Seorang lelaki datang, dia memberi ucapan salam dan memohon izin, “Bolehkah saya duduk di sini?”
Sebenarnya dia tidak perlu pun bertanya kerana itu adalah tempat awam.
Tetapi, sapaan ringkas dan memohon izin yang dilakukan memberi kesan ‘social glue’.
Adab dan kepintaran budaya merupakan salah satu cara kita mencipta kesan social glue, orang lain peka terhadap kewujudan kita ketika berada di situ meskipun hanya teguran ringkas.
Pada tahun 1972 seorang pengkaji, Thomas Moriarty melakukan satu eskperimen.
Subjek diminta menghamparkan tikar dan memainkan radio di tepi pantai. Seketika kemudian, dia meninggalkan radio tersebut tanpa pengawasan.
Subjek tidak mewujudkan sebarang komunikasi dengan orang sekeliling yang hampir dengan barang-barang miliknya.
Tak lama selepas itu seorang ‘pencuri’ datang dan mengambil radio tersebut.
Moriarty mendapati, dalam lima kali ulangan eksperimen, hanya sekali sahaja orang sekeliling mencegah tingkah laku pencuri tersebut.
Kali ini, Moriarty menukar keadaan.
Subjek masih lagi melakukan perkara yang sama. Bezanya, subjek menegur orang yang hampir dengan kedudukannya.
Sekali lagi, dia meninggalkan radio tersebut tanpa pengawasan dan pencuri datang mengambil barang yang ditinggalkan.
Hasilnya berbeza.
Hampir 95 peratus individu yang pernah ditegur oleh subjek bertindak menghalang perbuatan pencuri.
Eksperimen ini dilakukan sekali lagi pada tahun 2005 dan hasilnya sama.
Social glue terbentuk apabila subjek membina perbualan ringkas sahaja.
Itu cukup menjadikan orang ramai peka dengan kehadirannya.
Social glue dapat dibentuk melalui tingkah laku adab dan kepintaran budaya seperti ucapan salam sejahtera dan memohon izin.
Bagaimana mencipta social glue di media sosial?
Social glue dalam media sosial dilakukan melalui mesej-mesej kecil yang kita tinggalkan melalui klik pada simbol emotikon atau pun perkataan ringkas pada komen status seseorang.
Sedikit yang diingati.
Kredit : Zamri Mohamad