APA PEMERINTAH SEPATUTNYA BUAT?

Imam al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan dalam kitabnya “al-Faqih Wa al-Mutafaqih”:
ينبغي لامام المسلمين، أن يتصفح أحوال المفتين فمن كان يصلح للفتوى، أقره عليها. ومن لم يكن من أهلها منعه منها، وتقدم اليه بأن لا يتعرض لها، وأوعده بالعقوبة ان لم ينته عنها، وقد كان الخلفاء من بني أمية ينصبون للفتوى بمكة في أيام الموسم قوما يعينونهم، ويأمرون بأن لا يستفتي غيرهم.
“Pemerintah umat Islam sepatutnya memeriksa hal ehwal orang yang mengeluarkan hukum (fatwa). Sesiapa yang sesuai berfatwa, maka dia boleh mengiktirafnya. Dan seseiapa yang bukan ahlinya (tiada kelayakkan) maka dia boleh menghalang orang itu. Pemerintah perlu menasihati orang itu supaya tidak berfatwa dan boleh mengancamnya dengan hukuman jika dia berdegil. Para khalifah Umaiyyah pernah melantik sekumpulan orang sahaja di Mekah pada musim haji (untuk berfatwa) dan mereka memerintahkan supaya tidak ada orang lain selain mereka yang berfatwa.

Pengajaran:
Kerajaan sepatutnya menjaga hal ehwal urusan agama dengan memastikan yang layak sahaja patut diangkat untuk menjawab dan membincangkan soal agama.

Masalah yang timbul, kelayakkan atau tauliah tidak diambil berat, yang penting populariti atau arahan orang atasan. Sedangkan jika seseorang penceramah yang popular tetapi tidak mempunyai tauliah itu menunjukkan something wrong somewhere pada fahaman penceramah tersebut.

Kecelaruan mula muncul apabila bukan faqih yang menjawab isu agama, contohnya pada rancangan tv ada ustaz menyatakan hukum orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ada berlaku khilaf dikalangan ulama, ada ulama yang mewajibkan qadha dan ada yang mengatakan cukup dengan taubat. Persoalannya dalam empat mazhab yang muktabar, mazhab mana yang kata tidak perlu qadha?

Ada juga yang mengatakan anak zina boleh dibinkan kepada bapa jika bapa mengaku itu anaknya, persoalannya mazhab mana yang benarkan?

Kejahilan jelas kelihatan sehingga perkara ijmak dikatakan sebagai khilaf, perkara khilaf dikatakan sebagai bidaah, perkara harus dikatakan sebagai sesat, perkara sesat dikatakan sebagai aqidah salafussoleh, perkara yang warid dari hadis dikatakan sebagai syirik dan banyak lagi. Inilah kecelaruan yang muncul apabila pemerintah tidak menjalankan tugas dengan baik.

Semoga Allah mengadili setiap pemerintah dengan pengadilan yang selayaknya di akhirat kelak.

Kredit : Hafiz Al-Za’farani (HAZA)