Kebanyakan pesakit yang mengalami gangguan mental tidak sedar mereka mula menunjukkan banyak perubahan sikap.


Disenaraikan 12 tanda penting yang perlu diberikan perhatian segera.

  1. Berasa diri tidak berguna, tertekan, sentiasa kurang yakin dengan diri sendiri atau diulit rasa bersalah tanpa sebab tertentu
  2. Menyisihkan diri daripada keluarga, rakan dan tidak mahu lagi mengikuti aktiviti yang digemari
  3. Perubahan pada corak makan dan tidur
  4. Dibelenggu rasa marah, kesal dan mahu membalas dendam
  5. Berasa penat dan lesu sepanjang masa
  6. Sukar menumpukan perhatian, sukar berfikir, mengingat atau membuat keputusan
  7. Berasa gelisah, resah, tidak selesa dan gemuruh
  8. Kerap menangis tanpa sebab munasabah
  9. Mula mengabaikan kebersihan diri
  10. Menunjukkan perlakuan yang melulu
  11. Kerap mengalami sakit kepala, masalah penghadaman atau kesakitan kronik yang tidak dapat diatasi dengan pengambilan ubat atau rawatan biasa
  12. Ada lintasan di fikiran untuk membunuh diri – Ini tanda yang berbahaya dan perlukan rawatan segera