Ketika perlawanan bola sepak EURO 2020 semalam antara Denmark dan Finland, secara tiba-tiba ada seorang pemain rebah dan tidak sedarkan diri. Menurut sumber, pemain tersebut terkena Cardiac Arrest. Cardiac Arrest ini berbeza dengan Heart Attack.
Apa itu CARDIAC ARREST?
Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction).
Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama2nya.
Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation. Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon.
Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali. Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada.
Jantungnya perlu di pump semula samada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti.
Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid. Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR utk bantuan awal.