Kenapa kita belajar rokerder, kastenet, kerincing dan lain-lain semasa sekolah rendah dulu?

Pertama sekali, kita fahami dulu konsep muzik. Konsep muzik ada 7 elemen iaitu :

  1. irama
  2. Melodi
  3. Warna ton
  4. Bentuk
  5. Harmoni
  6. Ekspresi
  7. Tekstur

Elemen paling utama sekali untuk diajar kepada murid adalah elemen irama dan melodi. Jika dah memahami secara pengalaman dalam pembelajaran barulah mudah faham elemen muzik yang seterusnya.

Apa itu irama? Iaitu kita sebut sebagai beat/rentak.. Di dalam silibus muzik Malaysia, diserapkan kaedah Kodaly & Dalcroze untuk mudah memahami tentang irama dan melodi.

Kaedah dalcroze lebih banyak kepada permainan seperti muzik yang lambat dikaitkan dengan kura-kura dan laju dikaitkan dengan arnab, murid/murid akan diminta melakonkan aksi pergerakan mengikut beat dengan gaya seperti haiwan-haiwan tadi.

Dan kaedah kodaly pula guna kaedah tepuk tangan atau guna alat perkusi seperti kerincing (triangle), kastenet (castenet), kayu tik tok, loceng (ring bell) dan sebagainya. Kerana alat ini tiada irama iaitu not yang berubah ubah seperti not C, d, e, f, g, a, b, c (Do re mi fa so la ti do) dan seterusnya. Pembelajaran irama ini semata-untuk tahu nilai notasi seperti minim, semibrif, kuaver, semikuaver dan seterusnya (org kita sebut notasi ni sebagai taugey 😄).

Apabila sudah kenal irama, barulah senang belajar melodi iaitu perubahan not/nada. Kaedah kodaly akan ajar secara mudah dahulu iaitu menggunakan nada/melodi paling terkenal seluruh dunia iaitu “so mi”. Untuk kenal perubahan nada dalam melodi, pelajar diajar notasi dalam nyanyian terlebih dahulu. Bila masuk tahap 2 (darjah 4-6) barulah mula belajar alat muzik.

Bila dah kenal notasi melodi barulah ajar guna rekorder. Kenapa mesti rekorder? Kerana rekorder adalah alat muzik yang digunapakai dalam orkestra pada zaman Baroque iaitu sebelum zaman Klasikal (sebelum abad ke 18). Rekorder juga terbahagi kepada lapisan seperti koir iaitu sopranino, soprano, alto, tenor, bass dan kontra bass (yang ini tiada dalam koir). Tetapi yang kita guna di sekolah rendah adalah rekorder jenis alto. Rekorder ini adalah alat muzik paling digemari King Henry IV pada zaman Baroque. Apabila seruling moden (flute) mula dicipta barulah popularitinya menurun dan diganti dengan flute dalam orkestra.

Rekorder juga dipilih dalam silibus muzik kerana harganya murah dibandingkan dengan alat muzik yang lain dan pula ia mempunyai semua not iaitu dapat dimainkan dalam chromatic scale. Di negara barat, permainan rekorder sebenarnya masih dinilai tinggi berbanding kita di Malaysia. Bahkan masih diajar dalam kolej/universiti yang menawarkan sarjana dalam muzik dan menjadi alat major sebagai pilihan pelajar.

Inilah serba sedikit sebab kenapa kita belajar semua ni dulu. Dikatakan sejarah notasi muzik ini adalah daripada Ibnu Farabi, perlu kajian yang lebih terperinci untuk kesahihannya. Saya berkongsi ini atas kapasiti bekas guru muzik ☺️.

Nota : sebutan kodaly adalah kodail

kredit : Uthman Daud