Telah menjalani mazhab Syafie dan Maliki bahawa membaca doa qunut di dalam solat subuh itu hukumnya sunat berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu anhu katanya “Sentiasalah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam membaca doa qunut di dalam solat subuh sampailah baginda meninggal dunia”.(Riwayat Al Imam Ahmad di dalam Al Musnad 3/162) Kata Imam Al Nawawi di dalam Al Khulasah halaman 450 bahawa hadis tersebut sahih diriwayatkan oleh beberapa jamaah dari kalangan huffaz dan mereka semuanya mensahihkannya.Dan di antara ulama yang mensahihkannya juga adalah Al Hakim di dalam Al Mustadrak,Al Baihaqi dan Al Allamah Al Ma’lami di dalam Al Tankil seperti yang telah sabit bahawa telah membaca qunut oleh sekumpulan para sahabat dan tabi’in dan para imam dari kalangan salaf al soleh.Berkata Al Imam Al Nawawi Rahimahullah “Ketahuilah sesungguhnya membaca qunut di dalam solat subuh itu disyariatkan di sisi kami dan ianya merupakan sunat muakkadah.Jika ditinggalkan tidak membatalkan solat tetapi dituntut melakukan sujud sahwi samada ditinggalkan secara sengaja atau tidak”(Al Azkar halaman 59).Adapun tempat membaca qunut subuh itu di sisi mazhab syafie ialah di dalam rakaat yang kedua selepas bangkit dari rukuk dan di sisi mazhab Imam Malik ialah sebelum rukuk.
Dalam masalah ini hendaknya janganlah diingkari bahawa memang terdapat khilaf.Sesungguhnya telah berkata pengikut Hanafiah dan Hanabilah bahawa tidak disunatkan membaca doa qunut di dalam solat subuh.Maka tidak sepatutnya orang yang berqunut mengingkari mereka yg tidak berqunut begitu juga mereka yang tidak berqunut jangan mengingkari orang yg berqunut.Jika kami merajihkan mazhab Al Syafie di dalam masalah ini, itu adalah kerana dalil dalinya kuat.Kita harus ingat ulama ulama Mazhab Maliki dan Syafie merupakan fuqaha Hijaz yang memilikki pengetahuan tentang hadis hadis yang tidak ada pada orang orang yang selain mereka.Dan kami menasihatkan supaya tidak mentohmah sesama kaum muslimin dengan tuduhan bid’ah dan sesat.Maka sesungguhnya orang Islam itu merupakan orang yang di atas kebaikan yang mana setiap daripada mereka bersungguh sungguh untuk mengikuti Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan tidak harus menghidupkan api fitnah di kalangan mereka.

Berikut di antara adalah dalil dalil yang digunakan oleh mazhab Syafie dalam masalah qunut.

SATU

ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺼﻔﺎﺭ، ﺛﻨﺎ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﻣﻬﺮاﻥ اﻷﺻﺒﻬﺎﻧﻲ، ﺛﻨﺎ ﻋﺒﻴﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻣﻮﺳﻰ، ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ ﺟﻌﻔﺮ اﻟﺮاﺯﻱ، ﻋﻦ اﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻦ ﺃﻧﺲ، ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺃﻥ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ” §ﻗﻨﺖ ﺷﻬﺮا ﻳﺪﻋﻮ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺛﻢ ﺗﺮﻛﻪ، ﻓﺄﻣﺎ ﻓﻲ اﻟﺼﺒﺢ ﻓﻠﻢ ﻳﺰﻝ ﻳﻘﻨﺖ ﺣﺘﻰ ﻓﺎﺭﻕ اﻟﺪﻧﻴﺎ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah Al Hafizh,telah memberitakan kepada kami Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah Al Safar telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mahran Al Asbahani ,telah menceritakan kepada kami Ubaidullah bin Musa,telah mengkhabarkan Abu Jaafar Al Razi,daripada Al Rabi’ bin Anas,daripada Anas sesungguhnya Nabi Sallallahu alaihi wasallam telah berqunut selama sebulan mendoakan (laknat) atas mereka (kaum musyrikin) kemudian baginda meninggalkannya.Adapun qunut dalam solat subuh maka sentiasalah baginda berqunut sehinggalah meninggal dunia.

