk tunduk dan patuh terhadap aturanNya yang terkandung di dalam Al-Quran.
  • Tafsir adalah mendefinisikan makna ayat dan penjelasan satu persatu terhadap ayat-ayat Allah yang termaktub dalam Al-Quran. Penafsiran ayat Al-Quran juga memerlukan seseorang yang cukup ilmunya dan pakar dalam bidang ilmu bahasa Arab, ilmu tafsir, ilmu usul fiqh, nasikh wa mansukh, dan lain-lain ilmu yang berkaitan dengan penjelasan maksud ayat-ayat Allah SWT di dalam Al-Quran.
  1. Mengungkap makna tersirat ayat.
  2. Tujuan untuk mengetahui makna ayat, asbab nuzul, nahu, peristiwa dan lain-lain hukum.
  3. Mempunyai syarat khusus supaya tidak melampaui makna daripada ayat-ayat Allah yang tersirat.
  4. Dengan adanya tafsir, maka lebih mudah untuk mentadabbur.

Tafsir dikhususkan kepada para ulama kerana ia adalah satu bidang ilmu yang tinggi. Adapun tadabbur merupakan satu tuntutan kepada umat Islam (Bahkan manusia secara keseluruhannya) kerana ia adalah sumber hidayah, petunjuk dan jalan yang lurus bagi semua manusia.

Semoga dengan sedikit informasi ini, dapat menambahkan kecintaan kita kepada al-Quran dan semakin bersemangat untuk mendalaminya ketika Ramadhan nanti bersama rancangan terbaru Nurflix!

Layari https://nurflix.tv/login/ untuk subscribe dan tonton pelbagai kandungan menarik.

Nurflix #SopanStream #AdabAkhlak #Ulama #Turath #Talaqqi #Sanad #Usrah #Tabligh #Dakwah #ASWJ #Sunni #KitaJagaNegara