PENGENALAN RINGKAS
MAZHAB SYAFIE, ISTILAH DAN KITAB-KITAB

NISBAH MAZHAB

Dinisbahkan kepada Imam Muhammad Bin Idris as-Syafi’e (150 H- 204 H), keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah SAW pada Abd al-Manaf. Dilahirkan di gazza, Palestin. Setengahnya mengatakan di ‘asqolan, meninggal di Mesir. Membesar di Mekah sehingga diizinkan memberikan fatwa ketika berumur 15 tahun, berpindah ke Madinah dan menuntut dengan Imam Malik dan Yaman, kemudian ke Baghdad, menuntut dgn Imam Muhd bin Hasan al-Hanafi, akhirnya berpindah ke Mesir dan wafat di sana. Beliau telah menggabungkan ilmu daripada kedua-dua aliran ahli ra’yi dan ahli al-hadith. Ini menyebabkan beliau sangat dihormati oleh kedua-dua aliran. [4]

SUMBER MAZHAB :

a. Al-Quran al-Karim.

  • Beramal dgn Al-Quran serta as-Sunnah menjadi pengtakhsis, penjelas serta pentaqyid baginya dan memegang nas zahir sehingga terdapat dalil yang membawa maksud lain dari zahir.

b. As-Sunnah an-Nabawiyyah.

  • Beliau hanya memegang hadith dengan syarat bersambung dan sahih sanad, iaitu dgn perawi yang ‘thiqah’, ‘Sadiq’, Wara’, memahami apa yang diriwayatkannya, ‘dhobid’ serta beliau akan mendengar hadiith secara langsung dari orang yang diambilnya. Dalam pemakaian hadith ahad beliau tidak menyetujui syarat yang digunakan oleh Abu Hanifah serta tidak menyetujui Imam Malik dalam mendahulukan amal ahli Madinah ke atas Hadith Ahad. Manakala dalam pemakaian hadith Mursal beliau menerima Hadith Mursal dari Kibar at-Tabi’en seperti Sa’id Musayyab berlainan dari tiga mazhab lain.

C. Ijma’

  • Beliau hanya Berhujjah dengan Ijma’ Qauli sahaja.

d. Al-Qias

Sederhana dalam menerima qias adalah cara dalam mazhab ini iaitu tidak meluas seperti Abu Hanifah dan tidak terlalu sempit seperti Imam Ahmad

ISTILAH

Istilah penting yang sering terdapat di dalam kitab-kitab fiqh Mazhab Syafie :

1) Al-Adzhar (الأظهر)

  • Iaitu pandangan yang lebih kuat daripada 2 atau lebih pandangan yang datangnya dari Imam As-Syafie. Iaitu apabila perselisihan kedua2 pandangan itu sama2 berdiri di atas dalil yang kuat. Bagi mentarjih antara pandangan seumpama ini disebut al-adzhar.

2) Al-Masyhur

  • Iaitu tarjihan dari dua pandangan Imam Syafie, dimana kedua2nya berdalilkan dalil yang lemah. Maka tarjihnya disebut al-Masyhur.

3) Al-Asah (الأصح)

  • Iaitu hukum Feqh (pandangan ) yang lebih kuat dalam mazhab Syafie di antara pelbagai pandangan dari pelbagai ulama Syafie. Yang mana semua pandangan mempunyai dalil yang kuat, maka ketika itu, pandangan yg terkuat disebut al-asoh.

4) As-Shohih

  • Iaitu pandangn yg benar daripada pelbagai pandangan ulama’ mazhab, yang mana lawannya adalah pandangan dhoif.

