Syaikh Hamza Yusuf ketika syarahkan kitab2 Sirah, sentiasa akan ingatkan pentingnya kita kenal Nasab Nabi dan orang yang ada disekeliling Nabi.

Jika ditelusuri, kita akan dapati, mereka ini ramainya ahli keluarga dekat atau jauh Baginda Nabi, ada yang berhubung dengan Nabi disebabkan perkahwinan.

Maka semua itu ada kesannya disisi kerangka kajian Sosiologi sehingga kita faham kenapa berlaku sesuatu situasi.

Sebelum ini mencari cari buku genealogy Arab, Alhamdulillah sidna Ustaz Muhammad Abdul Adzim Husin al Azhari hafizahullah berkongsi dalam statusnya dibawah. Jazakumullah khayran.

***

Antara kitab yang menjadi rujukan saya dalam memahami nasab sebahagian Arab terutama dari kalangan para sahabat .

Jom perlahan-lahan kita cuba ikuti nasab Bani Zuhrah Bin Kilab . Ibu Baginda Nabi -صلى الله عليه وآله وسلم- berasal dari kabilah ini . Bahkan Sidna Sa’d Bin Abi Waqqas dan Sidna ‘Abd Al-Rahman Bin ‘Auf juga dari jalur keturunan ini . Semua dari keturunan ini akan membawa nisbah Al-Zuhriy atau Al-Zuhriyyah (bagi perempuan) di belakangnya .

Lebih menarik lagi , ibu kepada Singa Allah dan Rasul-Nya iaitu Sidna Hamzah Bin ‘Abd Al-Muttalib Al-Hashimiy juga dari keturunan ini . Bonda beliau bernama Halah Binti Wuhaib (هالة بنت وُهَيب) . Halah Binti Wuhaib merupakan sepupu kepada Sayyidah Aminah Binti Wahb . Wahb dan Wuhaib adalah adik-beradik iaitu anak kepada ‘Abd Manaf Bin Zuhrah Bin Kilab .

Ilmu nasab khususnya nasab para sahabat antara cabang ilmu sirah yang kian dilupakan . Moga sebutan ilmu ini dihidupkan semula .

Kredit : Muhammad Hazim Haznan & Muhammad Abdul Adzin Husin