BANGUN PAGI KITA FIKIR APA ?
.
Bersyukur jika Allah izin kita bangun pagi dan tunai solat. Ada yg Allah tak bangunkan lagi
.
Bangun pagi ada 2 perkara sahaja yg kita fikir. Samada fikir dunia atau akhirat. Org yg bangun pagi dan fikirkan dunia shj, Allah akan jadikan dirinya 4 perkara
.
Kebingungan, kesibukan, keperluan yg tak pernah cukup dan angan² yg tiada penghujung. Kena ubah mindset bangun pagi jangan fikir dunia
.
Ubah jadi fikirkan akhirat. Fikir hari ini nak solat di mana, solat dhuha nk berapa rakaat, nk sedekah berapa
.
Org yg Allah campakkan rasa qanaah dalam dirinya, dia akan sentiasa rasa cukup dan tenang. Dia selalu redha dengan pemberian Allah yg maha adil
.
Harta ini sifatnya hijau dan manis. Boleh ambil tapi perlu ada hati yg murni. Siapa yang ambil dengan nafsu, maka tiada barokah harta tersebut. Ibarat org yg makan tanpa rasa kenyang
.
Semakin kita tua, semakin kita diuji dengan cinta dunia. Masa muda dulu duit cukup isi minyak motor dan makan. Rumah pun sewa
.
Bila dah tua ada keselesaan, mula fikir nk invest beli rumah, masuk saham. Sedekah zaman muda RM10 dah rasa besar. Dah tua pun masih sedekah RM10 walaupun dalam bank dah ada ratusan ribu
.
Dunia ini ibarat minum kopi. Letak gula 1 sudu rasa manis sikit. Tambah lagi 1 sudu dah rasa sedap. Perfect. Tambah lagi 1 sudu dan terlebih manis dan akan mudaratkan diri
.
Harian kita sibuk tentang apa. Sibuk beri manfaat atau mudarat utk akhirat. Sibuk ini Allah yg bagi. Dalilnya, Allah sebut seseorg itu Allah akan palingkan dari pandanganNya
.
Allah akan sibukkan dia dgn urusan dunia. Utk kita sibuk ke Masjid dan kebaikan. Maknanya Allah nak jauhkan dirinya dari urusan dunia yg sia-sia
.
Contohnya apa² video viral atau isu. Bila kawan tanya kita kata kita tak dpt dan tak tahu. Itu maknanya Allah selamatkan kita
.
Untung kita dpt berkumpul di Masjid. Ada yg bagi alasan meeting dan kerja untuk elak datang Masjid tanpa tasa bersalah. Dia tak sedar kerja dan rezeki dia itu Allah yang bagi
.
Ujian bentuk kesusahan mudah kita tahu. Tapi ujian bentuk nikmat ini yg masalah. Kita tak sedar sebenarnya Allah sedang jauhkan dirinya daripada Allah
.
*Nota ringkas kuliah subuh bersama Ustaz Hj Jafri AbuBakar Mahmoodi

Kredit : Muhammad Ashraf