5) Sebutan bagi pandangan Dhoif

  • Bagi menzahirkan kedhoifan pendapat, maka akan digunakan beberapa lafaz berikut ;

a) Qila kaza ( قيل كذا)
b) Wa fi qawl kaza وفي قول كذا))
c) Ruwiya (روي)

Selain istilah2 di atas, terdpt juga istilah2 yang kerap digunakan, berikut disertakan maksud bagi setiap istilah :

a) Syeikhan (الشيخان) : Iaitu Imam An-Nawawi (656 H) dan Imam Ar-Rafie (623 H)

b) Al-Qadhi : iaitu Qadhi Husain

c) Al-Qadhian (القاضيان) : iaitu Qadhi Al-Mawardi (450 H) dan Qadhi Ar-Ruyani

e) As-Shuyukh (الشيوخ) : Iaitu Al-Nawawi, Ar-Rafie dan Tajuddin Al-Subki (771 H)

g) Syeikh al-Islam : Iaitu Imam Zakaria al-Ansori (926 H)

Pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie dari kalangan Mutaqaddimi ialah Al-Imam An-Nawawi (656 H) dan Imam ar-Rafie (623 H)

SILSILAH KITAB

Susur galur kitab utama Syafi’e. Terdapat 2 buah kitab asal Syafi’e iaitu :

A) Al-Hujjah iaitu kitab beliau yang ditulis semasa berada di Baghdadl, ianya ibarat kitab yang mengandungi ‘qawl qadim’ Imam Syafi’e. Kitab ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal (241 H), Imam Abu Thaur, Az-Za’farani dan al-Karabisi.

8) Al-Umm iaitu kitab beliau yang dikarang ketika berada di Mesir, ibarat kitab yang mengandungi ‘qawl jadid’ bagi mazhab Syafie. Ia diriwayatkan oleh Imam Yusof Bin Yahya Al-Buwaiti (231 H) , Imam Ismail Bin Yahya Al-Muzani (264 H), Ar-Rabi’ al-Jizi dan Ar-Rabi’ Bin Sulaiman al-Muradi(270 H).

KITAB UTAMA

Terdapat 4 kitab asal Syafie yang menjadi aliran utama ilmu2 Al-Syafie. Iaitu Kitab Al-Umm, Al-Imlak, Mukhtasar al-Buwaiti dan Mukhtasar al-Muzani.

4 kitab ini diringkaskan oleh Al-Imam al-Haramain al-Juwaini (450 H) lalu diberi nama ‘ AL-NIHAYAH’.
Kitab ini kemudian dringkaskan oleh Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) yang merupakan anak murid Imam Haramain kpd ‘AL-BASIT dan kemudian beliau meringkaskannya lagi kpd ‘AL-WASIT’ dan beliau ringkaskan lagi kpd ‘AL-WAJIZ’ dan kemudiannya kepada ‘AL-KHULASAH’.

Kitab ‘al-Wajiz oleh al-Ghazali tadi pula di syarah oleh As-Syeikh al-Imam Ar-Rafi’e lalu diberi nama ‘FATH AL-‘AZIZ’ , Kemudian diringkaskan oleh Imam An-Nawawi kpd ‘RAWDAH AL-TOLIBIN’, dan kemudian diringkaskan pula oleh Ibn al-Muqri kpd ‘AL-RAWD.

Kitab al-Wajiz tadi juga, pada masa yang sama diringkaskan juga oleh Al-Imam Ar-Rafie, lalu diberi nama ‘AL-MUHARRAR’ kemudian diringkaskan juga oleh An-Nawawi kpd MINHAJ AT-TOLIBIN, kemudian diringkas pula oleh Syeikh al-Islam Zakaria Al-Ansari kpd ‘AL-MANHAJ’ dan seterusnya diringkaskan lagi oleh Al-Jawhari kepada AL-NAHJ.

Antara kitab fiqh Mazhab Syafie adalah :

1 .Al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam Al-Syafie

Pengarang : Asy- Syeikh al-Imam Abi Ishaq Ibrahim bin ‘Ali bin Yusof al-Fairuz Aabadi asy-SyiraziTahqiq & Ta’liq :Asy-Syeikh ‘Adil Ahmad ‘Abdul Maujud & asy-Syeikh ‘Ali Muhammad ‘AwadhCetakan & Edaran :Cetakan Pertama ( tahun 1424 H – 2003 M) Dar al-Ma’rifah, LubnanJilid : 3 Jilid

Penerangan Kitab : Kitab ini merupakan kitab asas dan utama dalam Fiqh Mazhab asy-Syafi’e . Ramai ulama’ Islam yang telah meletakkan syarah bagi kitab ini. Antara kitab syarahnya adalah kitab al-Majmu’. Kitab ini telah dita’liq dan ditahqiq hadithnya, Ciri-ciri Khas :bahasanya agak tinggi namun berbaris dan sepenuhnya. pelbagai ta’liq dan komentar dinyatakan di nota kaki kitab ini. Cetakan ini juga cetakan berwarna.

