HATI-HATI WANGIAN PUNCA ZINA

1 ) Ada satu hadis hukum ahkam yang jarang dibaca sehingga hukumnya dilupakan ramai muslimah di luar sana,

ايما امراة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية

“Setiap muslimah yang berwangi-wangian lalu dia keluar rumah melewati kerumunan orang sehingga mencium baunya maka dia adalah penzina”.

2 ) Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim . Dan hadis ini sahih.

3 )Wangian menarik pandangan lelaki kepada si pemakai. al-Munawi menegaskan lagi, wangian pertamanya mengundang pandangan dan tenungan lelaki. Selanjutnya membangkitkan syahwat lelaki. Setiap mata lelaki yang melihat ke arah si muslimah itulah mata yang berzina,

4 )Berdosalah si muslimah kerana mengundang kekejian tersebut. Si dia punca terjadinya zina mata. Maka dia juga penzina.

5 ) Bila dikaitkan berwangian dengan zina bukanlah bermakna zina yang melayakan rejam,

Ini hanyalah kiasan melambangkan beratnya perlakuan si muslimah yang berwangi-wangian kemudian lalu di hadapan lelaki. Buas, meliar nafsu mereka. Membangkitkan kuda yang lena.

6 ) Zina mata adalah pembuka jalan kepada zina kemaluan. Oleh kerana itulah nabi memisalkan perbuatan muslimah yang berwangian dengan zina.

7 ) “Kalau nama pun nafsu, wanita busuk pun lelaki berkeinginan”.

Inilah namanya hikmah Nabawiah yang diwariskan buat para muslimah di luar sana. Persoalan yang timbul, adakah akan diikuti dengan ketaatan ?

al-Faqir khulasahkan daripada syarah Faidh al-Qadrir, Ibn Khuzaimah. Wallahu a’lam.

Kredit : Ibnu Ishaq