Baru-baru ini tular video tentang seorang wanita yang juga pengasas kosmetik yang mengaku dengan nada mempersenda bahawa dirinya tidak solat. Perkara ini mendapat respon pantas Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Mufti Kelantan memohon pihak berwajib menyiasat dakwaan wanita tersebut. Ini kerana kenyataan sedemikian adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Mufti Kelanta juga menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh berbangga dengan perbuatan yang buruk. Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menularkan video wanita tersebut.
Pihak Polis juga telah menerima laporan berhubung isu ini. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata laporan diterima ibu pejabat polis daerah tersebut.
Perbuatan wanita tersebut dianggap mempersendakan Islam dan menimbulkan kemarahan umat Islam. Video tersebut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (KK) dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.