Hukum sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم di sisi ulamā -ulamā Deoband
Syarat-syarat jika hendak melakukan majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم di sisi ulamā-ulamā Deoband ialah seperti berikut :
- Perlu diterangkan dan diceritakan riwayat yang sahih mengenai kehidupan Nabi صلى الله عليه وسلم .
- Tidak boleh menetapkan hari atau waktu yang tertentu untuk membuat majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم . Sebagai contoh mengadakan majlis maulid Nabi صلى الله عليه pada waktu solat atau pada ibadah yang wajib.
- Jangan diceritakan perkara atau kisah yang tidak ada kaitan dengan Para Sahabat dan para Tabi’in
- Jangan kita mendekati perkara yang mendorong kepada syirik dan bida’ah. Jangan buka pintu seluas-luasnya kepada dua perkara ini ketika mengadakan majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم .
- Jangan diceritakan kisah yang mempunyai khilaf dengan Para Sahabat.
- Di dalam majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم ini tidak ada perbuatan yang melanggari syariat agamā.
- Buatlah majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم ini dengan penuh ikhlas dan janganlah dibuat-buat dengan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk.
- Kita kena mengangap bahawa menceritakan kisah kehidupan Nabi صلى الله عليه وسلم adalah ibadah.
- Jangan kita menetapkan sebarang tempoh masa/waktu untuk mengadakan majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم ini seperti mengadakan sekian-sekian hari dan waktu akan mendatangkan pahala yang lebih berbanding dengan hari dan waktu yang lain.
- Jangan di dalam majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم diceritakan hadīth-hadīth yang telah disepakati kepalsuannya.
- Jangan ada sebarang percampuran antara lelaki dengan perempuan ketika berlangsungnya majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم .
- Jangan ada unsur pembaziran ketika mengadakan majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم ini.
- Jangan kita meletakan hukumnya sebagai wajib sehingga orang lain tidak ada kesempatan untuk melakukannya sebagai haram dan berdosa.
Kata Maulānā Ilyas Ghuman, jika wujud dalam majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم akan ketiga belas perkara ini, maka kami (ulamā -ulamā Deoband) tidak akan mengatakan perkara ini ( Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم ) ini sebagai perbuatan bida’ah.
Kredit : Fuad Akmal