Jejak Ulama Nusantara – 128 (Melaka)

Wali Allah Syeikh Syamsuddin al-Sumatra-i ( Meninggal dunia pada tahun 1630 )

Nama penuhnya ialah Syeikh Syamsuddin Bin Abdullah al-Sumatra-i.

Awal pendidikannya secara terperinci tidak dapat diketahui, hanya diperkatakan bahawa beliau adalah murid kepada Syeikh Hamzah al-Fansuri. Ada juga pendapat menyebut bahawa beliau pernah belajar daripada Sunan Bonang, iaitu seorang Wali Allah di tanah Jawa.

Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i adalah seorang ulama yang menguasai bahasa Parsi dan pernah menjadi Qadi al-Malikul Adil atau Mufti Besar Aceh semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda (memerintah Aceh 1607-1636)

Sebagaimana Syeikh Hamzah al-Fansuri berpengaruh kepada Sultan Iskandar Muda demikian juga halnya dengan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Sebarang urusan istana, Sultan Iskandar Muda sentiasa menyuruh orang memanggil Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i itu.

Demikian besar pengaruh Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i terlukis dalam Hikayat Aceh, “Hatta maka tatkala sampailah umur Sultan Husein Syah itu kepada 10 tahun, maka sabda Raja Iskandar Muda kepada Mahkota Dailamcai, “Panggil olehmu akan daku Syeikh Syamsuddin, dan kadi, dan Malikul Adil, dan Perdana Menteri, dan segala hulubalang!”.

Diantara karya penulisan beliau ialah :

  1. Tanbihut Thullab fi Ma’rifati Mulkil Wahhab
  2. Jawahirul Haqaiq
  3. Risalatul Baiyin Mulahazatil Muwahhidin ‘alal Muhtadi fi Zikrillah
  4. Kitabul Khirqah
  5. Nurud Daqaiq
  6. Mir-atul Iman
  7. Mir-atul Mu’minin
  8. Syarah Mir-atil Qulub
  9. Mir-atul Haqiqah
  10. Mir-atul Muhqqiqin
  11. Risalah Jawami’il ‘Amal
  12. Anwarud Daqaiq fi Kasyfi Asrarir Raqaiq
  13. Da-iratul Wujud
  14. Risalah Kasyfi Asraril Wujud
  15. Bayanul Qulub
  16. Risalah Pada Menyatakan A‘yan Tsabitah
  17. Risalah Mitsalil Wujud
  18. Risalah Pada Menyatakan Kelebihan Insan Daripada Sekalian Alam Yang Lain.
  19. Kasyfu Sirrir Rububiyah fi Kamalil ‘Ubudiyah
  20. Risalah Masa-il ‘llmil Haqiqah
  21. Haqiqah as-Shufi
  22. Haqqul Yaqin fi ‘Aqidatil Muhaqqiqin fi Zikri As-raris Shufiyinal Muhaqqiqin
  23. Syarah Ruba’i Syeikh Hamzah al-Fansuri
  24. Taukidul ‘Uqud

Beliau meninggal dunia, gugur syahid pada tahun 1630 di Melaka dan jenazahnya dikebumikan di Kampung Ketek.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber – Syeikh Wan Mohd Shaghir

JejakUlamaNusantara