TURATH adalah tradisi pengajian ilmu Islami secara talaqqi bersanad. Ianya adalah pengajian kitab-kitab karya para ulama muktabar yang diajarkan oleh seorang guru pembimbing. Disiplin pengajian begini adalah penting bagi memastikan para penuntut ilmu dapat mewarisi kefahaman ilmu agama secara sahih dari rantaian para guru yang sampai sehingga kepada Rasulullah.

Rasulullah meninggalkan kita dua rujukan utama iaitu al-Quran dan Hadis. Namun al-Quran dan Hadis ini perlulah dipelajari melalui kefahaman para ulama. Ini kerana ulama itu adalah pewaris para Nabi.

Beginilah cara para ulama silam menuntut ilmu di zaman kegemilangan Islam dahulu. Konsep pengajian ilmu Islami sebegini dibawa ke dalam Nurflix.tv bagi memberi peluang kepada semua masyarakat agar dapat mengambil manfaat.

Untuk siaran Premiere, Nurflix membawa satu tajuk pengenalan berserta empat buah tajuk pengajian iaitu ;

  • TURATH Ilmu Islami
    Dokumentari pendek
    Suatu Pengenalan
    29 Januari 2021
  • TURATH Ilmu Akidah
    Kitab Risalah Tauhid
    Karya Imam Baijuri
    Syarahan Maulana Ihsan Abu Bakar
    4 Februari 2021
  • TURATH Ilmu Tasawuf
    Kitab Penawar Bagi Hati
    Karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili
    Syarahan Ustaz Gunawan Abdul Aziz
    11 Februari 2021
  • TURATH Ilmu Tasawuf
    Kitab Bidayatul Hidayah
    Karya Imam al-Ghazali
    Syarahan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
    18 Februari 2021
    Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
  • TURATH Ilmu Sirah
    Kitab Nurul ‘Uyun
    Karya Imam Ibn Sayyidi al-Nas
    Syarahan Ustaz Bashir Mohamed al-Azhari
    25 Februari 2021
    Bashir Mohamed Al-Azhari