DUA
ﻭﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﺃﻧﺒﺄ ﺑﻜﺮ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ اﻟﺼﻴﺮﻓﻲ، ﺑﻤﺮﻭ ﺛﻨﺎ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﻴﺴﻰ، ﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ ﻧﻌﻴﻢ، ﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ ﺟﻌﻔﺮ اﻟﺮاﺯﻱ، ﻋﻦ اﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻦ ﺃﻧﺲ ﻗﺎﻝ: ﻛﻨﺖ ﺟﺎﻟﺴﺎ ﻋﻨﺪ ﺃﻧﺲ ﻓﻘﻴﻞ ﻟﻪ: ” ﺇﻧﻤﺎ §ﻗﻨﺖ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺷﻬﺮا، ﻓﻘﺎﻝ: ﻣﺎ ﺯاﻝ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻨﺖ ﻓﻲ ﺻﻼﺓ اﻟﻐﺪاﺓ ﺣﺘﻰ ﻓﺎﺭﻕ اﻟﺪﻧﻴﺎ ” ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﻫﺬا ﺇﺳﻨﺎﺩ ﺻﺤﻴﺢ ﺳﻨﺪﻩ ﺛﻘﺔ ﺭﻭاﺗﻪ ﻭاﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻦ ﺃﻧﺲ ﺗﺎﺑﻌﻲ ﻣﻌﺮﻭﻑ ﻣﻦ ﺃﻫﻞ اﻟﺒﺼﺮﺓ ﺳﻤﻊ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﺭﻭﻯ ﻋﻨﻪ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ اﻟﺘﻴﻤﻲ، ﻭﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ اﻟﻤﺒﺎﺭﻙ ﻭﻏﻴﺮﻫﻤﺎ ﻭﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺣﺎﺗﻢ: ﺳﺄﻟﺖ ﺃﺑﻲ ﻭﺃﺑﺎ ﺯﺭﻋﺔ، ﻋﻦ اﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻦ ﺃﻧﺲ ﻓﻘﺎﻻ: ﺻﺪﻭﻕ ﺛﻘﺔ ﻗﺎﻝ اﻟﺸﻴﺦ: ﻭﻗﺪ ﺭﻭاﻩ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ ﺑﻦ ﻣﺴﻠﻢ اﻟﻤﻜﻲ ﻭﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻋﺒﻴﺪ، ﻋﻦ اﻟﺤﺴﻦ، ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺇﻻ ﺇﻧﺎ ﻻ ﻧﺤﺘﺞ ﺑﺈﺳﻤﺎﻋﻴﻞ اﻟﻤﻜﻲ ﻭﻻ ﺑﻌﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻋﺒﻴﺪ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Al Hafizh, telah memberitakan Bakar bin Muhammad Al Sairafi di Marw telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Isa,telah menceritakan kepada kami Abu Nuaim,telah mnceritakan kepada kami Abu Jaafar Al Razi,daripada Al Rabi’ bin Anas dia berkata aku pernah duduk bersama Anas lalu dikatakan kepadanya sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah berqunut selama sebulan lalu dia berkata sentiasalah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam berqunut di dalam solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia.Kata Abu Abdillah isnad ini sahih sanadnya dan para perawinya thiqat.Al Rabi’ bin Anas adalah seorang tabi’in yang terkenal orang Basrah.Dia mendengar hadith daripada Anas bin Malik .Meriwayatkan daripadanya Sulaiman Al Taimi ,dan Abdullah bin Al Mubarak dan lain lain.Kata Abu Muhammad bin Abi Hatim aku bertanya kepada bapaku dan Abu Zar’ah tentang Al Rabi’ bin Anas keduanya berkata saduq lagi thiqah .Berkata Al Syeikh sesungguhnya diriwayatkan juga oleh Ismail bin Muslim Al Makki dan Amru bin Ubaid daripada Al Hasan daripada Anas.Hanya sanya kami tidak berhujjah dengan Ismail Al Makki dan tidak juga dengan Amru bin Ubaid.

