MENYANGGAH USTAZAH YANG MENGATAKAN: TABARRUK INI MENYEBABKAN TAASUB DAN TIDAK PERLU

Saya ada melihat video (gambar dibawah) si ig sinar harian oleh seorang ustazah yang mengatakan tabarruk ini menyebabkan tassub dan tidak perlu tabarruk kerana boleh direct pada Allah.

TABRRUK AMALAN DIAKUI NABI SAW

Tabarruk dengan air lebihan Nabi saw

وَقَالَ أَبُو مُوسَى : دَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَدَحٍ فِيهِ مَاءٌ ، فَغَسَلَ يَدَيْهِ وَوَجْهَهُ فِيهِ ، وَمَجَّ فِيهِ ، ثُمَّ قَالَ لَهُمَا : اشْرَبَا مِنْهُ ، وَأَفْرِغَا عَلَى وُجُوهِكُمَا وَنُحُورِكُمَا

Abu Musa berkata:
Nabi saw meminta bekas yang ada air, baginda kedua tangan dan mukanya kemudian mengembalikan air ke dalam bekas. Baginda berkata “Minumlah dari bekas itu dan tuangkan pada muka dan bawah leher kamu.”
Hadis sahih Bukhari

Tabarruk dgn rambut Nabi saw

أنَّ رَسولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ أَتَى مِنًى، فأتَى الجَمْرَةَ فَرَمَاهَا، ثُمَّ أَتَى مَنْزِلَهُ بمِنًى وَنَحَرَ، ثُمَّ قالَ لِلْحَلَّاقِ: خُذْ، وَأَشَارَ إلى جَانِبِهِ الأيْمَنِ، ثُمَّ الأيْسَرِ، ثُمَّ جَعَلَ يُعْطِيهِ النَّاسَ.
Sesungguhnya Rasulullah saw pergi ke Mina dan melontar jamrah. Kemudian baginda balik ke rumahnya di Mina dan menyembelih binatang. Kemudian baginda berkata kepada pencukur rambut “Ambiklah rambut ini.” Sambil memberi isyarat ke kanan dan ke kiri , kemudian memberikannya kepada yang lain.
Hadis sahih Muslim

Imam Nawawi berkata:
ومنها : التبرك بشعره صلى الله عليه وسلم وجواز اقتنائه
للتبرك .

Antara faedah hadis ini ialah sunnah tabarruk dengan rambut Nabi saw dan harus menjaganya untuk tabarruk.(Syarah sahih Muslim)

وعَنْ أَنَسٍ أَنَّ أُمَّ سُلَيْمٍ كَانَتْ تَبْسُطُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِطَعًا فَيَقِيلُ عِنْدَهَا عَلَى ذَلِكَ النِّطَعِ ، فَإِذَا نَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَتْ مِنْ عَرَقِهِ وَشَعَرِهِ فَجَمَعَتْهُ فِي قَارُورَةٍ ثُمَّ جَمَعَتْهُ فِي سُكٍّ . قَالَ [القائل هو ثمامة بن عبد الله بن أنس] : فَلَمَّا حَضَرَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ الْوَفَاةُ أَوْصَى إِلَيَّ أَنْ يُجْعَلَ فِي حَنُوطِهِ مِنْ ذَلِكَ السُّكِّ قَالَ فَجُعِلَ فِي حَنُوطِهِ

Anas bin Malik rameriwayatkan:
Sesungguhnya Ummu Sulaim menghamparkan tikar kulit untuk Nabi saw . Baginda saw berqailulah di atas tikar kulit itu. Bila Nabi saw tidur Ummu Sulaim mengambil peluh, rambut dan bulu Nabi saw dan dimasukkan dalam botol yang diletakkan minyak wangi.
Thumamah bin Abdullah bin Anas berkata:
Bila menjelang kewafatan Anas bin Malik ra dia berwasiat kepada ku agar wangian jenazahnya dicampurkan dengan wangian rambut Rasulullah. Wasiat itu dilaksanakan.
Hadis Riwayat Bukhari.