  1. Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab

Pengarang : Al-Imam Muhyiddin Abi Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi ( wafat 676 H )Tahqiq & Ta’liq :Asy-Syeikh ‘Adil Ahmad ‘Abdul Maujud, Dr Majdi Surur Baslum, Dr Ahmad ‘Isa Hasan al-Mi’sorowi, Dr Ahmad Muhammad ‘Abdul ‘Aal, Dr Husin ‘Abdurrahman Ahmad, Dr Badwi ‘Ali Muhammad Sayyid, Dr Muhammad Ahmad ‘Abdullah, Dr Ibrahim Muhammad ‘Abdul BaqiCetakan Pertama ( tahun 1428 H – 2007 M )Terbitan : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah , Beirut , LubnanJilid : 27 Jilid

Penerangan Kitab : Kitab ini adalah syarah kepada kitab Muhazzab . Perbahasan feqh oleh ulamak silam dalam versi moden, dengan contoh-contoh dan rujukan terkini beserta himpunan pendapat-pendapat, keputusan-keputusan dan fatwa-fatwa terkini ulamak. Maklumat asas fiqh dan usul fiqh, serta pengenalan tentang ulamak-ulamak Islam dalam bidang fiqh. Muqaddimah kitab ini yang menerangkan khusus tentang al-Majmu’. Ciri-ciri : Kitab ini berwarna, cetakan yang jelas dan cantik. Lebih sistematik dan teratur serta memudahkan membuat rujukan. Banyak maklumat-maklumat baru dan pendekatan penulisan fiqh moden dan silam.

  1. Al-Qadim wa al-Jadid fi Fiqh asy-Syafi’ie

Pengarang : Dr Lamin an-NajiCetakan Pertama ( tahun 1428 H – 2007 M )Terbitan : Dar Ibnul Qayyim, Arab Saudi & Dar Ibn ‘Affan , MesirJilid : 2 Jilid

Penerangan Kitab :Menghimpunkan Qaul Qadim dan Jadid ini, seterusnya dinilai dan diteliti dengan huraiannya dapat berkenalan dengan ulamak-ulamak Mazhab Syafi’ie dan penulisan mereka.

Selain kitab yang dinyatakan diatas, kitab- kitab utama mazhab Syafi’e yang sering menjadi tumpuan utama para ulama’ setiap zaman :

1) Al-Umm, Imam Muhammad Bin Idris al-Syafi’e
2) Al-Wajiz, Imam al-Ghazali
3) Fath al-‘Aziz, Imam ar-Rafie
4) Al-Majmu’, Imam An-Nawawi, serta semua kitab2 beliau.
5) Tuhfat al-Muhtaj, Imam Ibn Hajar al-Haitami
6) Nihayat al-Muhtaj, Imam Muhd Ar-Ramli ( di gelar Syafi’e Soghir)
7) Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar Al-Muzani, Al-Imam al-Qadhi Muhd Bin Habib Al-Mawardi (450 H)
8) Tuhfat al-Tullab Bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, Syeikh al-Islam Abu Yahya Zakaria al-Ansari (926 H).
9) Mughni al-Muhtaj ila ma’rifat AlFaz al-Minhaj, Muhd bin Ahmad As-Syarbini al- Khatib ( 977 H)
10) Al-Iqna’, Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib
Namun, kitab Muktamad dalam Mazhab Syafie adalah Al-Majmu’, Fath al Aziz, Nihayatul Muhtaj dan Tuhfatul Muhtaj.

Pencinta Ilmu

wallahua’lam