TIGA

نجم عبد الرحمن خلف – معجم الجرح والتعديل لرجال السنن الكبرى

ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺤﺴﻴﻦ ﺑﻦ اﻟﺤﺴﻦ اﻟﻤﺨﺰﻭﻣﻲ اﻟﻐﻀﺎﺋﺮﻱ ﺑﺒﻐﺪاﺩ ﺛﻨﺎ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ اﻟﺴﻤﺎﻙ، ﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ ﻗﻼﺑﺔ ﻋﺒﺪ اﻟﻤﻠﻚ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ اﻟﺮﻗﺎﺷﻲ، ﺛﻨﺎ ﻗﺮﻳﺶ ﺑﻦ ﺃﻧﺲ، ﺛﻨﺎ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ اﻟﻤﻜﻲ، ﻭﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻋﺒﻴﺪ، ﻋﻦ اﻟﺤﺴﻦ، ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﻗﺎﻝ: ” §ﻗﻨﺖ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻭﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ، ﻭﻋﻤﺮ، ﻭﻋﺜﻤﺎﻥ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻢ ﻭﺃﺣﺴﺒﻪ ﻗﺎﻝ: ﺭاﺑﻊ ﺣﺘﻰ ﻓﺎﺭﻗﻬﻢ ” ﻭﺭﻭاﻩ ﻋﺒﺪ اﻟﻮاﺭﺙ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ، ﻋﻦ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻋﺒﻴﺪ ﻭﻗﺎﻝ: ﻓﻲ ﺻﻼﺓ اﻟﻐﺪاﺓ، ﻭﻟﺤﺪﻳﺜﻬﻤﺎ ﻫﺬا ﺷﻮاﻫﺪ ﻋﻦ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﺛﻢ ﻋﻦ ﺧﻠﻔﺎﺋﻪ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻢ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Al Husain bin Al Hasan Al Makhzumi Al Gadha’iri di Baghdad telah menceritakan kepada kami Uthman bin Ahmad bin Al Samak telah menceritakan kepada kami Abu Qilabah Abdul Malik bin Muhammad Al Raqasyi telah menceritakan kepada kami Quraisy bin Anas telah menceritakan kepada kami Ismail Al Makki dan Amru bin Ubaid daripada Al Hasan daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ,Abu Bakar Umar dan Uthman Radhiallahu anhum telah berqunut dan aku mengiranya kata Al Rabi’ sehingga meninggalkan mereka..Dan telah meriwayatkannya Abdul Warith bin Said daripada Amru bin Ubaid.Dan dia berkata di dalam solat subuh.Dan hadis keduanya mempunyai syawahid daripada Nabi Sallallahu alaihi wasallam kemudian dariapada para khalifah baginda Radhiallahu anhum.
Sebahagian dari hadis tersebut adalah seperti berikut:
ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﺛﻨﺎ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺣﻤﺸﺎﺫ اﻟﻌﺪل ﻭﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﻌﻨﺒﺮﻱ ﻗﺎﻻ: ﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﺑﺮاﻫﻴﻢ اﻟﻌﺒﺪﻱ، ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ اﻟﻨﻔﻴﻠﻲ، ﺛﻨﺎ ﺧﻠﻴﺪ ﺑﻦ ﺩﻋﻠﺞ، ﻋﻦ ﻗﺘﺎﺩﺓ، ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ: §” ﺻﻠﻴﺖ ﺧﻠﻒ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻘﻨﺖ ﻭﺧﻠﻒ ﻋﻤﺮ ﻓﻘﻨﺖ ﻭﺧﻠﻒ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﻓﻘﻨﺖ “
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Al Hafizh telah menceritakan kepada kami Ali bin Hamsyaz Al Adl dan Yahya bin Muhammad bin Abdullah Al Anbari keduanya berkata telah menceritakan kepada kami Abdullah Muhammad bin Ibrahim Al Abdi telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad Al Nafili telah menceritakan kepada kami Khulaid bin Da’laj daripada Qatadah daripada Anas bin Malik Radhiallahu anhu katanya aku bersembahyang di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam lalu baginda berqunut dan juga di belakang Umar maka beliau berqunut dan di belakang Uthman maka beliau berqunut.
Dan lagi hadis berikut:
ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﺳﻌﺪ اﻟﻤﺎﻟﻴﻨﻲ، ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺪﻱ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﺛﻨﺎ اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ، ﺛﻨﺎ ﺑﻨﺪاﺭ، ﺛﻨﺎ ﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ، ﺛﻨﺎ اﻟﻌﻮاﻡ ﺑﻦ ﺣﻤﺰﺓ ﻗﺎﻝ: ﺳﺄﻟﺖ ﺃﺑﺎ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﻋﻦ اﻟﻘﻨﻮﺕ ﻓﻲ اﻟﺼﺒﺢ ﻗﺎﻝ: ” §ﺑﻌﺪ اﻟﺮﻛﻮﻉ ” ﻗﻠﺖ: ﻋﻤﻦ؟ ﻗﺎﻝ: ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺑﻜﺮ ﻭﻋﻤﺮ ﻭﻋﺜﻤﺎﻥ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻢ ” ﻫﺬا ﺇﺳﻨﺎﺩ ﺣﺴﻦ، ﻭﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ ﻻ ﻳﺤﺪﺙ ﺇﻻ ﻋﻦ اﻟﺜﻘﺎﺕ ﻋﻨﺪﻩ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Saad Al Malini telah memberitakan kepada kami Abu Ahmad bin ‘Addi Al Hafizh telah menceritakan kepada kami Al Syafie telah menceritakan kepada kami Bandar telah menceritakan kepada kami Yahya bin Said telah menceritakan kepada kami Al Awwam bin Hamzah katanya aku telah bertanya Abu Uthman tentang qunut subuh .Dia menjawab selepas rukuk.Lalu aku berkata daripada siapa?Dia menjawab daripada Abu Bakar, Umar dan Uthman Radhiallahu anhum.Isnadnya hasan dan Yahya bin Said tidak akan meriwayatkan apa apa hadith melainkan daripada orang orang yg thiqat di sisinya.