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عَمْرَةَ عَنْ جَدَّتِهِ كَبْشَةَ قَالَتْ دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَشَرِبَ مِنْ فِي قِرْبَةٍ مُعَلَّقَةٍ قَائِمًا فَقُمْتُ إِلَى فِيهَا فَقَطَعْتُهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ

Dari Abdurrahman bin Abu Amrah dari neneknya Kabsyah, berkata; “Rasulullah Saw pernah masuk ke rumahku dan minum dari mulut bejana yang tergantung sambil berdiri lalu aku mengambilnya dan memotong mulut bejana tersebut.”
Abu Isa Tirmizi berkata; Ini merupakan hadits hasan shahih gharib

Imam Nawawi berkata:

وإنما قطعتها لتحفظ موضع فم رَسُول اللَّهِ ﷺ وتتبرك به وتصونه عن الابتذال

Dan hanyasanya kabsyah memotong bahagian bekas air tersebut untuk menjaga bahagian yang kena mulut Nabi saw dan mengambil berkat serta memeliharanya dari dihina.(riadus salehin)

TABARRUK AMALAN SAHABAT SETELAH NABI WAFAT

Ummu salamah tabarruk dengan rambut Nabi

حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهَبٍ قَالَ أَرْسَلَنِي أَهْلِي إِلَى أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ وَقَبَضَ إِسْرَائِيلُ ثَلَاثَ أَصَابِعَ مِنْ قُصَّةٍ فِيهِ شَعَرٌ مِنْ شَعَرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ إِذَا أَصَابَ الْإِنْسَانَ عَيْنٌ أَوْ شَيْءٌ بَعَثَ إِلَيْهَا مِخْضَبَهُ فَاطَّلَعْتُ فِي الْجُلْجُلِ فَرَأَيْتُ شَعَرَاتٍ حُمْرًا


Imam Bukhari :
Telah menceritakan kepada kami Malik bin Isma’il telah menceritakan kepada kami Isra`il dari Utsman bin Abdullah bin Mauhab berkata:
“Keluargaku pernah menyuruhku menemui Ummu Salamah isteri Nabi saw dengan membawa mangkuk berisi air, sementara Isra’il(perawi) memegang mangkuk tersebut menggunakan tiga jarinya yang didalamnya terdapat beberapa helai rambut Nabi saw yang diikat, apabila ada seseorang yang terkena s ihir atau sesuatu, maka tempat mewarnai rambut beliau diberikan kepada Ummu Salamah, lalu aku mendongakkan kepala ke wadah yang menyerupai loceng, aku melihat rambut beliau sudah berubah merah.”
Imam Syamsuddin al-Barmawi berkata:
Ummu Salamah menyimpan rambut Nabi saw yang ada sedikit merah dalam bekas seperti bentuk loceng. Orang ramai mengambil berkat dengan rambut tadi semasa sakit dan meminta pada Allah dengan berkat rambut Nabi untuk sembuh. Kadang-kadang rambut itu diletak dalam bekas minum dan diletakkan lalu diminum. Kadang-kadang diletakkan dalam bekas besar, diletakkan air dan duduk dalam bekas bekas air (untuk mandi perubatan). (al-Lamius Sabih)

Anas sahabat Nabi saw yang bersama Nabi saw selama 10 tahun memiliki bekas yang selalu digunakan Rasulullah saw. Anas berkata:

لقَدْ سَقَيْتُ رَسولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ بقَدَحِي هذا الشَّرَابَ كُلَّهُ: العَسَلَ وَالنَّبِيذَ، وَالْمَاءَ وَاللَّبَنَ

Sesungguhnya aku telah memberi minum kepada Rasulullah saw dengan bekas minum ini semua jenis minuman : madu, perahan anggur, air kosong dan susu.
Hadis sahih Muslim

Imam Bukhari berkata:

Aku melihat bekas ini di basrah , aku minum dari bekas itu dan ianya dibeli dari harta peninggalan Nadr bin Anas dengan harga 800 ribu.(Tabarrukus sahabah)

