BOLEH KE SOLAT DIATAS TANAH ATAU BATU?

Rasulullah fleksibel dalam tempat sujud. Tidak kira atas tikar atau sejadah ataupun atas tanah terus.

NABI SAW SOLAT ATAS TANAH DAN AIR
فإني رأيت هذه الليلة ورأيتني أسجد في ماء وطين
Sesungguhnya aku melihat diriku pada malam ini sujud diatas tanah dan air. (sahih Bukhari)

NABI SAW SOLAT TANPA LAPIK
و ما رأيته يتقي على الأرض بشيء
Aku tidak melihat Nabi saw lapikkan tempat sujudnya. (Hr Ahmad)

NABI SAW SOLAT ATAS TANAH
رأيت رسول الله ( صلَّى الله عليه و آله ) يضع أنفه على الأرض إذا سجد ، مع جبهته
Wail ra berkata : Aku melihat Rasulullah saw meletakkan hidung beserta dahi diatas tanah bila sujud.
(hr Ahmad)

KESAN TANAH DAN SELUT DI MUKA NABI LEPAS SOLAT
فمطرنا ليلة ثلاث وعشرين، فصلى بنا رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فانصرف؛ وان أثر الماء والطين على جبهته وأنفه.
Hujan turun pada malam 23 ramadan , Nabi SAW solat mengimamkan kami , kemudian beredar dalam keadaan air dan tanah di dahi dan hidungnya. (HR muslim)

NABI SAW SOLAT ATAS SEJADAH
وَكَانَ يُصَلِّي عَلَى خُمْرَةٍ
Nabi saw solat di atas khumrah.
Khumrah menurut khattabi adalah sejadah diperbuat dari sabut pokok kurma yang dianyam.

NABI SAW SOLAT ATAS TIKAR
صلَّى رسول الله ( صلَّى الله عليه و آله ) على حصير
Nabi SAW solat diatas tikar . (hr Ibnu majah dari Abu Said)

SOLAT ATAS UNTA

أنَّ رسولَ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كان يُصلِّي سُبحتَه حيثما توجَّهتْ به ناقتُه

Baginda SAW solat duha atas unta mengikut arah unta berjalan. Hadis bukhari Muslim dan lain2.

Solat atas unta untuk solat sunat sahaja.

KESIMPULAN
SOLAT TANG MANA PUN SAH CEK Oii . Yang hang bising orang solat atas batu pasaipa. ramai lagi yang tak solat hang tak hingaq (marah). Baik solat atas batu awal waktu dari cari tempat sesuai yang lewatkan waktu. Ni keistemewaan ummat Nabi Muhammad SAW.

Aku diberi lima yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelum aku:

  1. Aku ditolong dengan rasa takut (di hati musuhku) selama satu bulan.
  2. Bumi dijadikan sebagai tempat shalat dan suci bagiku. Siapa saja dari umatku yang sampai waktu shalat padanya, maka hendaklah ia melaksanakan shalat.
  3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku, tidak dihalalkan bagi seorang pun sebelumku.
  4. Aku diberi syafaat.
  5. Seorang nabi diutus untuk kaumnya saja, aku diutus untuk seluruh manusia”.

Imam Nawawi berkata:
إجماع العلماء على جواز الصلاة على الحصير وسائر ما تنبته الأرض
Sepakat ulama menyatakan boleh solat berlapik dengan tikar atau tanpa lapik terus diatas apa yang tumbuh pada permukaan bumi. (syarah sahih Muslim)

Bukan semua menunjuk ibadah di hadapan manusia itu riya’ yang terlarang.

TUNJUK IBADAH FARDU DIBENARKAN UNTK MENGGALAKKAN ORANG LAIN

Imam Ibnu Hajar al-Haitami asyafie menyatakan:

وقد يمدح الإظهار فيما يتعذر الإسرار فيه كالغزو والحج والجمعة والجماعة، فإظهار المبادرة إليه وإظهار الرغبة فيه للتحريض بشرط أن لا يكون فيه شائبة رياء.

Kadang2 menunjukkan ibada yang tidak mungkin untuk disembunyikan adalah satu kepujian seperti perang, haji, jumaat dan solat Jemaah. Menunjukkan kesungguhan utk buat ibadah dan keinginannya Ketika itu untuk menggalakkan orang lain dengan syarat tiada riya. (az-Zawajir)

PAHALA BERKEMBANG BILA ORANG LAIN IKUT

Perkara ini termasuk dalam hadis :
مَنْ سَنَّ فِي الإسلامِ سُنَّةً حسَنةً فله أجرُها، وأجرُ مَنْ عمِل بها مِنْ بعدِه من غيرِ أنْ يَنقُصَ من أجورِهم شيءٌ

Sesiapa yang memulakan satu perkara baik dalam Islam maka dia dapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut amalannya iti tanpa mengurangkan pahala mereka yang ikut amalan tersebut. Hadis sahih Muslim.

MENUNJUKKAN SESEKALI AMALAN SUPAYA DAPAT MENGAJAR ORANG LAIN

Ini yang Nabi saw buat Ketika menguatkan bacaan zikir. Ibnu Abbas meriwayatkan:

أنَّ رفعَ الصَّوتِ بالذِّكرِ حينَ ينصرِفُ النَّاسُ مِن المكتوبةِ كان على عهدِ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم
Sesungguhnya menguatkan suara berzikir Ketika manusia selesai solat fardu ada berlaku di zaman Nabi SAW. Sahih bukhari dan Muslim

Imam Syafie berkata:

أن يكون إماماً يجب أن يُتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تُعلم منه
Imam mesti dia mengajar manusia dengan menguatkan sehingga mereka tahu.

Kalau mereka ini tidak post sola tatas batu dan air pasti ramai masih lagi tidak tahu boleh sola tatas batu, tanah atau selut.

RIYA INI AMALAN DOSA HATI TIDAK PERLU KITA MENGHUKUM SESEORANG

Nabi saw mengajar kita tidak menghukum hati manusia. Sabda Nabi SAW:
إني لم أؤمر أن أنقب عن قلوب الناس

sesungguhhnya aku tidak diperintah untuk menebuk hati manusia.
Hadis sahih.

AKIBAT MENUDUH ORANG RIYA
Imam Makhul menceritakan:
رأيت رجلاً يصلي وكلما ركع وسجد بكى .. فاتهمته أنه يرائي فحرمت البكاء سنة
Aku melihat seorang lelaki solat menangis setiap kali ruku’ dan sujud lalu aku tuduh dia riya maka Allah mengharamkan aku mengangis takut pada Allah setahun.(hilyatul awliya’)

KESIMPULAN

Kitab boleh menegur seorang itu bila terlampau obsess menunjukkan amal soleh yang sunat kerana bimbangkan riya’ bukan menghukum dia riya’. Namun sesekali dipamerkan untuk tujuan yang betul adalah perkara yang diharuskan terutama amalan yang wajib.

Kredit : PU Salman