EMPAT
ﻭﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﺳﻌﻴﺪ ﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻳﺤﻴﻰ اﻟﺨﻄﻴﺐ، ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ ﺑﺤﺮ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ اﻟﺤﺴﻦ اﻟﺒﺮﺑﻬﺎﺭﻱ، ﺛﻨﺎ ﺑﺸﺮ ﺑﻦ ﻣﻮﺳﻰ، ﺛﻨﺎ اﻟﺤﻤﻴﺪﻱ، ﺛﻨﺎ ﺳﻔﻴﺎﻥ، ﺣﺪﺛﻨﻲ ﻣﺨﺎﺭﻕ، ﻋﻦ ﻃﺎﺭﻕ ﻗﺎﻝ: §” ﺻﻠﻴﺖ ﺧﻠﻒ ﻋﻤﺮ اﻟﺼﺒﺢ ﻓﻘﻨﺖ
ﻭﺑﺈﺳﻨﺎﺩﻩ ﺛﻨﺎ اﻟﺤﻤﻴﺪﻱ، ﺛﻨﺎ ﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﺳﻠﻴﻢ، ﻋﻦ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ ﺑﻦ ﺃﻣﻴﺔ، ﻋﻦ ﻋﻄﺎء، ﻋﻦ ﻋﺒﻴﺪ ﺑﻦ ﻋﻤﻴﺮ ﻗﺎﻝ: ﺳﻤﻌﺖ ﻋﻤﺮ ” §ﻳﻘﻨﺖ ﻫﺎﻫﻨﺎ ﻓﻲ اﻟﻔﺠﺮ ﺑﻤﻜﺔ “ﻭﺑﺈﺳﻨﺎﺩﻩ ﺛﻨﺎ اﻟﺤﻤﻴﺪﻱ، ﺛﻨﺎ ﺳﻔﻴﺎﻥ، ﻋﻦ اﺑﻦ ﺟﺮﻳﺞ، ﻋﻦ ﻋﻄﺎء، ﻋﻦ ﻋﺒﻴﺪ ﺑﻦ ﻋﻤﻴﺮ، ﻋﻦ ﻋﻤﺮ ﻣﺜﻠﻪ ﻭﻫﺬﻩ ﺭﻭاﻳﺎﺕ ﺻﺤﻴﺤﺔ ﻣﻮﺻﻮﻟﺔ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Said Yahya bin Muhammad bin Yahya Al Khathib telah memberitakan kepada kami Abu Bahar Muhammad bin Al Hasan Al Barbahari telah menceritakan kepada kami Basyar bin Musa telah menceritakan kami Al Humaidi telah menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepadaku Mukhariq daripada Thoriq katanya aku telah bersembahyang subuh di belakang Umar maka dia telah membaca qunut.
Dan dengan isnadnya telah menceritakan kepada kami Al Humaidi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaim daripada Ismail bin Umayyah daripada Atho’ daripada Ubaid bin Umair dia berkata aku telah mendengar Umar membaca qunut di sini dalam solat subuh di Mekah.Dan dengan isnadnya telah menceritakan kepada kami Al Humaidi telah menceritakan kepada kami Sufyan daripada Ibnu Juraij daripada Atho’ daripada Ubaid bin Umair daripada Umar seumpamanya dan riwayat riwayat ini adalah riwayat yang sahih lagi bersambung.

LIMA
ﻭﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺑﺎﻟﻮﻳﻪ، ﺛﻨﺎ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺑﺸﺮ اﻟﻤﺮﺛﺪﻱ، ﺛﻨﺎ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ اﻟﺠﻌﺪ، ﺃﻧﺒﺄ ﺷﻌﺒﺔ ﻗﺎﻝ: ﻭﺃﺧﺒﺮﻧﻲ اﻟﺤﺴﻴﻦ ﺑﻦ ﻋﻠﻲ اﻟﺪاﺭﻣﻲ، ﺛﻨﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﺳﺤﺎﻕ ﻫﻮ اﺑﻦ ﺧﺰﻳﻤﺔ، ﺛﻨﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺑﺸﺎﺭ، ﺛﻨﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺟﻌﻔﺮ، ﺛﻨﺎ ﺷﻌﺒﺔ، ﻋﻦ ﺣﻤﺎﺩ، ﻋﻦ ﺇﺑﺮاﻫﻴﻢ، ﻋﻦ اﻷﺳﻮﺩ، ﻗﺎﻝ: ” ﺻﻠﻴﺖ ﺧﻠﻒ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ اﻟﺨﻄﺎﺏ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻓﻲ اﻟﺴﻔﺮ ﻭاﻟﺤﻀﺮ §ﻓﻤﺎ ﻛﺎﻥ ﻳﻘﻨﺖ ﺇﻻ ﻓﻲ ﺻﻼﺓ اﻟﻔﺠﺮ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Al Hafizh telah memberitakan Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin Balwaih telah menceritakan kepada kami Basyar Al Marthadi telah menceritakan kepada kami Ali bin Al Ja’ad telah memberitakan Syu’bah katanya telah mengkhabarkan kepada ku Al Husain bin Ali Al Darimi telahenceritakan kepada kami Muhammad bin Ishaq yaitu Ibnu Khuzaimah telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Jaafar telah menceritakan kepada kmi Syu’bah daripada Hammad daripada Ibrahim daripada Al Aswad katanya aku telah bersolat di belakang Umar ibnu Al Khatthab Radhiallahu anhu samada di dalam safar mahu pun hadhir maka tidaklah beliau membaca qunut kecuali di dalam solat subuh.

