DALIL WUJUD ALLAH PADA AQAL DAN NAQAL

(۞ قَالَتۡ رُسُلُهُمۡ أَفِی ٱللَّهِ شَكࣱّ فَاطِرِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۖ
[Surah Ibrahim 10]

Rasul-rasul mereka bertanya: “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi?

Al-hafiz Ibnu Kathir w774h berkata;

وَهَذَا يَحْتَمِلُ شَيْئَيْنِ، أَحَدِهِمَا: أَفِي وُجُودِهِ شَكٌّ

Syak itu merujuk kpd dua kemungkinan makna, pertama nya; keraguan atau syak pada wujudnya Allah عزوجل.

Imam As-Sanusi Al-Hasani w895h menyebut dalam matannya Ummul Barahin;

و أما برهان وجوده تعالى فحدوث العالم لإنه لو كان له محدث بل حدث بنفسه لزم أن يكون أحد المتساويين مساويا لصاحبه راجحا عليه بلا سبب فهو محال.

Adapun bukti wujudnya Allah عزوجل ialah baharunya (diciptanya) alam, kerana jika alam itu tidak ada penciptanya bahkan terjadi dengan sendirinya, maka keadaan itu melazimkan (menunjukkan) satu keadaan dari dua keadaan yang sama, tetapi menjadi satu keadaan sahaja tanpa sebab (pencipta dan penentu), perkara ini adalah mustahil.

Kataku; Menjadi satu keadaan dari dua keadaan bermaksud, seseorang itu berkahwin dalam keadaan harus dia bujang atau berkahwin, yang berkahwin harus mendapat anak dalam keadaan harus mereka tidak mendapat anak atau mendapat anak, mendapat anak lelaki dalam keadaan harus untuk mereka mendapat anak lelaki atau perempuan, Siang di satu kawasan dalam keadaan harus siang dan malam di kawasan tersebut, hijau daun dalam keadaan harus daun itu hijau atau kuning. Semua ini membuktikan adanya pencipta dan penentu. Inilah yang dimaksudkan penciptaan alam itu bukti kewujudan Allah عزوجل.

Penggunaan aqal dalam ilmu kalam meneguhkan apa yang dinaqalkan dalam Al-Quran dan hadis. WAllahu’alam.

kredit : Mazrisyam bin Sharif