Tokku Paloh Sebagai Ulama & Umarak

Walaupun Tokku Paloh masyhur sebagai seorang ulama yang bertaraf wali keramat, tidak dinafikan beliau juga adalah seorang Umarak atau pemimpin.

Dengan gelarannya ulama regu Sultan kerana beliau terlibat langsung dalam membantu pihak istana memerintah negeri Terengganu, Tukku Paloh juga diamanahkan mentadbir kawasan Paloh oleh Sultan Zainal Abidin.

Dan dalam masa yang sama beliau diminta menjadi ri’ayah (pengawas) daerah Hulu Terengganu termasuk Kuala Berang hingga ke Kampung Cabang Tiga yang jaraknya dari hujung ke hujung kira-kira 50km. Ada juga maklumat yang mengatakan pihak istana meminta Tukku Paloh mengawasi kawasan Kuala Nerus

Di Paloh, beliau mempunyai kuasa penuh sehingga kerana itu mendapat gelaran istimewa ‘Tukku Paloh’. Beliau menyusun struktur pentadbiran yang sesuai dengan keperluan semasa bagi memimpin pengikut dan rakyatnya kepada satu cita-cita murni Islam. Untuk itu, beliau menggunakan kaedah tarbiah, ta’lim serta bimbingan rohani dan kuat kuasa undang-undang yang melibatkan pembantu-pembantunya yang amanah.

Biasanya urusan-urusan kemasyarakatan dibincangkan secara syura di kalangan orang kanan dan pengikut setianya. Perbincangan atau mesyuarat itu selalunya diadakan di balai yang didirikan oleh Tukku Paloh bersebelahan rumahnya. Balai ini juga dijadikan tempat beliau mendirikan sembahyang jemaah lima waktu bersama orang ramai.

Sejarah Tok Guru Peramu
https://youtu.be/yHl9kJAtI60

Disediakan oleh: Sejarah Tokoh Ulama Silam & Lagenda Pahlawan Melayu

Sumber: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said.