ENAM
ﻭﺭﻭاﻩ ﺁﺩﻡ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺇﻳﺎﺱ، ﻋﻦ ﺷﻌﺒﺔ، ﺑﺈﺳﻨﺎﺩﻩ ﻭﻗﺎﻝ: ” ﻓﻜﺎﻥ §ﻳﻘﻨﺖ ﻓﻲ اﻟﺮﻛﻌﺔ اﻟﺜﺎﻧﻴﺔ ﻣﻦ ﺻﻼﺓ اﻟﻔﺠﺮ ﻭﻻ ﻳﻘﻨﺖ ﻓﻲ ﺳﺎﺋﺮ ﺻﻠﻮاﺗﻪ ” ﺃﺧﺒﺮﻧﺎﻩ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ، ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ اﻟﺮﺣﻤﻦ ﺑﻦ اﻟﺤﺴﻦ، ﺛﻨﺎ ﺇﺑﺮاﻫﻴﻢ ﺑﻦ اﻟﺤﺴﻴﻦ، ﺛﻨﺎ ﺁﺩﻡ، ﺛﻨﺎ ﺷﻌﺒﺔ، ﻓﺬﻛﺮﻩ ﻭﻓﻲ ﻫﺬا ﺩﻟﻴﻞ ﻋﻠﻰ اﺧﺘﺼﺎﺭ ﻭﻗﻊ ﻓﻲ اﻟﺤﺪﻳﺚ اﻟﺬﻱ ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﺑﻦ اﻟﺤﺴﻦ، ﺃﻧﺒﺄ ﺣﺎﺟﺐ ﺑﻦ ﺃﺣﻤﺪ، ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ اﻟﺮﺣﻴﻢ ﺑﻦ ﻣﻨﻴﺐ، ﺛﻨﺎ اﻟﻔﻀﻴﻞ، ﻋﻦ ﻣﻨﺼﻮﺭ، ﻋﻦ ﺇﺑﺮاﻫﻴﻢ، ﺃﻥ اﻷﺳﻮﺩ، ﻭﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻣﻴﻤﻮﻥ ﻗﺎﻻ: §” ﺻﻠﻴﻨﺎ ﺧﻠﻒ ﻋﻤﺮ اﻟﻔﺠﺮ ﻓﻠﻢ ﻳﻘﻨﺖ ” ﻣﻨﺼﻮﺭ ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﺃﺣﻔﻆ ﻭﺃﻭﺛﻖ ﻣﻦ ﺣﻤﺎﺩ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﻓﺮﻭاﻳﺔ ﺣﻤﺎﺩ ﻓﻲ ﻫﺬا ﺗﻮاﻓﻖ اﻟﻤﺬﻫﺐ اﻟﻤﺸﻬﻮﺭ، ﻋﻦ ﻋﻤﺮ ﻓﻲ اﻟﻘﻨﻮﺕ
Telah meriwayatkan Adam bin Abi Iyas daripada Syu’bah dengan sanadnya dia berkata adalah Umar membaca qunut pada rakaat yang kedua solat subuh dan dia tidak membaca qunut pada solat solat yang lain.Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah telah menceritakan kepada kami Abdul Rahman bin Al Hasan telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Husain telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu’bah lalu dia menyebutkan hadisnya dan di dalamnya ada dalil yg ringkas yang jatuh pada hadis yang mengkhabarkan kepada kami oleh Abu Bakar bin Al Hasan, telah memberitakan kepada kami Hajib bin Ahmad telah menceritakan kepada kami Abdul Rahim bin Munib telah menceritakan kepada kami oleh Al Fudhail daripada Mansur daripada Ibrahim bahawa Al Aswad dan Amru bin Maimun keduanya berkata kami bersolat di belakang Umar akan solat subuh dan beliau tidak membaca qunut.
Walaupun Mansur lebih hafaz dan lebih thiqah daripada Hammad bin Abi Sulaiman tetapi riwayat Hammad di dalam masalah ini sejalan dengan mazhab yang masyhur yang diriwayatkan daripada Umar dalam masalah qunut.

TUJUH
ﻭﻗﺪ ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﻭﺃﺑﻮ ﺳﻌﻴﺪ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﻋﻤﺮﻭ، ﻗﺎﻻ: ﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ اﻟﻌﺒﺎﺱ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻳﻌﻘﻮﺏ، ﺛﻨﺎ ﺃﺳﻴﺪ ﺑﻦ ﻋﺎﺻﻢ، ﺛﻨﺎ ﺳﻌﻴﺪ ﺑﻦ ﻋﺎﻣﺮ، ﺛﻨﺎ ﻋﻮﻑ، ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻋﺜﻤﺎﻥ اﻟﻨﻬﺪﻱ ﻗﺎﻝ: §” ﺻﻠﻴﺖ ﺧﻠﻒ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﺳﺖ ﺳﻨﻴﻦ ﻓﻜﺎﻥ ﻳﻘﻨﺖ ” ﻭﺭﻭاﻩ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ اﻟﺘﻴﻤﻲ، ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺃﻥ ﻋﻤﺮ ﻗﻨﺖ ﻓﻲ ﺻﻼﺓ اﻟﺼﺒﺢ، ﻭﺭﻭاﻩ ﺃﻳﻀﺎ ﺃﺑﻮ ﺭاﻓﻊ، ﻋﻦ ﻋﻤﺮ ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻧﺬﻛﺮﻩ ﺇﻥ ﺷﺎء اﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻭاﻟﻘﻮﻝ ﻓﻲ ﻣﺜﻞ ﻫﺬا ﻗﻮﻝ ﻣﻦ ﺷﺎﻫﺪ ﻭﺣﻔﻆ ﻻ ﻗﻮﻝ ﻣﻦ ﻟﻢ ﻳﺸﺎﻫﺪ، ﻭﻟﻢ ﻳﺤﻔﻆ، ﻭﺑﺎﻟﻠﻪ اﻟﺘﻮﻓﻴﻖ
Dan sesungguhnya telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Al Hafizh dan Abu Said bin Abi Amru keduanya berkata telah menceritakan kepada kami Abu Al Abbas Muhammad bin Ya’qub telah menceritakan kepada kami Usaid bin ‘Asim telah menceritakan kepada kami Said bin ‘Amir telah menceritakan kepada kami Auf daripada Abi Uthman Al Nahdi katanya aku telah bersembahyang di belakang Umar Radhiallahu anhu selama beberapa tahun dan adalah dia membaca qunut.Dan telah meriwayatkan Sulaiman Al Taimi daripada Abi Uthman sesungguhnya Umar membaca qunut di dalam solat subuh.Dan telah meriwayatkannya juga Abu Rafi’ daripada Umar seperti yang akan kami sebutkan sebutkan insya Allah taala dan perkataan dalam perkara seumpama ini merupakan perkataan orang yg telah menyaksikan dan lagi hafiz bukan perkataan orang yg tidak menyaksikan dan tidak juga menghafaz. Hanya dengan Allah dipohonkan taufiq.