Syeikh Muhammad Tahir al-Kurdi berkata:
Bekas ini dijaga di zaman sahabat dan tabiien untuk ambil berkat dengan minum padanya. Tidak ada didengari mana-mana sahabat dan tabiein yang mengingkari perkara tersebut atau memandang remeh.(Tabarrukus sahabah)

TABIEN BERTABARRUK DENGAN NABI DAN SAHABAT

Nilai rambut Nabi baginda saw di sisi sahabt dan tabi’ien

حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ ، عَنْ عَاصِمٍ ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ ، قَالَ : قُلْتُ لِعَبِيدَةَ عِنْدَنَا مِنْ شَعَرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَبْنَاهُ مِنْ قِبَلِ أَنَسٍ أَوْ مِنْ قِبَلِ أَهْلِ أَنَسٍ فَقَالَ : لَأَنْ تَكُونَ عِنْدِي شَعَرَةٌ مِنْهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Ibnu sirin berkata:

AKu memberitahu Abidah “kami ada Rambut Nabi saw yang kami dapat dari Anas atau dari keluarga Anas. Abidah berkata :Memiliki sehelai Rambut Nabi saw lebih aku sukai dari dunia dan seisinya.
Hadis sahih Bukhari (NO 170)

Imam Zahabi mengulas:

قُلْتُ: هَذَا القَوْلُ مِنْ عَبِيْدَةَ هُوَ مِعْيَارُ كَمَالِ الحُبِّ، وَهُوَ أَنْ يُؤْثِرَ شَعْرَةً نَبَوِيَّةً عَلَى كُلِّ ذَهَبٍ وَفِضَّةٍ بِأَيْدِي النَّاسِ. وَمِثْلُ هَذَا يَقُوْلُهُ هَذَا الإِمَامُ بَعْدَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- بِخَمْسِيْنَ سَنَةً، فَمَا الَّذِي نَقُوْلُهُ نَحْنُ فِي وَقْتِنَا لَوْ وَجَدْنَا بَعْضَ شَعْرِهِ بِإِسْنَادٍ ثَابِتٍ، أَوْ شِسْعَ نَعْلٍ كَانَ لَهُ، أَوْ قُلاَمَةَ ظُفْرٍ، أَوْ شَقَفَةً مِنْ إِنَاءٍ شَرِبَ فِيْهِ.فَلَوْ بَذَلَ الغَنِيُّ مُعْظَمَ أَمْوَالِهِ فِي تَحْصِيْلِ شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ عِنْدَهُ، أَكُنْتَ تَعُدُّهُ مُبَذِّراً أَوْ سَفِيْهاً؟ كَلاَّ.

Kata-kata ini dari Abidah adalah neraca kesempurnaan kecintaan. Beliau mengutamakan rambut Nabi saw dari segala emas dan perak yang ada di tangan manusia. Perkataan ini dikeluarkan oleh seorang Imam (ulama besar) selepas kewafatan Nabi saw. Apa yang kita hendak ucapkan pada waktu ini kalau kita menjumpai rambut Nabi dengan sanad yang sahih, tali capal, kuku , serpihan cawan yang Nabi saw minum. Jika seorang yang kaya raya membelanjakan sebahagian besar hartanya itu mendapatkan sesuatu dari peninggalan Nabi saw adakah engkau akan anggap dia membazir? Tidak sama sekali

JUMHUR ULAMA MENYATAKAN HARUS BERTABARRUK DENGAN NABI SEMASA HAYAT ATAU SELEPAS WAFATNYA DAN HARUS BERTABARRUK DENGAN KESAN ORANG SOLEH . SEMASA MENGULAS HADIS TENTANG BERUBAT DENGAN AMBIL BERKAT JUBAH NABI:
Hadis ini adalah dalil menunjukkan sunat tabarruk dengan pakain orang soleh dan pakaian mereka. (syarah soheh Muslim)

https://www.facebook.com/100003278813911/posts/4075803682538885/?d=n

Kredit : PU Salman