Nabi Khidir pendorong taubatnya Ibrahim Adham
Ibrahim Adham merupakan seorang Ulama’ yang lahir di Kota Balkh, daripada keturunan bangsawan Arab. Manakala dalam sejarah sufi beliau merupakan seorang penguasa yang meninggalkan kerajaannya, lalu berjalan ke arah barat dan menjalani kehidupan sederhana dengan pekerjaan buruh kasar. Wafatnya di negeri Parsi pada 165H/782M.
Sewaktu beliau di dalam kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah, menduduki tahta kerajaan dan mentadbir wiilayah yang luas . Tetapi akhirnya beliau tinggalkan dengan beberapa nasihat daripada seorang tua yang mendatanginya pada suatu malam.
Ketika beliau sedang menikmati tidurnya diatas hamparan yang indah. Tiba-tiba terdengar dari atas bumbung seperti ada orang yang sedang berjalan-jalan diatasnya. Ia lalu terjaga dan lantas menyeru orang tersebut kerana mengganggu tidurnya.
” Siapakah diatas bumbung?!! “
Sahut orang itu ” Wahai sahabatku, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas bumbung ini “
” Wahai si bodoh!!!, engkau mencari unta diatas bumbung? “
Sahutnya lagi ” Wahai manusia yang lalai, adakah engkau hendak mencari Allah dengan berpakaian sutera dan tidur di atas sarir emas??? “
Dari kata-kata tersebut , sungguh beliau amat terperanjat yang akhirnya mendorong kepada taubat yang sebenar.
والله أعلم بالصواب
Kredit : Khuwaidimullah Anwar Mua’ai
https://www.facebook.com/100020623934848/posts/879991286031661/? d=n