LAPAN
ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ اﻟﺤﺴﻴﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺣﺒﻴﺶ اﻟﺘﻤﻴﻤﻲ اﻟﻤﻘﺮﺉ ﺑﺎﻟﻜﻮﻓﺔ ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ ﺇﺳﺤﺎﻕ ﺇﺑﺮاﻫﻴﻢ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻷﺯﺩﻱ، ﺛﻨﺎ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﺎﺯﻡ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﻏﺮﺯﺓ، ﺃﻧﺒﺄ ﻋﺒﻴﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻣﻮﺳﻰ، ﻋﻦ ﺳﻔﻴﺎﻥ، ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺣﺼﻴﻦ، ﻋﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻣﻌﻘﻞ ﻗﺎﻝ: §” ﻗﻨﺖ ﻋﻠﻲ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻓﻲ اﻟﻔﺠﺮ ” ﻭﻫﺬا ﻋﻦ ﻋﻠﻲ ﺻﺤﻴﺢ ﻣﺸﻬﻮﺭ

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Al Hasan Muhammad bin Ali bin Hubaisy Al Tamimi Al Muqri’ di Kufah telah memberitakan kepada kami Abu Ishak Ibrahim bin Abdullah Al Azdi telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hazim bin Abi Gharzah telah memberitakan Abdullah bin Musa daripada Sufian daripada Abi Hasin daripada Abdullahbin Ma’qal katanya telah berqunut Ali Radhiallahu anhu di dalam solat subuh.Riwayat tentang Ali ini adalah sahih lagi masyhur.

SEMBILAN
ﻭﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﻧﺼﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻌﺰﻳﺰ ﺑﻦ ﻗﺘﺎﺩﺓ، ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ اﻟﺤﺴﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ اﻟﺤﺴﻦ ﺑﻦ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ اﻟﺴﺮاﺝ، ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻏﻨﺎﻡ، ﺛﻨﺎ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺣﻜﻴﻢ، ﺃﻧﺒﺄ ﺷﺮﻳﻚ، ﻋﻦ ﻣﻄﺮ ﺑﻦ ﺧﻠﻴﻔﺔ، ﻋﻦ ﺣﺒﻴﺐ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺛﺎﺑﺖ، ﻋﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﺮﺣﻤﻦ ﺑﻦ ﺳﻮﻳﺪ اﻟﻜﺎﻫﻠﻲ ﻗﺎﻝ: ﻛﺄﻧﻲ ﺃﺳﻤﻊ ﻋﻠﻴﺎ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻓﻲ اﻟﻔﺠﺮ ﺣﻴﻦ ﻗﻨﺖ ﻭﻫﻮ ﻳﻘﻮﻝ: §” اﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﺎ ﻧﺴﺘﻌﻴﻨﻚ ﻭﻧﺴﺘﻐﻔﺮﻙ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Nasar bin Abdul Aziz bin Qatadah telah memberitakan kepada kami Abu Al Hasan Muhammad bin Al Hasan bin Ismail Al Siraj telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ghanam telah menceritakan kepada kami Ali bin Hakim telah memberitakan Syarik daripada Mathar bin Khalifah daripada Habib bin Abi Thabit daripada Abdul Rahman bin Suwaid Al Kahili katanya seakan akan aku mendengar Ali Radhiallahu anhu membaca qunut di dalam solat subuh yang mana beliau membaca Allahumma inna nasta’iinuka wa nastghfiruka..

