AMALAN RUMAH RASULULLAH ‎ﷺ‎‬ ,PARA SAHABAT رضي اللّٰه عنه & ORANG MUKMIN

Setiap rumah orang mukmin itu adalah madrasah pertama. Salah faham umat ini keatas maksud hidup mereka didunia, dapat dibetulkan dengan usaha tarbiah keatas iman & amal melalui amal rumah, hari ini rata rata umat telah meletakkan yakin mereka pada yakin yang salah, ikhtiar mereka pada ikhtiar yang salah.

Apabila yakin & amalan telah bercanggah dengan fikir & risau Rasulullah ‎ﷺ‎‬ umat ini mampu hafal karya hiburan tetapi tidak mampu menghafal sabdaan Rasulullah ‎ﷺ‎‬ & firman Allah. Umat ini mampu berjaga sepanjang panjang malam untuk smartphone game,drama dan sebagainya tapi berat untuk ikhtiqaf, tahajud, bacaan quran & telaah kitab.

Apabila umat ini telah tinggalkan amal rumah & amal masjid, mereka mampu menangis untuk manusia yang kehilangan harta, keluarga, mereka mampu menangis melihat orang lain dalam kefakiran tetapi tidak mampu menangis pada kefakiran agama, kejahilan ilmu, kerosakan iman yang berlaku pada umat.

Hari ni umat telah jauh daripada agama, usaha mereka, bersengkang malam mereka, susah payah & pengorbanan mereka hanya pada dunia, nafsu, syahwat, isi keinginan perut & penuhi tuntutan sifat takabbur (sombong diri)

Apabila kita tidak mampu menangis pada pekara agama menandakan hati kita telah rosak, fikiran kita dalam kelalaian, kerisauan kita hanya pada nafsu.

AMALAN RUMAH ORANG MUKMIN
Itu terdiri daripada:

Mesyuarat
Taklim
Halaqah Quran
Muzakarah Sifat
& Taskil

Rasulullah ‎ﷺ‎‬ tidak memulakan harinya tanpa mesyuarat, setiap tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat. Pastikan setiap rumah orang islam miliki 2 kitab, pertama Quran & kedua Taklim (Himpunan Hadis Fadhilat)

Buat bacaan taklim di rumah sekurang kurangnya 30minit sehari, pastikan setiap hari rumah itu ada 2 majlis (halaqah quran & muzakarah sifat sahabat رضي اللّٰه عنه)

Tujuan halaqah quran bagi membina kesedaran perbaiki bacaan, serta hadirkan perasaan cinta & memuliakan Quran, dari sini akan lahirkan hafiz, alim & ulama bermula dari rumah.

Muzakarah sifat-sifat Sahabat رضي اللّٰه عنه akan melahirkan sifat serta perbaharui semula iman & yakin yang lemah/salah, dari sini akan wujud perbualan agama serta membangkitkan suasana agama dalam rumah.

Dan yang terakhir adalah taskil.
Isteri akan tanya bila nisab bulanan suami, nisab tahunan suami (khuruj dakwah)
Anak anak akan ingatkan mak ayah tentang solat, mak ayah akan ingatkan anak anak tentang solat.

Contoh taskil:
•Mak dah solat? Kalau belum boleh kita solat jemaah sama.
•Ayah nak pergi kemasjid? Adik nak ikut.
•Esok siapa sedia baca taklim?
•Abang dah habiskan zikir pagi?
Ini semua contoh suasana taskil dalam rumah, rumah tanpa amalan akan mewujudkan taskil taskil dunia.

Wallahua’lam
Kredit : Aki Naszeri