SEPULUH

ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ اﻹﻣﺎﻡ ﺃﺑﻮ اﻟﻔﺘﺢ اﻟﻌﻤﺮﻱ، ﺃﻧﺒﺄ ﻋﺒﺪ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺸﺮﻳﺤﻲ، ﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ اﻟﻘﺎﺳﻢ اﻟﺒﻐﻮﻱ، ﺛﻨﺎ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ اﻟﺠﻌﺪ، ﺃﻧﺒﺄ ﺷﺮﻳﻚ، ﻋﻦ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺯﺭﻋﺔ، ﻋﻦ ﻋﺮﻓﺠﺔ ﻗﺎﻝ: §” ﺻﻠﻴﺖ ﻣﻊ اﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮﺩ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﺻﻼﺓ اﻟﻔﺠﺮ ﻓﻠﻢ ﻳﻘﻨﺖ ﻭﺻﻠﻴﺖ ﻣﻊ ﻋﻠﻲ ﻓﻘﻨﺖ
Telah mengkhabarkan kepada kami Al Imam Abu Al Fatah Al Umari telah memberitakan Abdul Rahman Al Syarihi telah menceritakan kepada kami Abu Al Qasim Al Baghawi telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Al Ja’ad telah memberitakan Syuraik daripada Uthman bin Abi Zar’ah daripada ‘Arfajah katanya aku telah melakukan solat subuh bersama Ibnu Mas’ud Radhiallahu anhu sedangkan dia tidak membaca qunut dan aku melakukan solat subuh bersama Ali lalu dia membaca qunut.

SEBELAS
ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﻭﺃﺑﻮ ﺳﻌﻴﺪ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﻋﻤﺮﻭ ﻗﺎﻻ: ﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ اﻟﻌﺒﺎﺱ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻳﻌﻘﻮﺏ، ﺛﻨﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﺳﺤﺎﻕ، ﺃﻧﺒﺄ ﺳﻌﻴﺪ ﻫﻮ اﺑﻦ ﻋﺎﻣﺮ، ﻋﻦ ﻋﻮﻑ، ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺭﺟﺎء ﻗﺎﻝ: §” ﺻﻠﻰ اﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺻﻼﺓ اﻟﺼﺒﺢ ﻓﻲ ﻫﺬا اﻟﻤﺴﺠﺪ ﻓﻘﻨﺖ ﻭﻗﺮﺃ ﻫﺬﻩ اﻵﻳﺔ {ﻭﻗﻮﻣﻮا ﻟﻠﻪ ﻗﺎﻧﺘﻴﻦ}

[ اﻟﺒﻘﺮﺓ: 238]

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Al Hafizh dan Abu Said ibnu Abi Amru keduanya berkata telah menceritakan kepada kami Abu Al Abbas Muhammad bin Ya’qub telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ishaq telah memberitakan kepada kami Said yaitu Ibnu ‘Amir daripada Auf daripada Abi Raja’ katanya Ibnu Abbas telah melakukan solat subuh di masjid ini lalu dia membaca qunut lalu dia membaca ayat ini
وَقُومواْ لِلّٰهِ قَانِتِينَ
Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu’.(Al Baqarah:238)

DUA BELAS

ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺃﺑﻮ ﺣﺎﺯﻡ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ ﺃﺣﻤﺪ اﻟﺤﺎﻓﻆ، ﺃﻧﺒﺄ ﺃﺑﻮ اﻟﻘﺎﺳﻢ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ – ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻌﺰﻳﺰ اﻟﺒﻐﻮﻱ ﺑﺒﻐﺪاﺩ ﺛﻨﺎ ﻋﻠﻲ ﻳﻌﻨﻲ اﺑﻦ اﻟﺠﻌﺪ، ﺃﻧﺒﺄ ﺷﻌﺒﺔ، ﻋﻦ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻣﺮﺓ ﻗﺎﻝ: ﺳﻤﻌﺖ اﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﻟﻴﻠﻰ ﻳﺤﺪﺙ ﻋﻦ اﻟﺒﺮاء، ﻋﻦ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻧﻪ ” §ﻛﺎﻥ ﻳﻘﻨﺖ ﻓﻲ اﻟﺼﺒﺢ ” ﻗﺎﻝ ﻋﻤﺮﻭ: ﻓﺬﻛﺮﺕ ﺫﻟﻚ ﻹﺑﺮاﻫﻴﻢ، ﻓﻘﺎﻝ: ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻛﺄﺻﺤﺎﺏ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﻛﺎﻥ ﺻﺎﺣﺐ ﻣﺮاء ﻗﺎﻝ: ﻓﺮﺟﻌﺖ ﻓﺘﺮﻛﺖ اﻟﻘﻨﻮﺕ، ﻓﻘﺎﻝ ﺃﻫﻞ اﻟﻤﺴﺠﺪ: ﺗﺎﻟﻠﻪ ﻣﺎ ﺭﺃﻳﻨﺎ ﻛﺎﻟﻴﻮﻡ ﻗﻂ ﺷﻴﺌﺎ ﻟﻢ ﻳﺰﻝ ﻓﻲ ﻣﺴﺠﺪﻧﺎ، ﻗﺎﻝ: ﻓﺮﺟﻌﺖ ﺇﻟﻰ اﻟﻘﻨﻮﺕ ﻓﺒﻠﻎ ﺫﻟﻚ ﺇﺑﺮاﻫﻴﻢ ﻓﻠﻘﻴﻨﻲ، ﻓﻘﺎﻝ: ﻫﺬا ﻣﻐﻠﻮﺏ ﻋﻠﻰ ﺻﻼﺗﻪ ﻗﺎﻝ اﻟﺸﻴﺦ: ﻭﻫﺬا ﻣﻦ ﺇﺑﺮاﻫﻴﻢ اﻟﻨﺨﻌﻲ ﺭﺣﻤﻨﺎ اﻟﻠﻪ ﻭﺇﻳﺎﻩ ﻏﻴﺮ ﻣﺮﺿﻲ ﻟﻴﺲ ﻛﻞ ﻋﻠﻢ ﻻ ﻳﻮﺟﺪ ﻋﻨﺪ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮﺩ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ، ﻭﻭﺟﺪ ﻋﻨﺪ ﻏﻴﺮﻩ ﻻ ﻳﺆﺧﺬ ﺑﻪ ﺑﻞ ﻳﺆﺧﺬ ﺑﻪ ﺇﺫا ﻛﺎﻥ ﺃﻋﻠﻰ ﻣﻦ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ، ﻭﻛﺎﻥ اﻟﺮاﻭﻱ ﺛﻘﺔ ﻭﻋﺒﺪ اﻟﺮﺣﻤﻦ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﻟﻴﻠﻰ ﺛﻘﺔ، ﻭﻗﺪ ﺃﺧﺒﺮ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻣﺮﺓ، ﻋﻦ ﺃﻫﻞ اﻟﻤﺴﺠﺪ ﺃﻧﻪ ﻟﻢ ﻳﺰﻝ ﻓﻲ ﻣﺴﺠﺪﻫﻢ ﻭﺭﻭﻳﻨﺎ ﻋﻦ اﻟﺒﺮاء ﺑﻦ ﻋﺎﺯﺏ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻣﻦ ﻭﺟﻪ ﺁﺧﺮ ﺃﻧﻪ ﻗﻨﺖ ﻓﻲ ﺻﻼﺓ اﻟﻔﺠﺮ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Hazim Al Hafizh telah memberitakan Abu Ahmad Al Hafizh telah memberitakan Abu Al Qasim Abdullah bin Muhammad bin Abdul Aziz Al Baghawi di Baghdad telah menceritakan kepada kami Ali yakni Ibnu Al Ja’ad telah memberitakan Syu’bah daripada Amru bin Murrah katanya aku mendengar Ibnu Abi Laila menceritakan daripada Al Barra’ daripada Nabi Sallallahu alaihi wasallam sesungguhnya baginda membaca qunut di dalam solat subuh.Amru berkata lalu aku sebutkan yg demikian itu kepada Ibrahim (Al Nakhaie) lalu beliau berkata dia (Ibnu Abi Laila) bukannya seperti para sahabat Abdullah(Ibnu Mas’ud).Adalah dia seorang yang ragu ragu.Lalu Amru berkata maka aku rujuk dan aku tinggalkan qunut maka berkata salah seorang ahli masjid demi Allah tidak pernah kami lihat seperti hari ini sekali kali .Ini adalah sesuatu yg tidak pernah berlaku di dalam masjid kami ini.Lalu aku pun rujuk lagi kembali berqunut dan hal itu sampai kepada Ibrahim lalu dia menemui aku dan berkata:Dia itu lemah atas solatnya.Berkata Syeikh (Abu Hazim Al Hafizh) Apa yang dikatakan oleh Ibrahim Al Nakhaie itu moga moga Allah merahmati kami dan juga beliau merupakan sesuatu yang tidak dapat dipersetujui kerana bukanlah setiap ilmu yg jika tidak ada pada para sahabat Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu anhu dan ada pada yg selainnya tidak boleh diambil bahkan hendaklah diambil jika kedudukannya lebih tinggi daripada para sahabat Abdullah bin Mas’ud.Adalah (hadis ini) perawinya thiqah.Dan Abdul Rahman bin Abi Laila juga thiqah.Dan telah mengkhabarkan Amru bin Murrah daripada ahli masjid tersebut yang mengatakan bahawa sentiasalah qunut dibaca di masjid mereka.

TIGA BELAS
ﺃﺧﺒﺮﻧﺎﻩ ﺃﺑﻮ ﻋﻠﻲ اﻟﺮﻭﺫﺑﺎﺭﻱ، ﺃﻧﺒﺄ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ اﻟﺼﻔﺎﺭ، ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺎﺱ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ، ﺛﻨﺎ ﻗﺒﻴﺼﺔ ﺑﻦ ﻋﻘﺒﺔ، ﺛﻨﺎ ﺳﻔﻴﺎﻥ، ﻋﻦ ﻣﺤﺎﺭﺏ ﺑﻦ ﺩﺛﺎﺭ، ﻋﻦ ﻋﺒﻴﺪ ﺑﻦ اﻟﺒﺮاء، ﻋﻦ اﻟﺒﺮاء ﺃﻧﻪ §” ﻗﻨﺖ ﻓﻲ اﻟﻔﺠﺮ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Ali Al Ruzbari telah memberitakan Ismail bin Muhammad Al Saffar telah menceritakan kepada kami Abbas bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Qubaisah bin Uqbah telah menceritakan kepada kami Sufian daripada Muharib bin Datthar daripada Ubaid bin Al Barra’ daripada Al Barra’ bahawa sesungguhnya dia (Al Barra’) membaca qunut di dalam solat subuh.

Sumber:

1)Dr Nuh Ali Salman Lujnatul Ifta Jordan
2)Al Sunan Al Kubra Imam Al Baihaqi.